Other side of ELLENYNA

Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman. Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." [Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi]
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." [Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]
Sahabat yang baik akan membuatkan kita menjadi manusia yang baik. Apabila melihatnya, mengingatkan kita kepada ALLAH Apabila sahabat berkata-kata, bicaranya mengingatkan kita kepada akhirat Apabila melihatnya amalan perbuatannya, mengingatkan kita kepada kematian Sahabat yang buruk akan menarik kita sama ke NERAKA

Aku seorang yang boleh dikatakan agak memilih di dalam bersahabat. Maksud aku, bukan sebab dia cantik, tetapi aku utamakan akhlaknya. Mungkin pengalaman mematangkan aku menjadi seorang insan yang lebih baik berbanding dahulu. Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah menunjukkan kepada aku apa itu sahabat. Aku percaya bahawa sahabat yang baik akan selalu ada di saat jatuh bangun kita. Itu definisi ku. Orang lain tidak ku tahu.

Dilabel perempuan sombong ketika di sekolah, bukan suatu perkara yang unik bagiku. Mungkin mana yang kenal siapa aku, tinggal bersamaku, tahu siapa aku yang sebenar-benarnya. Jenis aku, sedaya upaya membantu, menolong apa yang termampu, tidak pula berpaling dari bahuku untuk menggalas sedikit bebanmu. Ya, itu aku.

Aku cepat jemu dengan mereka yang berlagak tidak kena tempat, sepanjang masa mendabik dada tentang harta mereka. Tidak pula ku tahu itu harta emaknya atau bapaknya, mungkin juga hartanya. Tidak pula ingin ku tahu semua itu. 

Aku muak mendengar orang lain memuji harta benda milik orang lain. 
Aku juga bukan penggemar artis Malaysia. Not a very die-hard-fans. Tapi aku gemar akan bakat dan watak yang dibawakan oleh mereka. Tanpa pembawaan yang mendalam, cerita/drama/lakonan tidak menjadi. Agree?

Lover

Tarikh itu mempertemukan kami. 
Hanya kerana sebiji kek hari jadi.
15.02.2011.
:)
Aku suka dia.
Aku suka dia yang memimpin aku. Dia suka memberi pandangan, baik positif/negatif.
Aku suka dia yang wangi. 
Aku suka dia yang sederhana, tetapi sentiasa cuba ada duit untuk aku. (HAHA) Maksud aku, bila birthday aku, dia dah peruntukkan duit untuk berikan sesuatu untuk aku, tak kiralah mahal ke murah, adakala, tak perlu tunggu birthday, setiap bulan mesti ada hadiah. Aku suka dia yang sering mengingati aku. Haha.
Aku suka dia yang menjadi perhatian ramai gadis. Tapi di hatinya cuma, Aku.
Aku suka menjadi milik Sang Setia seperti si dia. (Ehem)
Aku suka dia yang garang macam Hulk tapi cepat cool.
Dan banyak lagi,
aku telah jumpa.
Pada dia, Fero Afar.


Aku sayang keluarga aku. Mereka segalanya bagiku. Walaupun keluargaku bukan di kalangan kerabat diraja, mahupun Menteri, ataupun Dato' Datin, tapi aku bangga bila berjalan di sisi mereka. Kerana ilmu, mengangkat martabat kita seterusnya meningkatkan lagi darjat kita di sisi-Nya. Alhamdulillah.

Ya Allah, terima kasih di atas segala kurniaan-Mu ini.
Aku kagum dengan kebesaran-Mu ya Rabbi.


Education

Aku merupakan graduate from UiTM BBA (Hons.) International Business di UiTM Shah Alam, dan sebahagian semester diteruskan di UiTM Puncak Alam. Sebelum ini aku memiliki Diploma di bidang Kejuruteraan Awam. Di bangku sekolah, semasa di tingkatan 4 dan 5, aku bersekolah di sekolah yang aku memang-hendak-masuk-pun dari dulu sebab sekolah itu well-known and famous dengan kebijaksanaan mereka. Berbekalkan 5A dan 3B semasa PMR, Alhamdulillah aku memilih Sekolah Teknik Brash (Batch 04/05), Ipoh di aliran Sains Teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam). Agak kecundang semasa di SPM kerana banyak main, aku hanya mendapat 4A ketika SPM dan meneruskan pengajian di Politeknik. Namun begitu, aku hanya menerima semua ini sebagai suatu ilmu yang dituntut oleh Islam untuk dipelajari. Ku gagahi jua, dan berjaya menempatkan diriku di UiTM di Hatiku, selama 3 tahun kerana 2 major course yang berbeza. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, walaupun berbeza asasnya, aku berjaya. Tak lah susah mana, cuma lain tempat lain cabarannya, lain sahabatnya. So far so good. Ketika di sekolah rendah, berbekalkan semangat untuk ke sekolah agama disebabkan mendapat 7A untuk UPKK, Feqah, Sirah, Tajwid, Akhlak, etc,, aku terus tak jadi sebab ianya ASRAMA. Hahaha. Lantas meneruskan kehidupan di tingkatan 1 di sekolah berdekatan rumah. :D

Aku merupakan pelajar yang aktif di dalam English public speaking semasa Diploma (Ganti cita-cita sebagai Peguam). Almaklumlah, dulu, bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dari kecil, tapi apakan daya, mungkin apa yang ditentukan Allah s.w.t itu terbaik, maka meneruskan dan yakin dengan ketentuan-Nya. Seriously, aku tak pernah menyesal pun having different knowledge. Tak rugi.


Family

Aku merupakan anak sulung dari 5 adik beradik. Dibesarkan dengan pendidikan, maka adik-adik terhasil dengan pendidikan dari kecil hingga besar. Berkat doa dan usaha emak bapak juga pengorbanan yang dilakukan mama abah, Alhamdulillah, kami menjadi sebuah keluarga yang lengkap berilmu.
Mama sedang melanjutkan Master di USM, Penang. Daddy kekal dengan Degree, Husna sedang melanjutkan degree di UTM Skudai Johor berbekalkan tajaan JPA, Syahidah sudah berkahwin dan on-going untuk melanjutkan degreenya, Fatin juga will take PJJ class for her degree soon. While my only little brother, still in Form 2, jarak aku dengan dia 11 tahun. Masih nakal, belum jumpa turning point lagi. Well, doakan yang terbaik untuk dia sahajalah! (^_^)



Thank you Allah,
untuk kasih sayang yang melimpah ruah ini.
Alhamdulillah.


Regards,
Amalina.