Wednesday, September 3, 2014

Sorry baru ini aku nak update.

Assalamualaikum and Hi.

Lama gila aku tak update tentang social life aku kan. What a life. Sebilangan orang suka lepak dengan kawan-kawan, tapi aku pilih untuk lepak dengan mama and kawan-kawan dia. Business meeting kata kan. Apa boleh buat, tapi aku bersyukur, alhamdulillah. 


Cari aku. Haha. Sinar cahaya berseri-seri di dalam gambar gitu. (wekk nak muntoh)

Aku pernah bawa F pergi makan di sini, F cakap, kuew tiaw goreng dia sedap. Memang pun. That day, masa lepas baru potong rambut, kami terus pergi ke sana, and then, F order Penang Fried Kuew Tiaw and sirap selasih, aku pula order Roasted Chicken Hainan, (Nasi Ayam Hainan, pendek cerita) and favorite aku, White Coffee. Erm tak pernah order lain, puluh kali pergi pun air yang sama.


Lepas tu, kami exchange food. Memang tabiat aku dengan F kalau makan, mesti sama-sama merasa. So, kalau aku pemalas, dia suaplah aku makan. Hehe. F kalau dekat mana-mana pun memang akan suap aku makan. Kat rumah aku pun sama. Dia agak manjakan aku terlampau. Hm Hm. And then, lepas tukar makanan, nasi ayam dia kureng la bagi aku and F. So, aku makanlah kuew tiaw tu, memang sedap. Aku terlebih makan. Tapi, tu la. Dia selalu utamakan aku. Cuma, kadang-kadang kalau bab minuman, aaa, tak boleh. F kuat minum. Banyak minum daripada makan. Hehe. Dari dulu dia memang begitu. Eh, kalau aku hilang ingatan, aku memang kena baca blog ini setiap hari supaya aku tak lupa diri.


(Ok, lepas ni nak bawa F pergi El Negra Distro & Studio, tempat romantic and private gitu.)


Hubby, if you read this.


Walau boleh menduakan, Aku pilih untuk setia. Walau boleh mensia-siakan, Aku pilih untuk menghargai. Aku juga tahu, hidup cuma sementara. Hanya pinjaman. Tiada yang kekal. Minda positif, menghasilkan kehidupan yang positif. Sungguh.


Jadi, aku selalu bersangka baik, dan hidup aku penuh aura positif. Sebab itu, aku dari kecil sampai besar, semua perkara yang aku impikan selama ini, tercapai. Lagipun, aku yakin Allah s.w.t ada untuk aku. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi setiap hari. Aku tulis bersyukur setiap hari, sebab memang kita kenalah selalu bersyukur. Setiap saat, setiap waktu, setiap ketika.

Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Subhanallah.
Astaghfirullah.



Love,
El.

For you.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan. Ini saja soalan aku untuk dia hari ini. Dan ianya jawapan yang melegakan. Almaklumlah, biasa la perempuan ada rasa hendak tahu, kadang-kadang mengada-ngada.

LOL.


I used WhatsApp+


"Layan macam biasa la"


BIASA.


BIASA.


BIASA.


Biasalah, aku kan suka berdrama. Love you to the moon and back hubby. Terima kasih selalu update anything pada I. Sama-sama berdoa agar rezeki kita dipermudahkan dan dapatlah kita membina masjid tak lama lagi. Tak lama je pun, hubby.

Andddd, he said he miss me too. Yay! :) Precious words. My precious precious precious.

At 11.13 pm. Aku text F sebab dia about an hour being in silent. Senyap, tiada khabar berita.

E : Hubby are you playing game?
F : Haah.. How you know? haha.
E : I know la. U kan my hubby. Hahahaha.
F : Kn.. Haha


Love,
El.

Rindu Shah Alam (Part1)

Assalamualaikum.

Shah Alam is our second home. Living there, rasa macam belajar di oversea. Seriously. Kami relax, kami lepak, kami study, kami gempak. Okay fine.

Sahabat ku dunia akhirat, Keknis Everdeen.

Dua orang ini kesayangan aku. HAHA. Kiri dan kanan. 


Apa yang menarik tentang kami, we do things together.

Keknis is someone who is very understanding okay. Dia susah sikit nak judging orang, and kalau dia marah, tak macam marah pun. Entahlah, susah sikit nak buat Keknis marah, melainkan dia sungguh-sungguh amat-amat marah, tapi ianya jarang berlaku sekali di hadapan ku. Keknis is my housemate, lepas itu bertukar jadi roommate. Adalah sebabnya kenapa. Dia juga yang balut kaki aku time aku jatuh tangga. Dia and Faraha sangatlah baik pada aku. Aku tiada masalah nak berkawan dengan orang kalau orang itu baik dengan aku. Tapi kalau aku tahu ada yang stab behind my back, aku diam. Sebab aku rasa diam itu emas. Aku kalau marah macam tak menjadi sangat. Susah nak menjadi. 

Keknis is very kind to help me. Fero pula is boyfriend, kawan, musuh, sahabat, buah hati, jantung aku, automatically kami fall in love at first sight actually. 15/02 memang satu tarikh yang kami jumpa, terus dia sayang aku suka aku dan sebagainya. Takdir kan? Hehe.

Pada Keknis lah aku bertanya, samada Fero ini bagaimana orangnya, smoking, solat ke idok, dan sebagainya. Banyak krisis di Blok 57, tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan apabila kami meningkat dewasa. 

Keknis ini rajin, selalu masak untuk aku. Lepas dia masak, dia akan masak, masak, dan bagi aku suka makan. The best thing is, kami akan masak, dan picnic di depan Masjid Shah Alam. Awesome. Memang rasa macam student oversea. Ye la, mak apak jauh. Haha. (Jauh sangat). Keknis pengemas orangnya. Sama macam aku. Selamat lah kami sebilik kan, kalau dia nampak baju aku tak bersusun, dia membebel la susun macam cara dia, tapi aku kan suka cara aku. (HAHA) Mudah, cepat, dan sesuai la untuk aku yang tiada masa untuk uruskan semua ini. Mana taknya, kalau aku kira masa aku, keknis and Fero, kami bertiga ni balik rumah, hanya untuk mandi, solat, dan lepas itu OUT. Bilik itu untuk tidur sahaja. Balik tengok movie pun dalam pukul 3 am. Pukul 7 am tu dah keluar pergi pasar cari arnab lah, breakfast dan sebagainya. Keknis jaranglah ikut aku dengan Fero pergi pasar or breakfast. Normally aku dengan Fero sahaja pergi bersama, lepas itu, jalan kaki pergi Restoran Hakim Seksyen 7 tu. Kalau hujan, F akan payungkan aku dengan tangan dia, *Blushing*. Hehe 




Aku sayang Fero untuk semua sebab yang aku akan/selalu cakap, dan macam-macam sebablah. Sebab utamanya, mungkin Allah s.w.t dah takdirkan dia untuk aku. Kalau aku bagi satu sebab, macam sebab dia baik ke, Keknis pun baik dengan aku, kan?

Lagi satu, Keknis and Fero ini selalu jadi photographer tak rasmi aku. Terima kasih, terima kasih. Macam faham je kan aku suka gambar. Sebab gambarlah jadi koleksi aku. So aku boleh tengok masa aku umur 20 tahun macam mana rupa aku. Sekarang pulak bagaimana. Alhamdulillah, usia bukan penghalang aku menjadi lebih muda, dan cantik dan bergaya. Nampak tak betapa tingginya self esteem aku? 

(LOL)


Hehe. 

Allah s.w.t hadirkan mereka berdua ini memang untuk aku. Sampai sekarang persahabatan kami utuh sebab kami ini susah senang sama-sama. Both of them adalah orang yang selalu ada di kepala otak aku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, disebalik kehilangan, ada kegembiraan dan kebahagiaan. Bila opah aku meninggal, aku sedih sangat, tapi Allah hadirkan 2 bulan selepas itu, kegembiraan aku, Sunshine yakni F. Kemudian, hadirnya Keknis, dan sahabat yang lain, yang telah bersusah payah menolong aku di saat aku jatuh dan tak mampu nak bangun. Terima kasih ya Allah, aku mencintai Mu.



Love,
El.


Buat apa pun kerna Allah s.w.t.

Assalamualaikum.

Hari ini aku macam biasa, received text from F, and he said he want to go office, bla bla bla. And went to see Adib kejap. Well, guys kan. Never control them. That's it. Then I sent few photos of mine to his WhatsApp. Okaylah, aku akui kalau aku tukar style tudung pun, aku suka tanya F sebab dia yang tengok aku kan? Haha.

Ada lah orang minta Tutorial Tudung cara aku pakai. Tapi aku sebenarnya tak berminat nak eksploitasikan diri aku menjadi role model di YouTube/Facebook. Maafkan aku. Aku sudah insaf dan dunia untuk dikenali pun sudah lama ditinggalkan. Sebenarnya, perkara paling tak best bila dikenali oleh orang ramai, tiada privacy orang kata. Sesungguhnya aku suka jadi humble macam kini. Humble pada maksud aku, aku tak perlu tunjuk betapa biasa/mewahnya hidup aku di mana-mana laman sosial pun. Lol.

Sederhana sudah.

To be honest, kemewahan pada aku adalah kebahagiaan. Kalau kita bahagia, kita memang rasa kita mewah sangat. Sebab tak ramai orang yang kaya pada zahirnya, tapi jiwanya bahagia. Banyak masalah. Alhamdulillah, aku selalu yakin aku ada Allah s.w.t, Allah s.w.t. sentiasa ada untuk aku, sebab itu, aku rasa Allah s.w.t. memberi ku kekuatan setiap hari. Alhamdulillah. 


Semalam lepas tengok football match, memang tak larat sangat. Masuk bilik, rasa nak tidur, text him.


(Then aku get back to sleep lepas baca msg tu. Mimpi Indah. No more nightmare.)

Ya Allah, mudahkan segalanya. Mudahkan perjalanan kami. Dan permudahkan lah urusan kami, agar kami dapat menghalalkan hubungan kami, seterusnya berbakti kepada kedua ibu bapa kami, sehingga akhir nyawa kami, semoga semuanya bertemu di Jannah.


Kepada Keknis yang mungkin baca blog aku or anyone else, you know who you are, and you know me well in person. I'm sorry if this blog full of love and romantic sangat (sometimes rasa macam goosebumps) naik bulu roma uols. Haha. But what to do, this is me. (AHAHAHA)

Love,
El.



About to open my own shop

Hello and assalamualaikum.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, sebab parents aku faham yang aku tak suka kerja dengan orang. Justeru, parents aku invest, ask me to design few things before proceed to the next stage.






Yay. Can't wait!
Semoga segalanya dipermudahkan. In shaa Allah, ameen.

Love,
El.