Tuesday, September 2, 2014

Entri sebelum tidur

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik. Aku baca blog seseorang ini. Ya Allah, aku merupakan silent reader blog seseorang ini. Apa yang dia alami, ujian yang diberikan kepadanya, aku harap dia tabah. Mudah-mudahan. Kuatkanlah hatinya. Tabahkan lah hatinya. In shaa Allah, ameen.


Adakala kita terlalu bersedih untuk apa yang kita rasa atau pernah rasa, sehingga kita lupa kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Kita alpa bahawa ada orang lagi sedih dan sengsara daripada kita. Untuk itu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana aku masih boleh berkata, "Alhamdulillah, aku bahagia, dan aku tenang sekali dengan kehidupan aku".


Subhanallah, sungguh aku mencintai Mu, ya Allah.


Kau kuatkan dan tabahkan hati ini untuk melalui hari yang mendatang. Aku faham, perkahwinan merupakan langkah pertama di dalam kehidupan, dan diharapkan, Allah s.w.t hadirkan ku kekuatan, dan perbaikilah diriku agar menjadi isteri yang solehah, anak yang baik, berbakti kepada ibu bapa, sehingga akhir nyawa ku. Dan aku juga berdoa agar si dia mampu membimbingku seperti kini, dan akan terus membimbingku, memberi ku kekuatan, menjaga diriku sebaik mungkin, kerana aku merupakan amanah Allah s.w.t untuknya. Dan aku mahukan dia untuk menjaga amanah-Nya sebaik mungkin. In shaa Allah, ameen.


Tadi aku call mama (F's mom). Banyak benda kami borak. Hehe. Takpelah, nanti-nanti call mama lagi. Esok F balik rumah, yay! So, F can call me, and accompany me during sleep. Love you hubby.

Semalam text F.

E : Alamak hubby, 2nd September expired lah Digi. Tak boleh call dah. Sedih.
F : Takpe la, nanti boleh topup lagi kan?


(Dah kenapa lah emosional pulak kan.)

Love,
El.

Janji Allah kepada mereka yang ingin berkahwin

Assalamualaikum w.b.t dan Hi.


Aku terbaca 10 Janji Allah kepada Mereka yang Ingin Berkahwin, di sini - amekaw.com/2012/12/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin-berkahwin/


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku… 

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin. 

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32) Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”. Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?


 3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang. 

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60) Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad). Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35). Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

 6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7) Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40) 10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214) Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.


Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


In shaa Allah, aku harap segalanya dipermudahkan, kerana aku yakin pada ketentuan Allah s.w.t. Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan. Ya Allah, bantulah dan peliharalah kami. Ameen.


Love,
El.

Too much hope.

Assalamualaikum w.b.t.

Barang yang aku order finally arrived at home. Warranty card itself on 31st August 2014. Hope this present buat dia happy! 

Currently, am trying to find another present for him. 

I think this thing yang aku beli ini, just sampingan orang kata. Hewhewhew. Surveying few items di Instagram, but too bad, dekat Kelantan, tiada service hantar hadiah surprise surprise. You know, with a bouquet of flowers. I know F tak suka bunga sangat, but I think apa saja aku buat untuk dia, dia akan terharu, since I am his girlfriend. Everything I do, he will appreciate, right hub?

But yeah, still need to come to Kelantan this October. I miss my family there though. Rindu mama papa, erin, esha, and of course F. :)

In shaa Allah, dengan izin Allah s.w.t. I'll come, we'll come.

Lagipun tengah prepare baju-baju hendak pakai ke sana nanti. Too early kan? Tapi tu la, excited sangat. Even my sister pun can't wait to go there.


So yeah, this morning, hub called me about 45 minutes. Entah, aku cakap banyak pulak sekarang, until F cakap, when is my turn to talk? Then I pause kejap. Ok Ok cakap.
I asked him, why the house is so senyap. (rumah bujang kan). He answered, semua tidur lagi. And we plan few things for October, School Holidays on September ahead. I don't know. F changed. Dia dah berubah jadi lelaki yang lebih banyak buktikan sayang dia melalui perbuatan berbanding kata-kata. I don't know. But aku rasa very warm feeling. Perasaan yang awesome. Entah, don't know what to describe. 3 years before, we're like cat and dog. But this year, is different. The way he loves me, showed me what is love. The actual love. Not only by words. He work so hard, for himself, and for us.


In shaa Allah. I wish us a happy marriage hubby. Kalau boleh nak kahwin esok. Dah orang sibuk tanya kan, hehe. Doakan kami.


P/s : Malam ini bola Kelantan vs JDT I. #PialaMalaysia2014


Love,
El.

Syukur.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, di atas segala limpah rahmat, kasih sayang, cinta dan kebahagiaan ini. Thank you Allah s.w.t. It's already 2nd September 2014. I can't wait to see F. Dia tak pernah gagal untuk say 'selamat pagi sayang' setiap pagi, begitu juga sebelum tidur. Paling penting, dia selalu jadi penghibur aku kebelakangan ini. Hehe.




Love you, F.

I nak tidur dah. See ya.

Love,
El.