Saturday, August 30, 2014

Something on my mind

Assalamualaikum w.b.t


Bila aku sudah jadi rajin buka laptop, dan apabila keyboard menjadi satu tempat untuk aku meredakan gelora jiwa aku, cewah. Ehem. Hari ini F cakap esok dia tidur rumah kawan dia, sebab ada bola sampailah Selasa. Hehe. Aku cakap, "okay hubby, Just go." Lagak aku seperti girlfriend yang memahami. Tapi, aku memang tak menghalang kalau dia nak ke mana, asalkan dia tau batasnya. 



Few blogs yang aku follow sudah jarang update post mereka, menyebabkan aku rasa blog siapalah aku hendak baca lepas ini. Ye lah, aku berblog dari tahun 2009. Now sudah 2014. Blog yang aku selalu baca semuanya aku dah biasa dengan rentetan kehidupan mereka. Dah macam kenal lama dah. Funny kan? Kita macam faham apa yang mereka rasa di dalam coretan mereka. Itu la blogger sejati, haha. 


Aku malas hendak merepek di Facebook, sebab entahlah. Aku bukan suka pamerkan apa aku rasa pada orang ramai melalui status, and cepat pula reaksi mereka untuk LIKE dan COMMENT. Sikit-sikit sudah. Nanti lebih, orang geli. Kalau di blog, terpulang pada readers. Sebab aku tak paksa orang baca blog aku. Nampak CLOSE button di Tab atas, tekan 'X'. End of story. No need to read, no more.


Dulu, aku memang antara wanita yang sangat excited untuk menghalalkan hubungan, tetapi kini, excited itu masih ada cuma, aku sekarang suka pula pada pendekatan steady. Bukannya apa, nanti bila relatives tanya bila lagi, aku diam sahaja. Bukan tiada perancangan, ada. Bak kata F la, in shaa Allah, ada duit, tahun depan kahwin. That's all, ringkas dan padat. Aku serahkan pada lelaki untuk berkata-kata soal itu. Aku faham, lelaki bila dah ready, dia akan cakap sendiri. Am I right?


Parents aku pula, especially mama, dah sediakan business plan untuk aku jalankan dengan F nanti. In shaa Allah, aku doakan rezeki kami dimurahkan, diberkati, dimudahkan, agar segera boleh halalkan hubungan ini. Ameen. Kita mampu berusaha, kan? Siapa yang tidak hendak hubungan yang diberkati Allah s.w.t.

Tiada apa yang membahagiakan diri ini, apabila kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah, yang membahagiakan kedua ibu bapa kita sehingga hujung nyawa kita. Terima kasih mama, untuk segalanya. Love you till Jannah, mama ku sayang. Love you so much. Nobody can replace you. 


Okay got to go guys. 
On-call with F till sleep.




P/s : Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati mama, abah, papa dan mama.



Love, 
El.

Nukilan hati.

Assalamualaikum.

Kalau di Shah Alam, students macam kami, biasalah, akan cari tempat untuk countdown. Like last two years, we celebrate together di I-city. Kalau budak Shah Alam yang tinggal berdekatan I-city, normally memang akan tahu lah jalan mana nak masuk free, jalan kaki je. Tak payah bawa kereta. I miss Shah Alam. Banyak memori kami. 


Fero selalu masakkan untuk aku. Air tangan dia yang menggemukkan aku. Haha. Ada la sesekali aku masak untuk dia. Tapi, aku suka dia masak untuk aku. And dia memang suka masak untuk aku, sebab dia tahu aku suka masakan dia, dan dia tahu aku kurang minat untuk memasak, dan selalunya bila aku masak banyak kurangnya. Tapi, walaupun kurang, dan dia pengkritik tegar masakan aku, dia tetap makan walaupun tak sodap. Thank you, Sunshine. (Sorry, aku guna bahasa yang pusing-pusing, sengaja.)


Kalau kami ke library, dia akan sediakan breakfast untuk kami. Too sweet, tak boleh tolak kebaikan dia. Kalau pergi kelas malam, macam aku join kelas pertahanan diri, di Puncak Alam, dia teman. Keknis pun join. Sahabat. Itu lah sahabat.


Suka manakan sama dengan Cinta


KALAU kita cintakan seseorang, kita mampu tulis sebuah buku tentang dia. Yes. Aku dah buat journal itu, Dan aku telah hadiahkan journal 3 tahun itu kepada dia. Banyak memori, tapi tak cukup pun journal itu. Lebih dari sebuah buku, apa yang telah kami lalui bersama. Tak mampu nak dicoretkan dan ditulis. 


Baik sangat ke aku untuk dia. F ada jawapan, dan dia tahu semua jawapan itu. Tak perlu cerita di blog kebaikan aku, sebab aku buat blog untuk ingatan kepada diriku sendiri, di mana ada memori yang perlu ditulis dan diingati. 


Bila sebut pasal Qada' dan Qadar, yes. Aku budak sekolah biasa, tak payah pergi sekolah agama pun, aku beragama Islam, dan aku ingat rukun Iman ada enam. Dan salah satunya, aku beriman pada Qada' dan Qadar, tapi apa pun, setelah kita berusaha sebaik mungkin, berusaha, berusaha, berdoa, dan tawaqal. Berserah kepada-Nya. Kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Itu ketentuan-Nya yang tak boleh diubah dah.

Sama macam kau ada penyakit kanser, kau mula-mula demam, tak kebah, dah seminggu. Tiba-tiba, jumpa doktor, medical check up semua, doktor sahkan kau ada kanser darah. Kau kena terima, mahu atau tidak. Tapi, adakah kau redha tanpa usaha? Kita kena teruskan hidup. Usaha untuk sembuh. Takkan lah nak biarkan diri terseksa. Dosa tau menzalimi diri sendiri.

The same goes dengan jodoh. Okay, aku faham konsep jodoh. Tak semua jodoh datang bersama cinta. Betul? Dan bagi aku, jodoh itu atas usaha masing-masing. Kalau tiada jodoh dia di dunia, pasti ada di syurga. Jenis aku, aku bukan jenis redha sahaja tanpa usaha. Aku berusaha. Dari kecil sehingga sekarang, aku sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang aku mahu. Aku perbaiki diri aku. Untuk lebih bersedia. Dan kalau aku dah berusaha, tapi tiada juga hasilnya, dan itu yang telah tertulis dalam luh mahfuz, aku akan redha. Tapi, aku ada naluri, naluri seorang wanita, yang aku yakin bahawa, ini semua ujian dari-Nya. Allahuakbar. Allah Maha Besar. 

Bak kata papa (F's dad), kalau ada yang menganggu hubungan aku dengan F, dia lah pengganggu, perosak hubungan orang. Papa memang tegas. Mama (his mom) pula cakap, mama tak nak tahu pasal orang lain, pada mama, mama doakan selalu, dan ingat apa mama cakap, susah nak dapat perempuan serupa Nina. Hewhewhew. (tersentuh hati aku) Sesungguhnya mereka adalah mama papa yang very understanding. Sama macam mama abah aku. Kalau bab keluarga, aku rasa aku tiada masalah hendak get along.

3 perkara yang kita tidak tahu, rezeki, ajal dan jodoh. 3 perkara ini memang rahsia. Aku bersyukur, sebab Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Adil, mengetahui segalanya. Allah beri aku ujian, dan alhamdulillah, aku percaya kalau kita sabar dengan ujian-Nya, Allah akan berikan yang terbaik. Dan, alhamdulillah, sekali lagi, aku dapat lagi baik, malah lebih baik daripada itu. Yakni, kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan, kebaikan, dan kepercayaan.


Allah s.w.t hadirkan Ahmad Ferouz Ahmad Ruslan, dan dia menjadi lebih baik, untuk ku. Alhamdulillah. Kuasa Mu ya Allah. Terima kasih. Aku cintakan Mu Ya Allah, terima kasih hadirkan dia dan mereka untuk menyayangi ku. Terlalu banyak limpah kurniaan kasih sayang mu, ya Allah. 



Sekian, nukilan hari ini.
Alhamdulillah.


Love,
El.




Medicine for you.



Assalamualaikum,

F sent me those three medicine yang dia kena makan. I've figured one by one and tell him to eat which one. Just like a doctor for him. Dia pula very obedient. I miss him. and I love him. 

There are few questions that I've ever asked.


(Just like a throwback of few months ago)


E : Do you think I can be a perfect wife for you?
F : Yes. Yakin. I know.
E : You rasa I boleh bahagiakan you, and jadi isteri yang baik?
F : He nodded. Angguk kepala. Then say yes.
E : You rasa I boleh jadi a mother to our kids, our zuriat?
F : Yup. You pandai jaga baby. Even the baby yang baru lahir pun you can handle. You baik, you bijak (bla bla bla) 
E : Do you think you boleh cari perempuan lain yang sama macam I, yang boleh memahami you, yang sporting macam I, hmm?
F :  Geleng kepala and said "You antara perkara yang terbaik I pernah miliki." 


Hubby, I miss you.


InshaaAllah, in October I'll come to his home, Kelantan. How I miss Kelantan so much, as much as I miss Shah Alam, and Kuala Lumpur.


Love,
El.