Tuesday, July 15, 2014

15 July 2014, FERO ELLE

Assalamualaikum.

Genap 3 Tahun 5 bulan hubungan kami. Alhamdulillah. Allah s.w.t hadirkan kami ujian. Ujian demi ujian, Allahuakbar, hanya sebab aku cintakan Allah s.w.t, aku redha. Allah s.w.t beri aku kekuatan untuk teruskan kehidupan seperti biasa. 

15 July 2014, 
17 Ramadhan 1435H.

Sungguh aku tak sangka, kami masih boleh bertahan. Dahulunya, kami ibarat cat and dog. Ada saja perkara yang kami nak argue. Tapi alhamdulillah, kini, berkat kesabaran, mendorong kami lebih tolak ansur dalam apa jua perkara. InshaaAllah, aku yakin jodoh kami kuat, kerana kami melalui banyak perkara bersama-sama. Menyelesaikan masalah yang dihadapi, cuba selesaikan, dan akhirnya selesai. Biasalah, kalau tiada masalah, bukan hidup namanya. Ya, pengalaman mematangkan kami, Fero Elle.


You will never be truly happy if you continuously hold on to the things that make you sad.
Kau tak kan pernah gembira/bahagia jika kau terus bergantung/berharap pada perkara yang buat kau sedih.


Alhamdulillah,
Subhanallah.

Sayang, terima kasih kerana berusaha untuk hubungan kita. Kita sama-sama usaha ya sayang? Semoga usaha kita berakhir dengan perkahwinan dan kekal sehingga ke jannah, sayang. Terima kasih kerana hadir di dalam hidup ini, sehingga ke hari ini, ianya membahagiakan. Terima kasih mencintai I, hubby. Dan I akan mencintai u sebagaimana u mencintai I seikhlas hati, hubby syg. - 
15 July 2014




Sayang,

Jodoh itu milik Allah s.w.t. Sekuat mana kita usaha, andai memang kita ditakdirkan bersama, datanglah pelbagai perkara sekalipun, inshaAllah, kita mampu selesaikan. Terima kasih, hubby sayang. 






I'll be right here waiting for you.



Ya Allah, 

Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. 
Sesungguhnya kami inginkan perhubungan yang halal 
dan kebahagiaan  hingga ke Jannah.

Hanya padaMu Ya Allah, 
kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. 
Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, 
Kami harap kami diberikan satu lagi peluang untuk perbetulkan diri kami.

Ya Allah, 
Tatkala airmata mengalir, 
Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. 
Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami. 

Ya Allah,
Aku mohon kepadamu.
Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. 
Ya Allah, Sekiranya si dia adalah jodoh aku, 
Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. 
Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan 
Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa 
Dia adalah yang terbaik untuk aku. 
Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu.

Ameen.
15 July 2014
ElleNyna.


Khas buat wanita-wanita lain, yang mencemburui aku dan dia. Terima kasih, kerana menjadi punca kepada kebahagiaan kami. Alhamdulillah.

Lelaki sebenar dia tak buat isteri/gf dia jealous, tapi dia bikin hati perempuan lain jealous dekat isteri/gf dia.




Love,
Elle.