Friday, April 18, 2014

Hi April 2014!

Assalamualaikum,

About 3 months, aku tidak jumpa si dia. 
Dalam 3 bulan ini, hidup aku mendatar. Tiada naik, tiada turun. Semua rutin. Cuma macam biasa, aku kerap marah bulan April ini. Tak tahu kenapa. Aku ada penyakit ataxaphobia, sejenis penyakit yang fobia dengan benda yang tidak teratur, tidak kemas dan tidak bersih. Cuma cara aku menghindarkan penyakit itu, adalah dengan tidak memakai cermin mata. So, aku bersyukur sebab aku rabun. Bila aku rabun, aku tidak nampak habuk di lantai, cap kaki, cap jari di lantai, tv dan meja, dan sebagainya. 

Lepas aku tengok cerita "Rania Tip Top" at TV3, baru aku tahu aku ada penyakit macam itu. Paling teruk, kalau seseorang telah mengubah keadaan rumah sehingga aku boleh mengamuk untuk mengemas balik seperti apa yang aku mahu. Sampaikan Fero pun macam tak tahan tengok penyakit aku, tapi selamat dia faham. So, dia pun layankan sahaja penyakit yang aku alami ini.

Selain itu, aku tidak boleh tidur bila katil aku tidak kemas. So macam mengada-ngada akan kemaskan katil dan kemudian baru tidur. Jika tak, aku akan ambil masa untuk kemas katil baru tidur. Seandainya aku cuba get over kekurang-kemasan katil, aku akan tergaru-garu seperti ada yang tidak kena. 
Sampai macam tu sekali kan?

If aku yang semakkan rumah, aku akan cuba buat-buat tak nampak, kemudian aku akan kemas lepas 10 minit. Tapi bila orang lain buat semak, aku pantang sikit. Cepat marah, membebel dan sebagainya.


HAHA.

Well,
itulah.

Tapi takpe, okaylah ada penyakit macam ni. Bersyukur sebab tak semua perempuan pengemas. LOL.
Bye.

Love,
El.