Wednesday, September 3, 2014

Sorry baru ini aku nak update.

Assalamualaikum and Hi.

Lama gila aku tak update tentang social life aku kan. What a life. Sebilangan orang suka lepak dengan kawan-kawan, tapi aku pilih untuk lepak dengan mama and kawan-kawan dia. Business meeting kata kan. Apa boleh buat, tapi aku bersyukur, alhamdulillah. 


Cari aku. Haha. Sinar cahaya berseri-seri di dalam gambar gitu. (wekk nak muntoh)

Aku pernah bawa F pergi makan di sini, F cakap, kuew tiaw goreng dia sedap. Memang pun. That day, masa lepas baru potong rambut, kami terus pergi ke sana, and then, F order Penang Fried Kuew Tiaw and sirap selasih, aku pula order Roasted Chicken Hainan, (Nasi Ayam Hainan, pendek cerita) and favorite aku, White Coffee. Erm tak pernah order lain, puluh kali pergi pun air yang sama.


Lepas tu, kami exchange food. Memang tabiat aku dengan F kalau makan, mesti sama-sama merasa. So, kalau aku pemalas, dia suaplah aku makan. Hehe. F kalau dekat mana-mana pun memang akan suap aku makan. Kat rumah aku pun sama. Dia agak manjakan aku terlampau. Hm Hm. And then, lepas tukar makanan, nasi ayam dia kureng la bagi aku and F. So, aku makanlah kuew tiaw tu, memang sedap. Aku terlebih makan. Tapi, tu la. Dia selalu utamakan aku. Cuma, kadang-kadang kalau bab minuman, aaa, tak boleh. F kuat minum. Banyak minum daripada makan. Hehe. Dari dulu dia memang begitu. Eh, kalau aku hilang ingatan, aku memang kena baca blog ini setiap hari supaya aku tak lupa diri.


(Ok, lepas ni nak bawa F pergi El Negra Distro & Studio, tempat romantic and private gitu.)


Hubby, if you read this.


Walau boleh menduakan, Aku pilih untuk setia. Walau boleh mensia-siakan, Aku pilih untuk menghargai. Aku juga tahu, hidup cuma sementara. Hanya pinjaman. Tiada yang kekal. Minda positif, menghasilkan kehidupan yang positif. Sungguh.


Jadi, aku selalu bersangka baik, dan hidup aku penuh aura positif. Sebab itu, aku dari kecil sampai besar, semua perkara yang aku impikan selama ini, tercapai. Lagipun, aku yakin Allah s.w.t ada untuk aku. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi setiap hari. Aku tulis bersyukur setiap hari, sebab memang kita kenalah selalu bersyukur. Setiap saat, setiap waktu, setiap ketika.

Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Subhanallah.
Astaghfirullah.



Love,
El.

No comments: