Wednesday, September 3, 2014

Rindu Shah Alam (Part1)

Assalamualaikum.

Shah Alam is our second home. Living there, rasa macam belajar di oversea. Seriously. Kami relax, kami lepak, kami study, kami gempak. Okay fine.

Sahabat ku dunia akhirat, Keknis Everdeen.

Dua orang ini kesayangan aku. HAHA. Kiri dan kanan. 


Apa yang menarik tentang kami, we do things together.

Keknis is someone who is very understanding okay. Dia susah sikit nak judging orang, and kalau dia marah, tak macam marah pun. Entahlah, susah sikit nak buat Keknis marah, melainkan dia sungguh-sungguh amat-amat marah, tapi ianya jarang berlaku sekali di hadapan ku. Keknis is my housemate, lepas itu bertukar jadi roommate. Adalah sebabnya kenapa. Dia juga yang balut kaki aku time aku jatuh tangga. Dia and Faraha sangatlah baik pada aku. Aku tiada masalah nak berkawan dengan orang kalau orang itu baik dengan aku. Tapi kalau aku tahu ada yang stab behind my back, aku diam. Sebab aku rasa diam itu emas. Aku kalau marah macam tak menjadi sangat. Susah nak menjadi. 

Keknis is very kind to help me. Fero pula is boyfriend, kawan, musuh, sahabat, buah hati, jantung aku, automatically kami fall in love at first sight actually. 15/02 memang satu tarikh yang kami jumpa, terus dia sayang aku suka aku dan sebagainya. Takdir kan? Hehe.

Pada Keknis lah aku bertanya, samada Fero ini bagaimana orangnya, smoking, solat ke idok, dan sebagainya. Banyak krisis di Blok 57, tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan apabila kami meningkat dewasa. 

Keknis ini rajin, selalu masak untuk aku. Lepas dia masak, dia akan masak, masak, dan bagi aku suka makan. The best thing is, kami akan masak, dan picnic di depan Masjid Shah Alam. Awesome. Memang rasa macam student oversea. Ye la, mak apak jauh. Haha. (Jauh sangat). Keknis pengemas orangnya. Sama macam aku. Selamat lah kami sebilik kan, kalau dia nampak baju aku tak bersusun, dia membebel la susun macam cara dia, tapi aku kan suka cara aku. (HAHA) Mudah, cepat, dan sesuai la untuk aku yang tiada masa untuk uruskan semua ini. Mana taknya, kalau aku kira masa aku, keknis and Fero, kami bertiga ni balik rumah, hanya untuk mandi, solat, dan lepas itu OUT. Bilik itu untuk tidur sahaja. Balik tengok movie pun dalam pukul 3 am. Pukul 7 am tu dah keluar pergi pasar cari arnab lah, breakfast dan sebagainya. Keknis jaranglah ikut aku dengan Fero pergi pasar or breakfast. Normally aku dengan Fero sahaja pergi bersama, lepas itu, jalan kaki pergi Restoran Hakim Seksyen 7 tu. Kalau hujan, F akan payungkan aku dengan tangan dia, *Blushing*. Hehe 




Aku sayang Fero untuk semua sebab yang aku akan/selalu cakap, dan macam-macam sebablah. Sebab utamanya, mungkin Allah s.w.t dah takdirkan dia untuk aku. Kalau aku bagi satu sebab, macam sebab dia baik ke, Keknis pun baik dengan aku, kan?

Lagi satu, Keknis and Fero ini selalu jadi photographer tak rasmi aku. Terima kasih, terima kasih. Macam faham je kan aku suka gambar. Sebab gambarlah jadi koleksi aku. So aku boleh tengok masa aku umur 20 tahun macam mana rupa aku. Sekarang pulak bagaimana. Alhamdulillah, usia bukan penghalang aku menjadi lebih muda, dan cantik dan bergaya. Nampak tak betapa tingginya self esteem aku? 

(LOL)


Hehe. 

Allah s.w.t hadirkan mereka berdua ini memang untuk aku. Sampai sekarang persahabatan kami utuh sebab kami ini susah senang sama-sama. Both of them adalah orang yang selalu ada di kepala otak aku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, disebalik kehilangan, ada kegembiraan dan kebahagiaan. Bila opah aku meninggal, aku sedih sangat, tapi Allah hadirkan 2 bulan selepas itu, kegembiraan aku, Sunshine yakni F. Kemudian, hadirnya Keknis, dan sahabat yang lain, yang telah bersusah payah menolong aku di saat aku jatuh dan tak mampu nak bangun. Terima kasih ya Allah, aku mencintai Mu.



Love,
El.


No comments: