Friday, September 5, 2014

(FeroElle) #4

Assalamualaikum and Hi.


Ku bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurnian-Nya terhadap ku. Sesungguhnya, hanya Allah s.w.t yang Maha Besar atas segala ciptaan-Nya. Alhamdulillah. Ini entri sebelum aku tidur. Aku rasa hendak tidur awal malam ini. Mata berat. Badan penat. Esok kena bangun awal, untuk siapkan apa yang patut bagi kedai aku sendiri. 


Sebut pasal syukur. Aku selalu bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t telah berikan pada ku. Dari segala aspek. Semuanya. Tidak pernah pula aku merungut itu ini. Alhamdulillah. 


Mengenali F adalah satu anugerah bagi ku. Aku bahagia, tenteram, aman, tenang bersama dia. Tipu kalau tiada salah faham. Tetapi kami berjaya melalui semuanya setakat ini. Alhamdulillah. Ku bersyukur ke hadrat Ilahi untuk pinjaman dan anugerah ini. Dari dulu hingga kini aku bersyukur, kehadiran dia di dalam hidup ku membawa banyak perubahan yang baik. Alhamdulillah. Di dalam tegasnya, penuh kasih sayang. Di dalam kasarnya, ada lembutnya. Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala susun atur kehidupan kami.


Sebut pasal cinta. Dia istimewa. Spesies unik bagi aku. Perasaan itu very warm, halus, tidak pernah aku rasa sebelum ini. Mengenali dia merupakan perkara yang indah bagi aku. Banyak momen kami. Dan setiap hari aku rindukan dia, perasaan cinta kian dalam. 


Ya, tipulah kalau tiada sengketa antara kami. Normal. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi aku belajar mengenali dia dari situ. True color sudah muncul. Tiada hipokrit antara kami. Tak perlu berpura-pura. Itu yang dia sering ajar pada ku. Ya, kami saling belajar melengkapi. Sampai bila-bila kami tak pernah berhenti untuk belajar cara baru untuk menyayangi, menghormati, mencintai, jujur, toleransi dan tanggungjawab. Dan kini hampir 4 tahun. Orang lain ada yang cepat pula jodohnya, kami pula mungkin lewat sikit, sebab Allah s.w.t bagi kami peluang untuk persiapkan diri kami. Allah s.w.t Maha Mengetahui. Jadi, jangan ragu-ragu apa yang Allah sudah beri. Sentiasa berusaha dan berdoa untuk memiliki apa yang kita hajati dan impi.



Cinta itu amanah dan tanggungjawab.


Dan aku berharap kami saling berusaha untuk saling setia, menghalalkan hubungan ini, bahagia sampai Jannah. Itu yang aku mahu. In shaa Allah, ameen.



Love,
El.

No comments: