Friday, September 5, 2014

(FeroElle) #3

Assalamualaikum and Hi.


Malam ini aku rasa hendak menaip saja. Entah. Fikiran ku tenang, dan tiada kegelisahan atau kerisauan. Apa yang tinggal adalah kebahagiaan. Kebahagiaan yang tidak semua orang ada. Ketenangan yang tidak semua miliki. Entah. Saat ini aku rasa tenang sekali. Ya, sungguh. Ku cuba baca lagi dan lagi, meneruskan bacaan buku 'Istikharah Cinta'. Namun ku hentikan sementara waktu, dek setitis demi setitis air mata yang jatuh berlinangan. Alhamdulillah, Allahuakbar. Betapa sayangnya Allah s.w.t pada makhluknya? Kenapa ku perlu bertanya lagi, jawapan sudah ada di depan mata. 


Subhanallah, betapa aku mencintai-Mu.


Terima kasih Allah s.w.t memberikan ku sejuta nikmat kebahagiaan yang melimpah ruah. Aku bersyukur teramat sangat pada Mu ya Allah kerana telah menunjukkan jalan dan petunjuk kepada ku. 
Alhamdulillah. In shaa Allah, ameen.


Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menguji ku jauh dari kemampuanku. Dan aku bersyukur, aku tidak jauh dengan-Mu. Malah doa-doa ku sampai pada-Mu, dan terima kasih di atas segala petunjuk yang diberikan kepadaku.  


Ya Allah, kau lindungilah keluargaku, bakal suamiku, dan keluarganya. Lindungilah sahabat-sahabatku. Jauhkan mereka dari anasir jahat. Peliharalah mereka.
Ameen.


(Selingan Sebelum Tidur)

Hari ini, F ada meeting. Tadi dia call aku, and aku dah cakap sehabis lembut. Akan tetapi, kereta dia, kalau guna speaker, maybe sampai terkejut motor sebelah itu. Haha mungkin dia pelik driver lelaki, mana datang suara perempuan? 

We laugh together.

Lepas itu, aku cakap dekat F, "Selamat dia tak sakit jantung kan?".

(And we laugh again)

Lepas itu kami borak lagi dan lagi, sampai satu kawasan suara masing-masing macam robot, lepas itu, end call. Then we continue, on the phone di rumah pula. F sleep early hari ini. Ku teman dia tidur menerusi telefon, lantas ku end call, selepas dia tidur nyenyak. Supaya aku tak ganggu dia dengan kerja aku menaip ni. (Bunyi keyboard pun boleh ganggu dia tidur).



P/s : Tiada apa yang ku pinta,semoga jodoh kami berpanjangan. Mudah-mudahan. In shaa Allah, ameen.


Dear Hubby,
I love you.


Love,
El.

No comments: