Sunday, August 31, 2014

Thought of wearing braces.






Assalamualaikum.


Thought of wearing braces, but ya, mom said, "You don't need to suffer for a beautiful face, you already pretty for now, you are not being thankful?"

Alhamdulillah, I do. It just on my second thought, I can't. I know it's painful in the as*. Haha. 

Masa aku jumpa F dulu, I said that,

"You got nice gigi, very teratur macam gigi palsu". So I started to called him gigi palsu for many times. Then I stop. But yes, that's made us different. Apa yang Allah berikan kepada kita, ada keunikan tersendiri.


Nahh, on my second thought, Nahh, I really don't need gigi besi for now. Maybe in the future, pun aku rasa I won't. Coz it hurts. I know. Hewhewhew. Alhamdulillah.


F is so pening kepala layan aku yang berjuta kali selfie
guna handphone dia. Baru ni aku ada masa hendak upload di blog
Hehe





Note to myself. Selfie la guna hp kekasih/suami anda so that gambar uols penuh in his phone. HAHA. Itu la motifnya.


Love,
El.

The Simba sold !

Assalamualaikum w.b.t.

Remember SIMBA ? Hub already sold him to someone who I don't know, and I don't even want to know. Hehe. So, yeah.



Hubby, I miss you. 


Love,
El.

Mental Disorder



Assalamualaikum w.b.t

Yes, aku suka share fakta juga. 

Erotomania ini seperti yang korang baca atau google, satu penyakit mental yang dia ini macam syok sendiri, dia rasa seseorang yang minat/sayang/suka/cinta itu, mencintai dia juga. In short, dia ada mental problem lah. Lepas itu, pada aku, dia seorang yang tak boleh terima Qada' dan Qadar, sebab dia declare orang yang dia minat itu, adalah 'Future Husband/Wife' dia di ruangan sosial. Meraih perhatian orang lain, untuk orang lain tahu bahawa dia bukan bertepuk sebelah tangan. Aku pernah lah jumpa orang begini, aku ingat mereka ini macam fanatic lah, tapi rupanya mereka ini ada masalah mental. Jadi aku klasifikasikan sebagai Cinta Syok Sendiri?


Korang boleh baca di sini untuk mengetahui jenis Cinta Syok Sendiri. Lain-lain contoh pun ada, watak Irine di dalam cerita Rindu Awak 200% tu pun menggambarkan penyakit Erotomania. Dahlah siap berilusi, berimaginasi yang dia dengan Zill ini ada apa-apa, and bagitau dekat Isteri Zill kan, so aku rasa ini penyakit mental. Which is a good example for Erotomania.


Alhamdulillah, aku bukan kategori itu. And then, aku rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana Fero tidak pernah give up untuk bersama aku. Dia berjuang dan berusaha untuk aku. Untuk itu, aku bersyukur. Alhamdulillah. Hehe. 


Kepada sesiapa yang ada penyakit ini, aku minta maaf. Tujuan aku post entry ini, bukan nak menyakiti hati sesiapa. Tapi ini fakta je. Sama-sama muhasabah diri, ya? 



Love,
EL.


Quit his job.

Assalamualaikum.


First, November is coming. Tak lama je lagi F akan end up his contract, and yay! Hubby said he want to quit his job then. Alhamdulillah. Going to save up some money for the future. 


Second, the best thing in life is when F decide to quit his job just because of me and be here with me. I love you, hubby. You know why I love you. We just wait and see. Mama (F's mom) said, F will quit this November. Aku ya kan saja, sebab memang few months ago, F decide to quit and lately pun dia dah cakap dia memang hendak quit, tak larat nak work there, and cari kerja di Ipoh. Hewhewhew. Alhamdulillah, andai itu niat dia, I'm okay with it.


Aku berdoa semoga kita sama-sama peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Endless love.



I prefer you rambut pendek. Hewhewhew. But I think both also can.
Because you're my handsome man.  I kan personal stylist tanpa gaji.



Love,
El.

He's crazy

Assalamualaikum w.b.t


A very good morning to all of you. How's your merdeka? I feel good today.


"DI SINI, LAHIRNYA SEBUAH CINTA."


Ok, suddenly I text F this morning.


E : My boyfriend is crazy.
He replied.
F : Why you called me like that?
E : You're crazy on me. HAHA
F : It's okay, I am willing to get that title.
E : Wow! So sweet. You're willing to be called crazy for me?
F : Yup!



Haha. Love you hubby. You're so funny.




Back few days, he called me kan, I said to him,

"Hubby dkt mana", and F said, "Dekat rumah la.." And then I said, "Cuba tanya I dkt mana, cepatlah".
F said, "Okay, u dekat mana?". Aku gelak-gelak, aku cakap, "Dalam hati hubby". Then, both of us gelak. HAHA. He said that I get influenced by romantic drama. HAHA. I said, no lah. Saja je nak ketawa. Hewhewhew.


Alhamdulillah, for everyday. Thank you Allah s.w.t. 

Love,
El.

Merdeka !

Assalamualaikum.


Merdeka !

Alhamdulillah. Kita masih bebas untuk menunaikan solat, tidak terasa seperti ada orang mahu bom di perkarangan rumah kita, ataupun penjenayah bebas masuk di kawasan rumah. Kita bebas ke mana sahaja, tanpa rasa ragu, kalau ada keraguan pun, 30% untuk keselamatan diri sendiri. Kita masih cukup makan, cukup sempurna anggota badan untuk berjihad, untuk meneruskan kehidupan. 

Untuk itu, aku masih merdeka.
Love Malaysia.



Just received text from F. 
F never forget to wish merdeka to me. 


Love you, hubby.
Happy Merdeka once again, hubby. :)
Sorry no I-city this year. Perhaps another year?



Love,
El.

Saturday, August 30, 2014

Something on my mind

Assalamualaikum w.b.t


Bila aku sudah jadi rajin buka laptop, dan apabila keyboard menjadi satu tempat untuk aku meredakan gelora jiwa aku, cewah. Ehem. Hari ini F cakap esok dia tidur rumah kawan dia, sebab ada bola sampailah Selasa. Hehe. Aku cakap, "okay hubby, Just go." Lagak aku seperti girlfriend yang memahami. Tapi, aku memang tak menghalang kalau dia nak ke mana, asalkan dia tau batasnya. 



Few blogs yang aku follow sudah jarang update post mereka, menyebabkan aku rasa blog siapalah aku hendak baca lepas ini. Ye lah, aku berblog dari tahun 2009. Now sudah 2014. Blog yang aku selalu baca semuanya aku dah biasa dengan rentetan kehidupan mereka. Dah macam kenal lama dah. Funny kan? Kita macam faham apa yang mereka rasa di dalam coretan mereka. Itu la blogger sejati, haha. 


Aku malas hendak merepek di Facebook, sebab entahlah. Aku bukan suka pamerkan apa aku rasa pada orang ramai melalui status, and cepat pula reaksi mereka untuk LIKE dan COMMENT. Sikit-sikit sudah. Nanti lebih, orang geli. Kalau di blog, terpulang pada readers. Sebab aku tak paksa orang baca blog aku. Nampak CLOSE button di Tab atas, tekan 'X'. End of story. No need to read, no more.


Dulu, aku memang antara wanita yang sangat excited untuk menghalalkan hubungan, tetapi kini, excited itu masih ada cuma, aku sekarang suka pula pada pendekatan steady. Bukannya apa, nanti bila relatives tanya bila lagi, aku diam sahaja. Bukan tiada perancangan, ada. Bak kata F la, in shaa Allah, ada duit, tahun depan kahwin. That's all, ringkas dan padat. Aku serahkan pada lelaki untuk berkata-kata soal itu. Aku faham, lelaki bila dah ready, dia akan cakap sendiri. Am I right?


Parents aku pula, especially mama, dah sediakan business plan untuk aku jalankan dengan F nanti. In shaa Allah, aku doakan rezeki kami dimurahkan, diberkati, dimudahkan, agar segera boleh halalkan hubungan ini. Ameen. Kita mampu berusaha, kan? Siapa yang tidak hendak hubungan yang diberkati Allah s.w.t.

Tiada apa yang membahagiakan diri ini, apabila kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah, yang membahagiakan kedua ibu bapa kita sehingga hujung nyawa kita. Terima kasih mama, untuk segalanya. Love you till Jannah, mama ku sayang. Love you so much. Nobody can replace you. 


Okay got to go guys. 
On-call with F till sleep.




P/s : Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati mama, abah, papa dan mama.



Love, 
El.

Nukilan hati.

Assalamualaikum.

Kalau di Shah Alam, students macam kami, biasalah, akan cari tempat untuk countdown. Like last two years, we celebrate together di I-city. Kalau budak Shah Alam yang tinggal berdekatan I-city, normally memang akan tahu lah jalan mana nak masuk free, jalan kaki je. Tak payah bawa kereta. I miss Shah Alam. Banyak memori kami. 


Fero selalu masakkan untuk aku. Air tangan dia yang menggemukkan aku. Haha. Ada la sesekali aku masak untuk dia. Tapi, aku suka dia masak untuk aku. And dia memang suka masak untuk aku, sebab dia tahu aku suka masakan dia, dan dia tahu aku kurang minat untuk memasak, dan selalunya bila aku masak banyak kurangnya. Tapi, walaupun kurang, dan dia pengkritik tegar masakan aku, dia tetap makan walaupun tak sodap. Thank you, Sunshine. (Sorry, aku guna bahasa yang pusing-pusing, sengaja.)


Kalau kami ke library, dia akan sediakan breakfast untuk kami. Too sweet, tak boleh tolak kebaikan dia. Kalau pergi kelas malam, macam aku join kelas pertahanan diri, di Puncak Alam, dia teman. Keknis pun join. Sahabat. Itu lah sahabat.


Suka manakan sama dengan Cinta


KALAU kita cintakan seseorang, kita mampu tulis sebuah buku tentang dia. Yes. Aku dah buat journal itu, Dan aku telah hadiahkan journal 3 tahun itu kepada dia. Banyak memori, tapi tak cukup pun journal itu. Lebih dari sebuah buku, apa yang telah kami lalui bersama. Tak mampu nak dicoretkan dan ditulis. 


Baik sangat ke aku untuk dia. F ada jawapan, dan dia tahu semua jawapan itu. Tak perlu cerita di blog kebaikan aku, sebab aku buat blog untuk ingatan kepada diriku sendiri, di mana ada memori yang perlu ditulis dan diingati. 


Bila sebut pasal Qada' dan Qadar, yes. Aku budak sekolah biasa, tak payah pergi sekolah agama pun, aku beragama Islam, dan aku ingat rukun Iman ada enam. Dan salah satunya, aku beriman pada Qada' dan Qadar, tapi apa pun, setelah kita berusaha sebaik mungkin, berusaha, berusaha, berdoa, dan tawaqal. Berserah kepada-Nya. Kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Itu ketentuan-Nya yang tak boleh diubah dah.

Sama macam kau ada penyakit kanser, kau mula-mula demam, tak kebah, dah seminggu. Tiba-tiba, jumpa doktor, medical check up semua, doktor sahkan kau ada kanser darah. Kau kena terima, mahu atau tidak. Tapi, adakah kau redha tanpa usaha? Kita kena teruskan hidup. Usaha untuk sembuh. Takkan lah nak biarkan diri terseksa. Dosa tau menzalimi diri sendiri.

The same goes dengan jodoh. Okay, aku faham konsep jodoh. Tak semua jodoh datang bersama cinta. Betul? Dan bagi aku, jodoh itu atas usaha masing-masing. Kalau tiada jodoh dia di dunia, pasti ada di syurga. Jenis aku, aku bukan jenis redha sahaja tanpa usaha. Aku berusaha. Dari kecil sehingga sekarang, aku sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang aku mahu. Aku perbaiki diri aku. Untuk lebih bersedia. Dan kalau aku dah berusaha, tapi tiada juga hasilnya, dan itu yang telah tertulis dalam luh mahfuz, aku akan redha. Tapi, aku ada naluri, naluri seorang wanita, yang aku yakin bahawa, ini semua ujian dari-Nya. Allahuakbar. Allah Maha Besar. 

Bak kata papa (F's dad), kalau ada yang menganggu hubungan aku dengan F, dia lah pengganggu, perosak hubungan orang. Papa memang tegas. Mama (his mom) pula cakap, mama tak nak tahu pasal orang lain, pada mama, mama doakan selalu, dan ingat apa mama cakap, susah nak dapat perempuan serupa Nina. Hewhewhew. (tersentuh hati aku) Sesungguhnya mereka adalah mama papa yang very understanding. Sama macam mama abah aku. Kalau bab keluarga, aku rasa aku tiada masalah hendak get along.

3 perkara yang kita tidak tahu, rezeki, ajal dan jodoh. 3 perkara ini memang rahsia. Aku bersyukur, sebab Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Adil, mengetahui segalanya. Allah beri aku ujian, dan alhamdulillah, aku percaya kalau kita sabar dengan ujian-Nya, Allah akan berikan yang terbaik. Dan, alhamdulillah, sekali lagi, aku dapat lagi baik, malah lebih baik daripada itu. Yakni, kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan, kebaikan, dan kepercayaan.


Allah s.w.t hadirkan Ahmad Ferouz Ahmad Ruslan, dan dia menjadi lebih baik, untuk ku. Alhamdulillah. Kuasa Mu ya Allah. Terima kasih. Aku cintakan Mu Ya Allah, terima kasih hadirkan dia dan mereka untuk menyayangi ku. Terlalu banyak limpah kurniaan kasih sayang mu, ya Allah. 



Sekian, nukilan hari ini.
Alhamdulillah.


Love,
El.




Medicine for you.



Assalamualaikum,

F sent me those three medicine yang dia kena makan. I've figured one by one and tell him to eat which one. Just like a doctor for him. Dia pula very obedient. I miss him. and I love him. 

There are few questions that I've ever asked.


(Just like a throwback of few months ago)


E : Do you think I can be a perfect wife for you?
F : Yes. Yakin. I know.
E : You rasa I boleh bahagiakan you, and jadi isteri yang baik?
F : He nodded. Angguk kepala. Then say yes.
E : You rasa I boleh jadi a mother to our kids, our zuriat?
F : Yup. You pandai jaga baby. Even the baby yang baru lahir pun you can handle. You baik, you bijak (bla bla bla) 
E : Do you think you boleh cari perempuan lain yang sama macam I, yang boleh memahami you, yang sporting macam I, hmm?
F :  Geleng kepala and said "You antara perkara yang terbaik I pernah miliki." 


Hubby, I miss you.


InshaaAllah, in October I'll come to his home, Kelantan. How I miss Kelantan so much, as much as I miss Shah Alam, and Kuala Lumpur.


Love,
El.

Friday, August 29, 2014

Warna



Assalamualaikum.


Hari ini, F pergi pasar with mama and papa. After that dia hantar gambar through Whatsapp. F selalu kalau nampak benda menarik, memang akan dia bagitahu pada aku. Everything. Baik kan dia? Haha. Sebab pada dia, pendapat aku paling utama. Dia akan minta pendapat aku dulu. Kalau aku kata, No, means No. Kalau aku kata, Yes, means Yes. Gitu la.


So, perbualan kami lebih kurang begini.





We are very outspoken. Kami suka pretend bincang benda yang tak akan jadi pun, sometimes suka acting, berlakon, berdrama. So drama. (Full of drama). Argh too bad. I miss Shah Alam now. I miss our moments.

Dear Sunshine,
Thank you for being my laughing gas. Love you to the moon and back, (as usual). Love you Love you Love you. Please jangan bosan. Hehe.


Lupa pulak nak bagitau, semalam aku call mama (His Mom). Yes, aku dengan family dia memang rapat. Too close. Papa suka buat aku ketawa, adoi. Aku tak tahu la, mungkin aku ni kategori ketawa yang benda kecil pun nak ketawa. Happy go lucky person. Mama pula suka cerita macam-macam. Mama cakap, kalau aku dengan F, memang riuh rumah nanti. Nak dijadikan cerita, aku buat biskut raya hari tu guna resipi mama, punyalah mama sorok biskut raya yang aku buat sampai tinggal satu, takut orang lain makan. Aku tahu biskut tu keras tau tak. Tapi, aku terharu, Fero sanggup makan, and mama pun makan. Walaupun papa cakap, biskut aku buat tu keras. HAHA. And suruh mama pos balik. (Ok nak gelak sangat sekarang). 

Terima kasih papa and mama, first time jumpa pun aku, mama papa dah suruh biasakan panggil mereka papa and mama, itu yang aku agak terharu. Aku jumpa mereka dalam tahun 2012. And mama papa pernah ke Ipoh, ke rumah aku, untuk jumpa mama abah aku. They're amazing. Aku anggap mereka macam parents aku sendiri. Yang pasti, aku sayang mereka hingga hujung nyawa aku. Aku ada 2 bonda dan 2 ayahanda untuk dijaga.

Pada aku, apa yang mereka buat untuk aku, adalah satu perkara paling terbaik untuk aku. Stand for me, and they know what I feel. Terima kasih papa and mama. Gambar papa and mama, tak boleh letak lagi kat blog, sebab nanti dah kahwin baru boleh letak. Google is crawling nanti. Walaupun aku pakai robots text. tapi aku rasa macam ada gambar yang Google masih ambil and jadikan public. I don't know.


I love them to the moon and back. Forever till Jannah.


Untuk kedua ibu bapa aku,
Thank you for loving me. Sangat mencintai kalian berdua. Lebih dari nyawa anakanda sendiri.



Love,
El.


P/s : Bought something for him today. 29/08/2014. Tak boleh bagitahu apa benda. Surprise hubby!

Simba in the house

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. F bought a cat yesterday. Even though we quite excited with SIMBA existence instead of TIGER, hm hm. We plan to let go SIMBA due to certain circumstances. But it depends on F's decision. If he decide to let it go, I'm okay with it. It quite difficult for Fero to keep it at his home. His neighbor already took NEO and lock up NEO at their home. Afraid that will happen to SIMBA though.




Isn't SIMBA beautiful?

Positive thought.


Alhamdulillah, untuk kebahagiaan yang diberikan kepada ku. Kita kena positif setiap hari, baru hidup kita bahagia selalu. Alhamdulillah. Cara nak positif mudah saja. Kalau kalian tengok Wall aku di Facebook, aku tak pernah pun tulis benda emotional. Itulah aku. Aku jarang mempamerkan emosi aku di Facebook melainkan ianya membawa positive vibre, yeah ya know.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Aku rasa setiap kali ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t, telah memberikan kesan yang baik kepada hubungan kami. Syukur.

Aku seorang yang sentiasa positif dan suka psycho orang. Adakala aku nak tengok perangai seseorang itu bagaimana adalah dengan melihat cara dia di Facebook, keturunan, keluarga, emosi dan kebijaksanaan dia terpapar menerusi setiap apa yang ditulis. Hehe. Aku rasa I've enough. I know Fero jaga hati aku sangat. Fero pernah cakap pada aku, 

"Walau apa pun jadi I tetap dengan you, I tetap pilih you."

Masa itu saja je aku usik suis kemarahan dia. Yes, I know Fero. Kalau orang itu tak penting, tak perlu nak sebut di dalam kehidupan kami. Well, positive thought though. Sekarang kita berada pada masa kini dan kena fikir untuk akan datang. Apa yang dah lepas, biarkan ia berlalu saja. 

Kami jatuh cinta, hanya dengan sekali pandang. I still remember how we met. I believe in Allah s.w.t. Ada sebab kenapa kami ditakdirkan berjumpa. Sehingga ke hari ini, kami berdua merupakan kawan, kawan baik untuk satu sama lain, musuh adakala, sahabat untuk saling menasihati, dan memperbetulkan, malah kekasih. Tak perlu jadi hipokrit antara kami. Apa yang dia nampak tentang aku, itulah aku. Bukan plastik. Dan begitu juga dia. Tiada yang hipokrit tentang dia. Apa yang aku dengar, apa yang aku nampak, bila dia dengan keluarga dia, dengan keluarga aku, itulah dia. Sedikit sebanyak, kami masing-masing terima kelemahan, kekurangan masing-masing, dan saling melengkapi kekurangan kami, dengan kelebihan apa yang kami ada. Fero merupakan hamba Allah s.w.t yang sangat ikhlas bagi aku. Cinta dia ikhlas. Kasih dan sayang dia juga ikhlas. Semuanya melalui perbuatan, dan jika dengan perkataan, ianya menjadi sangat istimewa dan penuh makna. (Tak la jadi macam iklan Digi, "sayang awak selama-lamanya", lepas tu bosan).

Haha.

Aku buat blog ini pun sebab, aku rasa aku nak coretkan semua yang membawa kegembiraan dan positive vibre dalam hidup aku. More to come, I guess. In shaa Allah. Hubby, if I die, you will read this okay? I love you. 


The plain us . 4 AM here.



Love,
El.


Thursday, August 28, 2014

Attending a course

Assalamualaikum.

On that day, I attend a course at Hotel Casuarina @ Meru. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Sister . 


So, I send these two photos towards hub.



Okay. Itu saja. Boyfriend aku cakap aku cantik. Takde masalah pun kan? And logic la setiap lelaki akan cakap girlfriend dia cantik. (To me)

Asalkan sedap mata memandang. Thank you hubby for bring the best in me. You completed me. 
Love you to the moon and back.

Pada aku, Allah s.w.t jadikan setiap manusia di muka bumi ini berpasang-pasangan. Dan pasangan yang telah ditakdirkan untuk kita adalah seseorang yang boleh menteteramkan dan menenangkan kita, ketika bersamanya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, yang dia cintakan aku, sehingga kini. Terima kasih, alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerna pinjamkan dia untukku, mencintaiku dan menyayangi ku, malah setia denganku. 

Buat sahabat sekalian, Terima kasih doakan kami. Berkat doa kalian, in shaa Allah, Mudah-mudahan. Doakanlah segalanya berjalan lancar. In shaa Allah, ameen.

I wish two things happened on my birthday and our 4th anniversary next year :

Since it will be 14 & 15 Feb 2015. Hehe. Pray for it. In shaa Allah.

1) A proposal.
2) Solemnization.



Kau selalu ada untuk aku. 
Ku akui itu.
Susah senang kita tempuhi bersama.
Saling melengkapi, antara aku dan kamu.
Terima kasih lengkapkan hidupku.
Dan Membahagiakan ku.
I love you.



Love,
El.

Toothache

Salam.

Fero dah few days sakit gigi. Kesian F. I hope you will get well soon.



Tadi,
F just texted me, dia baru tampal gigi. The dentist said, If still not okay, kena do minor operation towards saraf gigi tu. Allahuakbar. I pray for your health, hubby.

And yeah! Kucing dah beli. SIMBA SIMBA.


Love,
El.

His Convocation .







K, I tak sabar untuk attend konvo you. Love you!


Love,
El.

I miss you





September, please come early. hehe.
School holidays, and I miss you.




Love,
El.

Untukmu Imamku


Assalamualaikum.

Aku nyanyi lagu ini untuk Fero. 
He said suara aku best. HAHA. (I doubt that hubby)
Aku record sekali, and then, I told him that I sing a song  for him but I don't know whether it was good or not, he said, "yes, hantarlah". 

And then I macam change the topic, 
but at the end he said, "Don't forget to send the song that you sang!"

I hit the SEND button.

He gave 5 stars. Haha. Thank you hubby.
Love you to the moon and back.


Lepas itu, semalam kami tengoklah cerita RINDU AWAK 200%. There was a scene that Zill Faezrul lied to Armel, and then, Irine being PERAMPAS, dia datang ke rumah Armel while Zill was not at home,
and there you go, perempuan syok sendiri sudah mai, putar belit cerita, (Ambil Peluang/Kesempatan)
So I said to him,

"Pengajaran cerita ini, in a relationship, mesti ada kejujuran, if not, ada orang KETIGA akan buat cerita yang syok sendiri, walhal LELAKI itu tak ada apa pun".

So, hubby pun reply,

"Yes, betul tu."


I smile. Haha.


And there's also a part yang aku emotional, wondering whether her husband ada affair tak dengan perempuan Irine tu, and I said to my hub,

"I.........(malas nak bagitahu sini)"

Hubby replied,

"Ye, syg"..


P/s : Haha. I love the part hubby call me syg, because I feel like Im her queen. Hewhew.


Ok bye.

Am waiting for the cat photos! :p




Love,
El.

Untuk F.

Assalamualaikum.

First, aku hendak ucapkan alhamdulillah, untuk segala kurniaan yang telah Allah s.w.t berikan kepada aku. Alhamdulillah. 


Second, untuk Fero.

Terima kasih menjadi imamku ketika solat. Alhamdulillah. Tatkala diri ini melihat dirimu menjadi imamku, ku begitu yakin kau untukku. Di saat bibirmu menyebut setiap sebutan ayat Surah Al-fatihah itu, hatiku sayu. Allahuakbar. 

Betapa aku mensyukuri nikmat Allah s.w.t, mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga kepada umatNya, sehingga aku disayangi begitu sekali oleh makhlukMu, Ya Allah. Kau telah takdirkan kami bertemu, memperbaiki diri masing-masing, agar saling menjadi yang terbaik. Alhamdulillah. 

Hampir 4 tahun kami bersama, dan aku berdoa agar tahun hadapan, 2015 merupakan permulaan baru bagi kami sebagai suami isteri. In shaa Allah, mudah-mudahan. Setiap manusia melakukan kesalahan, dan perkara paling penting adalah kita tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Terima kasih hubby, for being the best for me. Aku tahu kau cuba jadi yang terbaik untukku, and I always pray for you and for us, hubby.

I dreamed about you and me last few days, the same dream of my istikharah. In shaa Allah, Ameen. Semoga Allah s.w.t. memberkati hubungan kita, dan memudahkan perjalanan ini, menghalalkan antara kita, bahagia sehingga ke Jannah. 



Love,
Syg.





He want to get a cat for us.

Hi. Assalamualaikum. 

Today Hubby is going to get SIMBA for us. Hehe. In shaa Allah.

Hubby already have Tiger and Syed at home. Normally he will call me to ask about cat since I have lots of cat at home. Apa saja yang Fero hendak tahu, he will ask me since I am his everything. We share the same hobby. Hehe. For that, we glad.

If he buy me a rabbit, he will buy for himself too. So, we did share the same interests. Alhamdulillah, my life is getting happier everyday, and in shaa Allah, if there's no obstacle, Hubby will come to bring SIMBA this September 2014.

Im so happy. Can't wait to see you hubby. I love you.

P/s : Nama TIGER itu kami pilih sama-sama. SO nama SIMBA also untuk cat yang baru ini. HEHE. Dah macam pilih nama anak dah. Anyway, thank you hubby. I know you tahu I suka kucing yang comel. And you know how I feel when I lost my cat. Thank you for SIMBA.



Love,
El.

Alhamdulillah.


I am glad that after all, ups and downs, through whatever things happened. This is his decision. Alhamdulillah, thank you Allah s.w.t.



Love,
El.

Wednesday, August 20, 2014

Annoying people.

Assalamualaikum.

I like this post actually. I don't know why. Hehe. And my hubby also LIKE this post so much. Haha.




Love,
El.

Tuesday, August 19, 2014

(Review) TV Series Vampire Diaries vs The Originals

Assalamualaikum.

I have finished all seasons of Vampire Diaries and yeah, not to forget The Originals. I can say that every seasons of Vampire Diaries is quite okay, but when it comes to The Originals, I was crying for few scenes. Obviously, I do like the character of Klaus Mikaelson, where, he looks sincere when it comes about feeling. He showed his love towards Rebekah Mikaelson, when he knew that Rebekah planned to call upon their dad, Mikael to come to New Orleans in 1919 and kill Klaus.

The bond among siblings were strong, this is the best TV Series I've ever watched. You guys can also see how Elijah Mikaelson protect his sister from Klaus, and stick to their promise, "Always and Forever", in order to stay as Family, to live as family, and never give up on his brother, Klaus. Til the end.


Can't wait for the Season 2.



Love,
El.


#TheOriginals #Thebest

Friday, August 15, 2014

A good news for me.

Assalamualaikum.

A good news for me! Sorry lambat show how excited I was. (Hehe)

Alia is getting married soon!


ALHAMDULILLAH. InshaaAllah, akan ku menyusul kemudiannya. Kita kan kembar. We are sisters. 
Love you babe, till Jannah. 

I told F about my girlfriend's wedding, Alia. The best part was, F would also want to accompany me, InshaaAllah. Doa-doakanlah segalanya dipermudahkan buat Alia dan semua sahabat yang bakal mendirikan masjid.





Love,
El.

(Love Life) Panggilan itu.

Asssalamualaikum,

Back few days, Fero was working, he called me once, and,

"I ingatkan you tak call today?" (E)
"Mestilah call, tak kan tak call" (F)

His attempt to make a surprise perhaps. Since it has been such a long time he did not act like that. Haha. Oh hub, you know I love you. Hanya aku tahu, saat bila kau begitu mencinta dan angau. Lol.



Love,
El.

(FERO AFAR & ELLENYNA) 15 August 2014

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, 15th August 2014. 3 tahun, 6 bulan. Thank you Allah for a great journey and I passed with flying color! For whatever reasons you put me through, Alhamdulillah, am thankful that you guide us back to the right path. Allahuakbar.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu what we've been through. Tapi kami masih kekal utuh dan berusaha sebaik mungkin untuk bersama dan end up dengan pernikahan. InshaaAllah, it will be next year. But I don't know when. It just a feeling, that it will be next year, and I trust Allah s.w.t for whatever Allah s.w.t destined for me, for us.

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Betapa bersyukurnya aku, kerana menerima gandaan dan limpahan kasih sayang dariMu, ya Allah. Aku sungguh terharu dengan apa yang telah terjadi. Menjadi salah seorang hambaMu, yang menerima ujian dengan redha, malah aku percaya, dengan kuasaMu jugalah telah mengembalikan apa yang telah hilang.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah Maha Besar.

Kami bersyukur diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini dengan bermakna. Alhamdulillah, tiada kata yang lebih bermakna, melainkan kesyukuran hamba yang lemah ini kepada Mu ya Allah. 

Terima kasih pada Mu, ya Allah.

Semoga hubungan ini berterusan, sehingga ke pernikahan, dan membawa kami ke Jannah mu, Ya Allah.

Love,
El.

Tuesday, August 12, 2014

(Love Life) Permaisuri

Hai and Assalamualaikum,

There was a moment that I can say, 'sweet' (Perhaps), and made me cherish every single words from him. YES I know somehow, his words are very precious to me. Every single words. 

I text him, and it sounds like,

"Hubby, boleh tak saya jadi permaisuri hidup awak?"

Ya, aku tak expect any reply from this text. Normally F ain't gonna reply my text while he was working. So, he replied,

"Boleh, apa salahnya".



and there was also a moment yang buat aku hargai every words in that text. 


While I was texting about am going to wear braces, bla bla bla... and he said,

"InshaaAllah, we will get married by next year if ada rezeki".


Alhamdulillah.


I am so thankful, syukur ke hadrat Ilahi, because doa' aku didengari oleh Nya. Aku akan teruskan berdoa, kerana dia adalah jodoh istikharah ku. Saya sayang awak.



Love,
El.

Tuesday, August 5, 2014

Buat Bakal Suami ku .

Assalamualaikum w.b.t.
I always be thankful to Allah s.w.t. 
Alhamdulillah.

Buat bakal suami aku, 
Biarlah kau menjadi pembimbing, 
tidak menganjing, malah bukan menuding. 
Melentur tapi bukan memaksa. 
Mendidik bukan mengherdik. 
Mencintai bukan menguasai. 
Menyayangi dan menerangi. 
Menjaga bukan menduga. 
Menghormati bukannya mengkhianati. 
Memahami dan percaya, 
Juga saling melengkapi antara kita berdua. 


Dan, Di saat orang sibuk bertanya bila nak kahwin. Aku rasa Allah s.w.t bagi aku masa untuk persiapkan diri aku, dari segala aspek. Kahwin bukan sehari dua, tapi kalau boleh hendak ke syurga. Apapun, berbakti pada orang tua, itu yang utama hingga hujung nyawa, tak kira apa pun jenis jasa, takkan dapat kau bayar semula. 


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
ElleNyna Amalina.

cakap kasar vs lembut

Assalamualaikum w.b.t

Hi there.

A minute later after I post previous entry, I remember this question which I already asked him. So, am kind of want to remember this sweet situation. Sorry if you annoyed with my writing, will you forgive me?


Me : Hubby, do you like me to speak softly or harsh towards you?
F :  Softly.
Me : Syg pernah cakap kasar dengan hubby?


Jengjengjeng




F : Tak pernah. Lembut je. 


HAHAHAHA.
Itu yang aku nak ketawa tu.
HEHEHEHEHE.



Love,
El.

Monday, August 4, 2014

Syawal 2014/1435 H.

Assalamualaikum.

A very good day to all of you.
And Salam Aidilfitri from me.

Truly sorry, lama gila aku tinggalkan dunia blog aku. Somehow, aku agak sibuk for the past few months. Yeah, with part time job, yang agak ohsem. Super duper excited gain new experience in life. Aku banyak tambah pengalaman hidup aku based on communication. Just cut it out. Since now, back to daily basis. Now am a blogger back! Full time. 

Derr, how was your Raya? My Raya this year, memang super duper awesome sebab Fero datang all the way from Kelantan. Thank you hubby. Aku hadap muka dia 7 days. Sikit pun aku tak nak bazir masa. Sempatlah juga aku masak untuk dia for breakfast, though aku amatur sahaja. But he said, "Sedap". Haha. Bukan mudah hendak dapatkan pujian jujur yang positif daripada si dia. Kehkehkeh. Thank you. Oh yaa, I also made 'biskut-raya-untuk-fero', which is biskut punoh, tak menjadi. Tapi, okaylah. Fero tak komen banyak pun. He said, agak keras, tapi sedap. Maybe he means to appreciate lah. 

Banyak best moments dengan Fero. First, it was Transformers. Fero dah lama janji hendak tengok Transformers dengan aku. Dia tak pernahlah mungkir janji kalau bab tengok movie ni. Awesome tahu tak? Kami ADOPT new kitten, kami namakan dia TIGER. Semoga TIGER cepat besar, dan besar, dan besar, dan gebu. InshaaAllah, ameen. Aku serik hendak bela kucing, so, aku harapkan Fero boleh jagakan dia. Nanti Tiger sudah besar, bolehlah aku jumpa Tiger. Hehe.


Thank you Allah, Alhamdulillah, for this perfect family. Tahun ni satu menantu, yakni satu adik ipar.
In shaa Allah, next year, bertambah lagi satu menantu, yakni bakal suami aku. hehe


It was a good Raya after all. Alhamdulillah. Fero came on 2nd Syawal. I am glad he's coming to see and meet me. Thank you hubby for the time you spend with me. I am so happy to see you. Terima kasih di atas pengorbanan masa, keluarga dan wang ringgit, semata-mata untuk jumpa I.



You bring the best in me, hub.


Masa ni Fero tak potong rambut lagi.
So, he cut his hair on 3rd August 2014.



Okay, till then.
Nanti aku sambung lagi.

p/s : he arrived at 12 noon.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
ElleNyna.