Wednesday, August 21, 2013

Takziah.

Assalamualaikum dan hi semua. 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah s.w.t.
Masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Hari ini dikejutkan dengan berita tentang kemalangan di Jalan Genting - Karak. Innalillah, mendengar berita yang menyedihkan kita. Walaupun tidak kita kenali. Tapi aku terfikir, kasihannya kepada keluarga mereka. Empati. Takziah buat mereka. Semoga dapat menerima Qada' dan Qadar Allah s.w.t.


Segala puji bagi Allah s.w.t. Aku bersyukur. Masih boleh berjalan. Masih sihat. Tapi bila mana aku pejamkan mata, aku asyik fikir tentang, mati, mati dan mati. Setiap kali aku lelapkan mata, aku fikirkan mati. Melihat dua jenazah mereka yang tersayang meninggal di depan mata, yakni opah dan pakleh, aku masih teringat akan betapa sakitnya pabila saat nyawa itu ditarik. 


Semoga kita semua sedar, bahawa mati itu pasti.
Dan aku harap aku mati di dalam keadaan yang baik, begitu juga mereka yang aku sayang.
Manusia semakin bertindak ganas dan liar. Membunuh manusia ibarat membunuh semut. Relax dan cool (konon). Gejala tembak menembak, mendera, memukul isteri di lif, masih dianggap Malaysia aman? 


Ada yang tidak mampu berfikir secara waras berikutan ekonomi Malaysia kini. 
Aku sudah mula berfikir tentang masa hadapan. 
Aku fikir perkahwinan, rumah, kereta, hutang.
Saratnya!


P/s : Semoga segalanya berjalan lancar. Kita mampu merancang, Allah s.w.t menentukan. Aku berharap, aku kahwin tahun hadapan dengan si dia, Fero. Dan di saat itu segalanya telah stabil. InsyaAllah, mudah-mudahan. Jodoh, Ajal, dan Rezeki, daripada Allah s.w.t kan, dan itu rahsia Allah. Hanya Allah tahu. Kita jangan pernah putus asa. Berusaha, dan Berserah. Tawakal. Redha. InsyaAllah.


Love,
El.