Monday, July 22, 2013

Boleh tak JANGAN.

Assalamualaikum.

Boleh tak JANGAN TANYA AKU BERAPA BANYAK BAJU RAYA DAH BELI, DAH TEMPAH, DAH BUAT, etc.

Aku tak nak dengar soalan macam itu. Boleh tak faham?

Soalan biasa. Tapi hati aku akan tergores lah bila orang tanya. Sebab keluarga aku tak ada baju-baju raya ini. Aku pakai mana yang ada je. Last mama buatkan baju raya masa kami kanak-kanak yang boria. Well, that was a long time ago.

So, last year Fero bought me baju raya. Tapi this year, aku tak nak baju raya. I decided not to have. Aku bukan miskin papa kedana. Itu je aku boleh explain. So, kesimpulannya aku taklah taraf miskin macam korang fikirkan. (Rakyat Malaysia kan judgmental). Well, I guess itu cara kami bersederhana. Moderate. Tak melebih-lebih. Kuih raya pun ala kadar. Ini tahun ketiga opah tiada. Terus terang, aku memang tiada semangat nak raya bila opah telah pergi. Jadi, aku harap kalian faham, kenapa setiap tahun aku tiada baju raya. Please jangan samakan kehidupan kalian dengan kehidupan aku. Well, masa opah aku ada, opah akan tunjuk baju raya opah kat kami sekeluarga. I miss my grandmother. I miss Pak Leh too. Tiada lemang tahun ini. Pak Leh dah takde. Tapi, jangan bersedih. Yang telah pergi, telah pergi pun kan? Hari raya ialah hari bergembira. Tak boleh nangis-nangis. Okay. Amalina is a strong girl. 

P/s : Mungkin suatu hari nanti, bila aku sudah kahwin, baru la aku ada semangat untuk membeli baju raya bersama suami aku yang tercinta. #berangansangat. 


Jadi, tolong ya, jangan tanya soalan yang boleh bikin hati sedih. Thanks.

Love,
El.

(Love life) Bila berjauhan

Assalamualaikum w.b.t

 

Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa saja kurnian-Nya. Tidak merungut, mengeluh mahupun membantah. Apa saja rezeki yang diberi, tiada omelan langsung. Jika ini rezeki ku, aku terima.

Love life.

Serba-serbi kurang. Adakala gaduh, adakala happy. Biasalah, orang bercinta. Ada saja turn upside down. Tetapi, apa yang terbaik bila bergaduh, kami diberi peluang untuk menghargai sebenarnya. Tahu apa itu kehilangan. Can you live up your life without him/her? That’s the best part bila wujud salah faham.

Tiada hubungan perfect dalam hidup ini. Ku akui itu. Kita yang membentuk dan mencorakkannya. The best feeling bila wujud salah faham gini, the sms will turn like macam the sweetest ever.

Contoh.

Sender : Love

“I miss you, tak boleh jauh/gaduh dengan u”

Sender : Syg

“I miss you too. I feel the same way too”

Lebih kurang. Jarak tidak memisahkan sesuatu pasangan itu melainkan, seandainya salah seorang tidak pandai menjaga sesuatu hubungan itu. Aku lebih tertarik pada lelaki yang more to ‘Family-Man’. Yes.

Gaduh tidak menyebabkan kami benci each other. Ia menyebabkan kami lebih sayang dan lebih memahami. Disebabkan Fero bukan seorang yang jenis pemujuk tegar, tetapi dia setia. Bukan setakat setia, tapi sayang dia aku dapat rasa. Sebab itu, kalau bila kami happened to confront misunderstanding scene, we both know, masing-masing diberi space untuk tenangkan diri. Yes, aku rasa, semua pasangan kena ada saat macam :

“Give me a break” – (Bukan putus, tapi ruang masa berfikir sejenak)

Amboih, masa bercinta, masa sayang macam-macamlah tabuq kata-kata manis. Bila gaduh, tak sempurnalah apa lah. Well, that’s a fact in a relationship. Either one will keep blaming. While the other one will be patient. It is standard. But what to do. Sama macam orang dah berkahwin. Bila dah berkahwin, tak semestinya setiap hari ada yang akur dan taat, ada saja perbalahan, lebih-lebih lagi jika pasangan itu tidak stabil ekonomi keluarga, dan ia melibatkan duit.

Bicara soal duit. Aku bukan gila duit. Kalau aku gila duit, aku sudah kerja, and aku akan kerja buat sales, sebab dengan sales, kau akan peroleh banyak komisyen bagi akaun kau. I am more to quality of life. So, I’ll choose the best for myself.

Well, life is about enjoying setiap cabaran yang kau ada. Yang penting kau dapat tempuh dengan sabar. Itu adalah realiti kehidupan. Aku percaya bahawa hidup tidak ada yang sempurna. Tetapi orang-orang yang mencintai dan menyayangi kita menjadikan ianya sempurna.

Aku, seperti biasa. Ceria dan gembira dengan ada mereka memenuhi hari ku. Terima kasih Allah untuk setiap kasih sayang yang dilimpah.

Untuk kehadiran keluarga bahagia, Fero dan sahabat yang lain.

 

Thank you.

(Love life) Hari ini.

Assalamualaikum and hi.

Hari ini macam biasa, setiap hari Fero akan text/ sms "selamat berbuka puasa___blablabla" pada aku. After that, aku pun akan reply the same way too. Tapi hari ini, aku nak gelak sebab,

Fero sms :

"Selamat berbuka puasa yang ke-14 Ramadhan"

Aku sms :

"Selamat berbuka puasa yang ke-13 Ramadhan"


Okay, awkward. Wrong day of Ramadhan.
HAHA.


Love,
El.

Muhasabah diri

Assalamualaikum w.b.t.
Ramadhan 13. Hari ini aku sedar bahawa hidup ini semakin lama semakin dekat pada kematian. Kematian membuat kita sedar bahawa hidup ini perlukan pengisian yang lebih, samada di dunia mahukan bekalan di akhirat. Apalah ertinya hidup tanpa bekalan ke akhirat. Apalah pula erti akhirat seandainya kita terperangkap di neraka akibat dosa-dosa kita yang melampau sehingga lupa dan taksubnya kita terhadap dunia ?

Perlahan-perlahan. Ya, dengan perlahan, sedikit demi sedikit aku menjauhkan diri ku dari Facebook. Apalah yang ada di social media facebook itu. Aku pun tak tahu fungsinya. Bukan aku buta IT, tapi aku tidak tahu dasar memiliki akaun itu. Aku tekad untuk hide apa yang perlu. Supaya aku ada privasiku sendiri. Buat apa lagi dipertontonkan perkara yang tidak perlu.

Nanti sambung lagi. 

Love,
El.

Jika itu rezekiku

Assalamualaikum,

Hari ini aku apply kerja di satu tempat yang dirahsiakan. Mana boleh bagitahu semua orang, nanti kena attack oleh penjenayah yang semakin bermaharajalela di dunia ini. Alhamdulillah. I hope that this is it. Well, setiap orang kan ada apa yang diidamkan. Aku ada la long term and short term planning ku. 

Aku harap aku berjaya di dunia dan di akhirat. Kalau dapat job ini, aku plan nak pergi Umrah dalam tahun depan dengan mama abah.

InsyaAllah, Ameen.
Kalau tiada rezeki pun takpe, Allah Maha Mengetahui semuanya. Jelas telah tercatat di dalam Luh Mahfuz. La Tahzan.
Aku redha dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.



Love,
El.

A thousand smiles

Hi there. Thanks again for dropping by.

Assalamualaikum w.b.t for muslim people. Today is Monday, and alhamdulillah it’s a 13th Ramadhan already. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Terasa macam tidak mahu Ramadhan kali ini berlalu begitu saja.

Regarding above title, first, aku suka gila rabbit. Rabbit made me happy ! Sometimes aku rasa kalau ada rabbit, aku obviously enjoy saat mereka manja dengan aku. Lebih-lebih lagi Winnie my beloved creature tu !
Winnie dihadiahkan kepada aku oleh Fero, sempena setahun kami berkawan, bercinta. Cehwah (*_*). I brought Winnie to home, mama suka gila pada Winnie. Sebab Winnie is my first pet yang I really habiskan duit untuk beli macam-macam. Serupalah dengan si Fero tu. Kalau dapat pergi Pet Shop, (kalau boleh hari-hari pergi) untuk tengok barang-barang yang terbaik for rabbits. Selepas kemunculan Winnie, kan aku pernah bagitahu aku bawa si Winnie pergi Picnic dengan Fero and Kaknis? Ada juga yang tertarik dengan Winnie. Tapi Winnie kenal orang, sama macam “Didi” (Kucing aku), kalau ada strangers, dia akan lari. Winnie pun begitu. Winnie will step in dalam sangkar tak mahu keluar and dia akan duduk di dalam kotak yang Fero sediakan.

Cara nak manjakan arnab bagi aku is simple. Hari-hari usap dan bercakap dengan dia. Kalau rajin, mainlah kejar-kejar. Itulah perkara paling dia suka berlari bebas dan dikejar oleh manusia gajah!

Cara pemilihan makanan is much complicated. Terutama kalau you go back jauh dari Shah Alam. Aku suka bagi jenama FFM (Klang made), compare to other brands. Because all my rabbits love it. Bila FFM habis, kena pula cari makanan yang sama sedap. So kalau FFM 25 kg is equal tu RM58. Jenama Wabbit is about RM55/10 Kg. A month ago, aku bagi Wabbit. Agak mahal but setiap rabbit memang obviously suka makan. Letak dalam 700 Gram di dalam mangkuk, habis sekejap. It just Kaito tak berapa gemar. Mungkin bau Alfalfa kot.

And then, bila habis sahaja si Wabbit 10 kg ni, terpaksa cari pellet alternatif lain. So, I found jenama Bengy, yang ni murah. And all my rabbits tak suka. 25 kg/RM40. Less or more. Maybe after aku dah bekerja nanti, aku akan cari Wabbit sahaja untuk mereka kot. Sebab kita pun, mesti ada favorite food kita kan, apatah lagi binatang.
Arnab Kak Anis ni. (Tolong jaga sampai December) - KAITO



Kaito sebelum diserahkan kepadaku. So kurus. Erk.



Ini la Miku masa sakit
Gemok kan sekarang? Well done El !. - MIKU


WINNIE my baby ! Dah besar sampai mata pun tak nampak.

Comel gila Winnie masa kecil ni. Urghh.

Ya, hasil jagaan aku, si dua ekor ni (Miku and Kaito) menjadi gebu. Alhamdulillah. Aku dianugerahkan tangan yang boleh membela binatang. Hehe.


Love, EL.