Sunday, July 7, 2013

(Sajak) Fero Afar #2

Kasih,
Lama.
Lama kita tidak berjumpa.

Sedih,
Merangkul jiwa

Hiba,
Pabila berduka
Terkenang saat kita bersama
Bersama-sama melakar bahagia

Aku ada
Kau ada
Sehati sejiwa

Ah !
Rindunya dinda
Pada Kanda.


Haha.

Okay
bye.


Love,
Syg.

Ianya kehidupan sementara, berkata yang baik-baik

Hai and assalamualaikum semua.

Hakikatnya,
kehidupan kita sementara.
Ya
Kerana
Mati itu benar dan
Akhirat itu pasti.


Kenapa orang bila tengok artist post gambar di Instagram sahaja, pasti ada yang memuji, dan ada juga yang mengkritik.

"Kerana dia artist, dia public figure".

Bila kita kritik mereka,

"Kerana mereka juga manusia biasa sama macam kita yang buat salah".

Cliche.

Semua manusia adalah sama. Maksud aku sama, ialah dari segi kesempurnaan itu. Tiada makhluk Allah yang sempurna. Kucing pun ada masalah, ikan pun ada masalah. Macam-macam ada masalah. Sebabnya, hanya Allah s.w.t yang Maha Sempurna.


Pada aku lah, walaupun artist ataupun seseorang public figure tersebut tidak menampakkan ciri-ciri muslimah nya, doakan yang terbaik. Itu sudah cukup. Basically, kita memang tahu hidayah itu milik Allah s.w.t. Siapa kita untuk memaksa seseorang untuk berpakaian dan mempunyai akhlak yang mengikut pada cara kita. Tak semua orang dibesarkan dengan didikan yang sama. Lain mak bapak, lain asuhan. Kita patut bersyukur kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Kita harus mencuba untuk mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Kerana tak kira saat sukar ataupun suka, kita mesti mengingati-Nya.


Instagramers, aku tak tahu apa masalah orang yang suka melagakan, juga mengkritik dengan percakapan yang kurang enak didengar. Come on, semua orang ada hati dan perasaan. Bila orang itu salah, perlukah guna kekerasan dan kekurang ajaran? Please, this is not our way.


Say sorry.


And pray for them, if we care.


That's all.


Love,
El.