Tuesday, June 25, 2013

Keep dreaming!

Assalamualaikum


Cuaca kurang baik kini. Jerebu, sesak nafas, semput dan sebagainya akan berlaku seandainya Indeks Pencemaran Udara kian meningkat. But, alhamdulillah, hujan di Ipoh setelah seminggu tanah di negeri ini gersang. Syukran Ya Rabb. 

Masih lagi di rumah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak setiap hari. Tidak pernah mengeluh. Malah, gembira, kerana rumah kemas dan teratur. Aku seorang yang kurang gemar akan ketidak-kemasan. Heh. Kalau serabut sangat, baru tunggang-langgang itupun dalam tempoh tertentu. Mungkin 30 minit mahupun 1 jam. Tidak memerlukan orang gaji kerana mama abah memiliki 4 orang anak perempuan, jadi, rasanya setiap anak-anak mama tahu tugas mereka di rumah. Cuma, kini aku pula yang memikul 90% aktiviti di rumah dek kerana sifat tanggungjawab yang diasuh dari kecil.

Tak lama lagi, Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Semoga ramadhan kali ini, akan kita laksanakan dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Mudah-mudahan, InsyaAllah. :)


Tak sabar rasanya hendak berjumpa buah hati. 
Sampaikan rinduku padanya dalam doaku ini, ya Allah.


Love,
El.