Friday, June 21, 2013

Fero Afar.

Buat awak.

Memiliki seorang kekasih yang terlalu mencintai aku,
adalah perkara terbaik bagiku.
Dia boleh setia.
Dia boleh menjagaku.
Boleh menceriakan aku.
Boleh memimpinku.
Dan
Aku harap,
Ianya kekal.


Tak pernah ku gusar,
ke mana mahu mu,
dengan siapa kamu bertemu,
cemburu itu perlu,
tapi bukan selalu.
Apa yang ku mahu,
hanya kepercayaan
dan keikhlasanmu.


Jauh dari sudut hatiku,
aku selalu meminta pada-Nya,
Agar kau menjadi milikku di dunia,
sehingga terpisah
roh dari jasadku.


Aku sedar,
Aku bukan siapa-siapa,
hanya hamba-Nya yang ikhlas mencinta.
Untuk bersama-sama menuju bahagia,
ke alam perkahwinan,
seperti impian kita,
yang sering bermain di minda.


Tolonglah,
aku rayu,
jangan pernah kau ubah
cintamu,
kasihmu,
ikhlasmu,
prihatinmu,
terhadapku.
Kerana,
aku rindu semua itu.



Daripada Cintamu,
Syg.


P/s : I love you.


Cuba lihat yang positif

Assalamualaikum w.b.t


Positifkan diri sendiri. 
Penulisan aku kali ini lebih kepada positif dan negatif seseorang. Jika kau bersama dengan seseorang yang 99% sifatnya sempurna melengkapi ciri-ciri pasangan idaman kau, adakah bila kau bersama dia, kau akan menilai dia kerana 1% kelemahan dia?

Ini tidak adil.
Sungguh.
Betul.
Sangat tidak adil.


Kerana sifat positif aku, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Well, aku tak pernah rasa kecewa. Kerana disebalik sifat positif aku, aku selalu kuat kerana-Nya. Aku akan lemah juga bila berjauhan dengan-Nya. Oleh itu, cuba latih minda dan cara kita melihat seseorang. Mungkin kalau dia memiliki 60% kelemahan, sebagai seorang kawan, adalah lebih baik seandainya kau tidak begitu rapat dengan dia. Mungkin kelak, kau akan ditikam belakang oleh kawan kau itu. (Backstabber). Beringat-ingat sebelum terkena lagi. (Hehe)


Apa saja kita buat, mulakan dengan perkara positif. Don't say "NO" when people asked you to do something. It is a learning process. Pembelajaran sepanjang hayat. Berrbalik pada 99% kebaikan tentang pasangan kita, dan 1% kelemahannya. So, di mana kita akan lihat dulu?

Kalau aku, secara logiknya, aku seorang yang suka memandang perkara positif. Dan aku melihat pada 99% tersebut. Itu dalam hal cinta-cinta. Kerana pada aku, tiada pasangan yang sempurna. Walaupun sudah kahwin, pasti ada salah faham antara suami isteri. (Gaduh-gaduh sayang). Cuma di sini, aku melihat seseorang dari perspektif aku sendiri. Bagaimana seseorang itu boleh memimpin aku, dan adakah cara dia memimpin bagus sebagai seorang ketua, yang bakal menjadi ketua keluarga dan bakal imam keluarga kecil ku kelak? Itu saja. Baik dan sempurna agamanya, maka baiklah akhlaknya.


Alhamdulillah.
Semoga kita terus diberi hidayah-Nya dan keberkatan di dalam kehidupan kita. 
InsyaAllah.


P/s : Penulis terus positifkan diri dan minda. :) 


Love,
El.




Kenapa nak marah?

Assalamualaikum w.b.t

Aku seorang yang tenang. Apa saja masalah, orang akan fikir aku tenang. Tapi ada ketika aku akan menangis. Mungkin ada ketika mereka ingat aku seorang yang endah tak endah. Pada dasarnya, aku bukan begitu. Sifat mengarah aku kekal hingga kini. Almaklumlah, aku anak sulung. Itu mungkin menjadi faktor kerana aku anak sulung kepada empat adik di bawah aku. Bukan adik aku sahaja yang tahu, malah si dia pun label aku suka mengarah. (LOL). Tapi, aku taklah mengarah si dia itu dan ini. Sebab dia boleh buat aku dengar cakap dia. Kadangkala sahaja aku nakal usik suis amarah dia. 

Apabila hidup menjangkau 25 tahun, (balik-balik usia), ada perkara yang perlu kita cakap, ada perkara yang perlu kita fikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Apa rasionalnya? Apa kewajarannya? Kenapa kita hendak persoalkannya? dan, kenapa kita hendak bercerita tentangnya?

Memandangkan ini blog aku, so I am the King for this blog. I will write up something that caught my attention. Tiada siapa control apa isinya, yang mengawalnya adalah aku. Kamu yang membaca, baca sahajalah. Kerana isi tersiratnya, aku saja yang faham.


Cemburu?

Jangan cemburu. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas. Hidup ini singkat. Kalau setiap jam nak marah, yang pastinya, akan ada kesannya di kemudian hari. Cuba lalui hari-hari yang Allah pinjamkan kepada kau, dengan ceria. Walaupun ianya susah, tapi kau kena juga lalui dan tempuhinya. Ibarat beginilah, kau malas nak ke kelas Legal Framework, sebab last week kau tak datang, tapi yang pastinya kau akan dipukul teruk oleh lecturer kau dengan buku undang-undang yang tebal. No matter what excuse yang kau berikan. Pasti kena pukul. (So, jangan ponteng)

Sakitnya bukan kepalang. Aku kan pernah retak di bahu. 

Kena berikan aura positif di dalam diri kita supaya setiap benda yang kita buat, bertukar menjadi positif. You are what you say. Apa yang kau cakap tentang diri kau, mencerminkn diri kau. 

Let say aku sudah biasa train otak aku untuk cakap, 

"Belajar sendiri, tak payah pergi sekolah agama rakyat, nak tengok juga markahnya"

So, aku tak pergi sekolah agama rakyat pun untuk banyak kali setiap minggu. Sebab penat. Pagi sekolah rendah. Balik dari sekolah, ke sekolah agama pula. So, suka ponteng. Arwah opah marah. Abah memang tak bagi anak dia ponteng sekolah. Tapi aku suka ponteng. Aku rasa awesome! But Alhamdulillah, sedegil-degil aku, ada juga yang boleh melembutkan aku, memberi aku peringatan untuk berubah kepada yang lebih baik. Ya lah, hidayah itu milik Allah s.w.t. I trust and believe that Fero muncul di saat aku keliru dengan jalan yang ku pilih. Kerana itu cintanya aku pada dia tidak boleh pun aku mampu untuk coretkan di lembaran blog ini. 

kerana,


I love you more than words in this blog.

Lebih dari kata-kata...
Kalau setiap hari aku tulis aku cintakan dia di blog pun,
tak terungkap langsung seperti yang aku hendak gambarkan,
kerana ianya lebih daripada itu.



Alhamdulillah. Apa yang Allah s.w.t sudah hadirkan pada kami selama 2 tahun dan 4 bulan, memberi kami kehidupan yang lebih baik. Aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Hanya pada Allah s.w.t aku mengadu apa yang betul-betul tersirat di hati aku. Di saat aku menaip ini pun, aku perlukan kewarasan. Manusia akan hilang kewarasan apabila dia marah. Janganlah marah untuk perkara yang kecil. Kenapa hendak kita persoalkan bila ianya berkaitan dengan hati? 

Hati manusia itu kan milik Allah s.w.t.
Jadi, kita kena jaga dengan sempurna.
Segalanya adalah milik-Nya.


Hidup ini satu persinggahan. 
Terpulang pada kita untuk pilih jalan yang terbaik untuk diri dan orang yang kita sayang.



Love,
El.