Tuesday, April 2, 2013

Suri Rumah Tangga, bertangga tangga.

Salam.

Lama juga lah aku cuba cari masa untuk mencari ruang untuk diri sendiri. First of all, alhamdulillah masih dipanjangkan umur, sihat, dan agak sibuk dengan kehidupan seharian. Agak malas untuk berkonvo. Entah kenapa. Bukan itu yang aku kejar. Konvokesyen is something yang biasa. Aku tak pergi pun konvo Diploma aku. Untuk degree ni pun aku malas. Tapi parents and si dia ask me to go for it. 

Alhamdulillah. 

Aku rasa Allah dah banyak makbulkan doa aku. Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada-Nya, dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya. Hanya Allah s.w.t yang tahu betapa bersyukurnya aku kepada-Mu ya Allah. 

Akhirnya, tak lama lagi si kuning bakal appear di hadapanku pada bulan May ini. Bersyukur, kerana si dia dapat apa yang dia inginkan selama ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Apa yang penting, aku rasa amat bersyukur di atas segala yang berlaku di dalam kehidupan aku. Aku juga dapat job offer. Aku ikhlas terima kalau itu rezeki aku. Paling penting, the working environment is safe. Tiada lelaki. Aku rasa selamat. Working til 1 pm. After 1 pm, aku boleh balik rumah jalankan tanggungjawab aku sebagai anak pula. Kemas rumah, sidai kain, dan sebagainya. Itu salah satu impian aku juga. Terima kasih banyak-banyak Ya Rabbi. Aku bersyukur dan bahagia sangat dengan kurnian-Mu ini.

Aku harap Allah akan permudahkan urusan aku di dunia ini.

Aku percaya, bahawa, tanpa doa kedua ibu bapa aku, i am nobody.



Love,
El.