Thursday, August 29, 2013

(Tahniah) Dapat bayi lelaki yang kedua

Assalamualaikum

28 . 08 . 2013

Fero dapat anak buah yang kedua seberat 3.8 kg. Tahniah buat Kaklong sekeluarga. 


Seriously, niat aku untuk berkahwin bila tengok gambar ini semakin tinggi. HAHA. Okay, fine. Rasional sayang, rasional. I am not working yet, but I know, Allah s.w.t sudah ada perancangan terbaik buat aku and dia. I always believe Allah s.w.t. A bit emotional, at the age of 25 years old, not getting married yet, but Alhamdulillah, InsyaAllah, jika sudah sampai jodohku, sudah sampai rezeki kami, harapnya tahun hadapan. Ameen Ameen.

Well, a marriage bukan setakat kahwin, halalkan semuanya, ianya komitmen. Bila sudah kahwin, suami pula pikul tanggungjawab menjaga kamu wahai isteri. Ingat itu Amalina. Okay, fine. Justeru itu, sementara tunggu the right time yang Allah s.w.t telah tetapkan di dalam luh mahfuz, maka perbetulkan diri itu, lengkapkan diri dengan agama, akhlak yang baik, semoga boleh menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang mithali kepada anak-anak. InsyaAllah, Ameen.

SIAPA yang tak hendak kahwin? Funny. SOALAN paling bosan bila jumpa makcik pakcik yang non relative, sahabat handai, 

"Kau bila lagi?"

Kalau dah kahwin soalan seterusnya, pasti,

"Bila nak pregnant? Planning ke? Tak mengandung-ngandung lagi?"

Bila dah mengandung pulak, soalan-soalan yang akan kedengaran ialah,

"Tak nak tambah lagi ke?"

Begitulah seterusnya, sehinggakan aku rasa muak dan jelak untuk menjawab soalan yang membosankan itu, sampaikan aku rasa nak jawab, 

"DO YOU THINK I KNOW WHEN I' LL DIE?"

NO you DON'T, right? EXACTLY. 

Aku suka kalau orang mendoakan daripada bertanya. Tapi lumrahlah mulut manusia. Aku jarang tanya kawan-kawan aku bila nak kahwin, bila nak mengandung, because, aku bukan jenis campur urusan orang. Tapi, tak sangka pulak orang suka menyibuk hal aku. Aku bukan artis, babe. Come on lah. One more thing, kalau soalan itu jenis berhemah masih boleh diterima la jugak. Ni siap condemn,

"Lambat lagi la tu nak kahwin, nak enjoy dulu la tu"

Dia tanya kita,
dia pulak yang jawab?

Funny.

But Alhamdulillah, aku masih bersabar. Bagi aku, kesabaran itu kunci kepada kebahagiaan. Kalau tak bersabar, lain ceritalah. 


Dan aku jelas dan faham, perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agamaku, Islam. 


Finally,

SIAPA YANG TAK HENDAK KAHWIN HAAA ?


Mama pun buatlah PEACE.

Okay, fine yang ketiga kali nya.
Aku beli Power Bank. Aku memang pengguna tegar handphone sebab rajin main Candy Crush untuk isi masa lapang aku sebab masa aku sangatlah lapang. Fero sekarang busy dan dia sangat penat bekerja. Aku rasa aku bercakap dengan dia pun kurang sekarang, sebab dia sibuk sangat. Aku sedih 10 minit. Lepas itu, Fero pujuk. HAHA.

Fero cakap,
Sabar. Tak lama lagi, kita duduk dekat, hari-hari jumpa.

Aku cakap,
"Kahwin?"

Dia balas,
"Ye la. Kahwin. Sabar, ok. I akan kumpul duit".

Okay, aku sayang dia. Walaupun aku jarang cakap, tapi tuhan je tahu perasaan aku. Sebenarnya tak baik tulis banyak-banyak pasal perasaan kita terhadap seseorang yang bukan dan belum lagi jadi suami kita. So aku sebenarnya memang banyak tapis atau in English, FILTER perasaan aku di dalam blog ini. Kalau ikutkan aku mahu juga jadi budak-budak, tapi disebabkan aku macam perasan "matang", aku hadkan diri aku lebih-lebih lagi tentang perasaan. Dan aku sekarang suka menaip menggunakan perkataan yang memerlukan orang yang SMART sahaja boleh baca isi tersirat blog aku kini.


Aku rasa sampai sini sahaja. Aku update pun sebab aku terasa lama tak update. Terima kasih semua sebab baca blog kita.

Sedikit nasihat daripada aku kepada diriku sendiri,

"Sederhana"


Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, KAU menghantar seseorang seperti dia, untuk menyampaikan hidayah Mu ya ALLAH. Sesungguhnya hidayah memang milik Mu ya Allah. Dan aku bersyukur, aku sentiasa diperbetulkan dengan kehadiran dia. Terima Kasih. Aku yakin bahawa, seorang bakal suami yang baik, dia boleh memimpin dan membentuk isteri dia. :)

Terima kasih atas segalanya, awak. IF you read this.

Love,
El.


Sunday, August 25, 2013

Orang Kita.

Assalamualaikum w.b.t for muslim.

Hi.

Orang kita,
bila rakyat Mesir/Syria dilanda musibah,
kanak-kanak dibunuh dengan kejam,
Orang kita
sibuk dengan konsert yang bersiaran langsung di televisyen sekarang.
Siap dancer bagai.


Entahlah.


Aku harap Orang Kita
berubah.
Kita Negara Islam.


Lakukan sesuatu.


P/s : Qunut Nazilah.


Love,
El.

Wednesday, August 21, 2013

Takziah.

Assalamualaikum dan hi semua. 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah s.w.t.
Masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Hari ini dikejutkan dengan berita tentang kemalangan di Jalan Genting - Karak. Innalillah, mendengar berita yang menyedihkan kita. Walaupun tidak kita kenali. Tapi aku terfikir, kasihannya kepada keluarga mereka. Empati. Takziah buat mereka. Semoga dapat menerima Qada' dan Qadar Allah s.w.t.


Segala puji bagi Allah s.w.t. Aku bersyukur. Masih boleh berjalan. Masih sihat. Tapi bila mana aku pejamkan mata, aku asyik fikir tentang, mati, mati dan mati. Setiap kali aku lelapkan mata, aku fikirkan mati. Melihat dua jenazah mereka yang tersayang meninggal di depan mata, yakni opah dan pakleh, aku masih teringat akan betapa sakitnya pabila saat nyawa itu ditarik. 


Semoga kita semua sedar, bahawa mati itu pasti.
Dan aku harap aku mati di dalam keadaan yang baik, begitu juga mereka yang aku sayang.
Manusia semakin bertindak ganas dan liar. Membunuh manusia ibarat membunuh semut. Relax dan cool (konon). Gejala tembak menembak, mendera, memukul isteri di lif, masih dianggap Malaysia aman? 


Ada yang tidak mampu berfikir secara waras berikutan ekonomi Malaysia kini. 
Aku sudah mula berfikir tentang masa hadapan. 
Aku fikir perkahwinan, rumah, kereta, hutang.
Saratnya!


P/s : Semoga segalanya berjalan lancar. Kita mampu merancang, Allah s.w.t menentukan. Aku berharap, aku kahwin tahun hadapan dengan si dia, Fero. Dan di saat itu segalanya telah stabil. InsyaAllah, mudah-mudahan. Jodoh, Ajal, dan Rezeki, daripada Allah s.w.t kan, dan itu rahsia Allah. Hanya Allah tahu. Kita jangan pernah putus asa. Berusaha, dan Berserah. Tawakal. Redha. InsyaAllah.


Love,
El.

Saturday, August 17, 2013

So, I received the forth wedding card?

Assalamualaikum.

It seems like this is the forth wedding card that I received after Izzati, Nana, and Aqilah. Izzati for sure I will go, by hook or by crook because dia rakan sekolah rendahku. Nana, I apologized because I cannot go due to the distance. Aqilah because I got things to do that day. But, aku kirimkan doa dan kesejahteraan juga kebahagiaan buat kalian okay?

And then, I received the forth card. Acknowledged that I do not want to go. Anyway, thanks for the invitation though I do not know you.

The next friends' wedding that I would like to go, for sure is :
Marliana and Kak Anis. Tak sabar nak pergi kelak. (^_^)
Senarai lain,
Jehan,
Syima.

Mereka adalah somebody to me.

Well, change to another topic.
29 Ramadhan, Pakcik Saudara ku telah kembali kepada-Mu ya Allah.
Dari Mu kami datang,
Kepada Mu jualah kami kembali.

Al-fatihah.



Love,
El.


Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya semua !


Assalamualaikum.

First of all, aku bersyukur ke hadrat Ilahi dikurniakan kasih sayang yang melimpah ruah. Hehe. You know, aku bahagia sebabnya, raya tahun ini, memang awesome! Fero beraya di rumah aku dari 2nd Syawal until 5th Syawal. He supposed to get back to his hometown on the 4th Syawal, tapi aku mahu dia ambil cuti, (desak la kononnya) to extend until Monday, 12th of August 2013. It was hard to let him go, you know?

Basically, sampai saja Fero di rumah, aku dan dia pergi mall kejap, and find botol susu for kittens. Fero bawa 4 kittens. So cute. Tapi tak sempat hendak ambil gambar 4 ekor bulat itu. All blackish! So, we've been so busy. Lagipun on Friday, Fero sampai petang, 2.30 PM. I planned to lepak rumah saja lah with him and all the family. 

He surprised me with a new blackberry. HAHA. Finally, I got a new blackberry! LOL. Previous BB is dead long time ago. I do miss my-old-blackberry. Fero is definitely bakal suami yang best and awesome because, everything aku minta, insyaAllah akan dapat. Tak pernah dia tak cuba langsung, untuk dapatkan for me, and yes, I love him so much.

On Saturday, normally, aktiviti harian kami, bangun awal lepas solat Subuh is we will have our breakfast, and then tolong apa yang patut. Ye lah, raya. So, kebetulan on Saturday mahu buat lemang. Fero and I pergi ambil baby Aqil with her mommy at home and bawa mereka ke klinik, sebab Aqil had a fever. In the evening, 4.30 PM, Fero brought us (Me, Hakim and Nabil) watched Pacific Rim. Full of actions. Rasa nak tengok lagi. 

Thanks hubby belanja syg and us!

On Sunday, ikut mom's program. Beraya di rumah saudara-mara. I know Fero was tired. Kesian dia. But I'm happy because dia buat my raya is so meaningful. Bermakna. I love you, I do love you. I miss him everyday. Hope he read this.

One thing for sure,
I never regret to have him in my life.
Thanks to Allah.
Aku yakin bahawa, Allah temukan kita dengan orang yang salah,
supaya kelak kita akan bertemu dengan orang yang betul,
yang boleh membuat kita bahagia.
Dan kini memang aku bahagia. 


Alhamdulillah,
terima kasih Allah s.w.t 
atas kebahagiaan, kasih sayang, dan cinta ini.


P/s : bersyukur, si dia tak pernah lokek dengan ku. :)

Love,
El.