Wednesday, June 26, 2013

(Sajak) Untuk Fero Afar

Hari-hari gaduh pun takpe.
Adat.
Kalau takde salah faham, bosan.

Ianya komitmen.
Kematangan.
Kejujuran.
Keikhlasan.
Baik buruk kena terima.
Takde yang sempurna
Di dunia

Kalau ada sifat bakhil dan berkira
Itu tak dpt ku terima.
Untung si dia tidak sedemikian rupa.
Malah boleh dibangga

Haha

Saja update
Supaya si dia baca
Mmg khas utk dia.
Terima kasih cinta.




Love, El.

Tuesday, June 25, 2013

Keep dreaming!

Assalamualaikum


Cuaca kurang baik kini. Jerebu, sesak nafas, semput dan sebagainya akan berlaku seandainya Indeks Pencemaran Udara kian meningkat. But, alhamdulillah, hujan di Ipoh setelah seminggu tanah di negeri ini gersang. Syukran Ya Rabb. 

Masih lagi di rumah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak setiap hari. Tidak pernah mengeluh. Malah, gembira, kerana rumah kemas dan teratur. Aku seorang yang kurang gemar akan ketidak-kemasan. Heh. Kalau serabut sangat, baru tunggang-langgang itupun dalam tempoh tertentu. Mungkin 30 minit mahupun 1 jam. Tidak memerlukan orang gaji kerana mama abah memiliki 4 orang anak perempuan, jadi, rasanya setiap anak-anak mama tahu tugas mereka di rumah. Cuma, kini aku pula yang memikul 90% aktiviti di rumah dek kerana sifat tanggungjawab yang diasuh dari kecil.

Tak lama lagi, Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Semoga ramadhan kali ini, akan kita laksanakan dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Mudah-mudahan, InsyaAllah. :)


Tak sabar rasanya hendak berjumpa buah hati. 
Sampaikan rinduku padanya dalam doaku ini, ya Allah.


Love,
El.

Friday, June 21, 2013

Fero Afar.

Buat awak.

Memiliki seorang kekasih yang terlalu mencintai aku,
adalah perkara terbaik bagiku.
Dia boleh setia.
Dia boleh menjagaku.
Boleh menceriakan aku.
Boleh memimpinku.
Dan
Aku harap,
Ianya kekal.


Tak pernah ku gusar,
ke mana mahu mu,
dengan siapa kamu bertemu,
cemburu itu perlu,
tapi bukan selalu.
Apa yang ku mahu,
hanya kepercayaan
dan keikhlasanmu.


Jauh dari sudut hatiku,
aku selalu meminta pada-Nya,
Agar kau menjadi milikku di dunia,
sehingga terpisah
roh dari jasadku.


Aku sedar,
Aku bukan siapa-siapa,
hanya hamba-Nya yang ikhlas mencinta.
Untuk bersama-sama menuju bahagia,
ke alam perkahwinan,
seperti impian kita,
yang sering bermain di minda.


Tolonglah,
aku rayu,
jangan pernah kau ubah
cintamu,
kasihmu,
ikhlasmu,
prihatinmu,
terhadapku.
Kerana,
aku rindu semua itu.



Daripada Cintamu,
Syg.


P/s : I love you.


Cuba lihat yang positif

Assalamualaikum w.b.t


Positifkan diri sendiri. 
Penulisan aku kali ini lebih kepada positif dan negatif seseorang. Jika kau bersama dengan seseorang yang 99% sifatnya sempurna melengkapi ciri-ciri pasangan idaman kau, adakah bila kau bersama dia, kau akan menilai dia kerana 1% kelemahan dia?

Ini tidak adil.
Sungguh.
Betul.
Sangat tidak adil.


Kerana sifat positif aku, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Well, aku tak pernah rasa kecewa. Kerana disebalik sifat positif aku, aku selalu kuat kerana-Nya. Aku akan lemah juga bila berjauhan dengan-Nya. Oleh itu, cuba latih minda dan cara kita melihat seseorang. Mungkin kalau dia memiliki 60% kelemahan, sebagai seorang kawan, adalah lebih baik seandainya kau tidak begitu rapat dengan dia. Mungkin kelak, kau akan ditikam belakang oleh kawan kau itu. (Backstabber). Beringat-ingat sebelum terkena lagi. (Hehe)


Apa saja kita buat, mulakan dengan perkara positif. Don't say "NO" when people asked you to do something. It is a learning process. Pembelajaran sepanjang hayat. Berrbalik pada 99% kebaikan tentang pasangan kita, dan 1% kelemahannya. So, di mana kita akan lihat dulu?

Kalau aku, secara logiknya, aku seorang yang suka memandang perkara positif. Dan aku melihat pada 99% tersebut. Itu dalam hal cinta-cinta. Kerana pada aku, tiada pasangan yang sempurna. Walaupun sudah kahwin, pasti ada salah faham antara suami isteri. (Gaduh-gaduh sayang). Cuma di sini, aku melihat seseorang dari perspektif aku sendiri. Bagaimana seseorang itu boleh memimpin aku, dan adakah cara dia memimpin bagus sebagai seorang ketua, yang bakal menjadi ketua keluarga dan bakal imam keluarga kecil ku kelak? Itu saja. Baik dan sempurna agamanya, maka baiklah akhlaknya.


Alhamdulillah.
Semoga kita terus diberi hidayah-Nya dan keberkatan di dalam kehidupan kita. 
InsyaAllah.


P/s : Penulis terus positifkan diri dan minda. :) 


Love,
El.




Kenapa nak marah?

Assalamualaikum w.b.t

Aku seorang yang tenang. Apa saja masalah, orang akan fikir aku tenang. Tapi ada ketika aku akan menangis. Mungkin ada ketika mereka ingat aku seorang yang endah tak endah. Pada dasarnya, aku bukan begitu. Sifat mengarah aku kekal hingga kini. Almaklumlah, aku anak sulung. Itu mungkin menjadi faktor kerana aku anak sulung kepada empat adik di bawah aku. Bukan adik aku sahaja yang tahu, malah si dia pun label aku suka mengarah. (LOL). Tapi, aku taklah mengarah si dia itu dan ini. Sebab dia boleh buat aku dengar cakap dia. Kadangkala sahaja aku nakal usik suis amarah dia. 

Apabila hidup menjangkau 25 tahun, (balik-balik usia), ada perkara yang perlu kita cakap, ada perkara yang perlu kita fikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Apa rasionalnya? Apa kewajarannya? Kenapa kita hendak persoalkannya? dan, kenapa kita hendak bercerita tentangnya?

Memandangkan ini blog aku, so I am the King for this blog. I will write up something that caught my attention. Tiada siapa control apa isinya, yang mengawalnya adalah aku. Kamu yang membaca, baca sahajalah. Kerana isi tersiratnya, aku saja yang faham.


Cemburu?

Jangan cemburu. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas. Hidup ini singkat. Kalau setiap jam nak marah, yang pastinya, akan ada kesannya di kemudian hari. Cuba lalui hari-hari yang Allah pinjamkan kepada kau, dengan ceria. Walaupun ianya susah, tapi kau kena juga lalui dan tempuhinya. Ibarat beginilah, kau malas nak ke kelas Legal Framework, sebab last week kau tak datang, tapi yang pastinya kau akan dipukul teruk oleh lecturer kau dengan buku undang-undang yang tebal. No matter what excuse yang kau berikan. Pasti kena pukul. (So, jangan ponteng)

Sakitnya bukan kepalang. Aku kan pernah retak di bahu. 

Kena berikan aura positif di dalam diri kita supaya setiap benda yang kita buat, bertukar menjadi positif. You are what you say. Apa yang kau cakap tentang diri kau, mencerminkn diri kau. 

Let say aku sudah biasa train otak aku untuk cakap, 

"Belajar sendiri, tak payah pergi sekolah agama rakyat, nak tengok juga markahnya"

So, aku tak pergi sekolah agama rakyat pun untuk banyak kali setiap minggu. Sebab penat. Pagi sekolah rendah. Balik dari sekolah, ke sekolah agama pula. So, suka ponteng. Arwah opah marah. Abah memang tak bagi anak dia ponteng sekolah. Tapi aku suka ponteng. Aku rasa awesome! But Alhamdulillah, sedegil-degil aku, ada juga yang boleh melembutkan aku, memberi aku peringatan untuk berubah kepada yang lebih baik. Ya lah, hidayah itu milik Allah s.w.t. I trust and believe that Fero muncul di saat aku keliru dengan jalan yang ku pilih. Kerana itu cintanya aku pada dia tidak boleh pun aku mampu untuk coretkan di lembaran blog ini. 

kerana,


I love you more than words in this blog.

Lebih dari kata-kata...
Kalau setiap hari aku tulis aku cintakan dia di blog pun,
tak terungkap langsung seperti yang aku hendak gambarkan,
kerana ianya lebih daripada itu.



Alhamdulillah. Apa yang Allah s.w.t sudah hadirkan pada kami selama 2 tahun dan 4 bulan, memberi kami kehidupan yang lebih baik. Aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Hanya pada Allah s.w.t aku mengadu apa yang betul-betul tersirat di hati aku. Di saat aku menaip ini pun, aku perlukan kewarasan. Manusia akan hilang kewarasan apabila dia marah. Janganlah marah untuk perkara yang kecil. Kenapa hendak kita persoalkan bila ianya berkaitan dengan hati? 

Hati manusia itu kan milik Allah s.w.t.
Jadi, kita kena jaga dengan sempurna.
Segalanya adalah milik-Nya.


Hidup ini satu persinggahan. 
Terpulang pada kita untuk pilih jalan yang terbaik untuk diri dan orang yang kita sayang.



Love,
El.

Tuesday, June 18, 2013

Yes, I have my own way!

Assalamualaikum w.b.t

Hello readers, how are you? I am doing fine here, Alhamdulillah, as usual. Baru-baru ini aku baru sahaja bertemu dengan bekas sebilik, serumah, sekatil, setilam aku. Lama juga tak jumpa dia. Kitorang tak penah look awkward together pun. Borak macam adik beradik but still ada respect to each other, a nice moment to be shared when masing-masing sudah mengantuk.

Not so many photos to be shared, because to me, let the moment remain in our memories. Due to  many issues to be considered, (banyak benda kena fikir) so, better I don't put so-many-photos in here. Lagipun, kena tahu juga gambar-gambar yang ada ini, mungkin akan dipersoalkan di akhirat kelak. Itu lah pasal, rakan (friends) di Facebook aku, (kalau ada yang perasan), tiada lelaki yang ada di dalam akaun ku melainkan si dia dan sepupu-sepupu kecilku.

Kau bayangkan, apa niat kau untuk tunjuk gambar kau banyak gila di Facebook? Untuk compete/dibandingkan pada orang lain, like,

"Yes, akulah kaya?

"Yes, akulah yang paling cantik"

"Yes, a great job, orang lain takde pun"

"Yes, keluargaku bahagia dengan bawa mereka setiap minggu ke tempat makan exclusive"

"Yes, definitely, aku banyak duit and aku paling cantik"

ataupun sekadar berkongsi ?

Tak semua senang dengan perlakuan kita. Ada juga yang cemburu. Macam aku ni, kalau post anything pasal aku dan si dia, ada saja yang mengata belakang, (Tak habis-habis nak menunjuk). So, let it be. Asalkan bukan di Facebook. Facebook is very viral you know. Adakala kalau sakit perut tak pergi toilet dalam seminggu pun boleh lagi update status, 

"Lamanya tak membuang, seminggu sudah".

Does it necessary?

Tak kisah. Terpulang. Tapi kita kan sebagai wanita. Lebih-lebih lagi Akaun Facebook kalian ada ramai lelaki. I don't know. Somehow I felt like I need a break on social networking, blogging, facebooking, etc.

Sebenarnya, aku rasa macam hendak delete blog aku, tapi aku rasa ianya sebahagian daripada jiwa aku untuk menulis bila perlu. Tak semua orang mampu menulis dengan penuh keikhlasan. Dan kalau ikhlas pun, bukan carutan yang ku ingin baca. 

Berbalik pada kawanku yang ku temu pada hari Sabtu, 15 Jun 2013 yang lepas. Alia ni punyalah sibuk, sampai rumah aku pun lepas habis Anugerah Blockbuster di Astro Ria. (Haha). Mama and aku pun menunggulah dia datang. Ya la, Alia tu mama aku anggap dia macam anak juga. Kitorang okay je dari dulu sampai sekarang. Kalau gaduh pun, mungkin sebab terasa ke apa ke. Sebab Alia ni kalau terasa, dia simpan je kerja dia. Lepas itu baru dia meledak macam bom. Kalau orang buat dia pun, dia tabah je. To me as a good friend, kita kena hormati apa prinsip mereka. Mungkin disebalik apa yang terjadi di dalam hidup aku sebelum ini, aku mula mendalami erti seorang sahabat. Alia is a good friend, walaupun dia bukan jenis berpihak pada sesiapa. Aku faham dia ni macam mana since we school. As long, kami berdua faham each other and learn to respect each other. Okay lah kan? Basically that's all we need in friendship.


Belajar menjadi matang, is a learning process. Tak semua orang mampu mengawal kata-kata mereka. Hehehe. So, am a big fan to use pleasant words today, and seterusnya. InsyaAllah.

Aku nak cakap pasal si dia.
I can't wait to meet him. Tak sabar. Rindu.
Tapi macam ada batasan pulak rindu tu. 
Diibaratkan, rindu lebih pada Allah, menjadikan rindu pada manusia itu, terpaksa dihadkan.
Faham?
Hanya DOA yang mampu kuberikan.
Kerna dengan doa, insyaAllah, lebih diberkati.

Harapnya segalanya antara kami dipermudahkan. 
Ameen.

I met my own turning point. 
Thank you Allah for bring me back to the right path. Love Allah s.w.t. more.


Love,
El.


Tuesday, June 11, 2013

Congrats to my beautiful friends.

Assalamualaikum and Hi.

Hello people. How are you doing today? I am doing fine here, at my home sweet home. Walahh! Okay, pertama sekali, aku nak cakap soal kritikan dan cacian. Kita memang tak sukakan cacian kritikan mahupun hinaan. Tetapi, kalau kritikan itu diolah dengan susun kata yang baik, insyaAllah boleh diterima. Seandainya ia penuh dengan unsur sarkastik dan penuh sinis, mungkin boleh menimbulkan salah faham pula.

Begitu juga kita sebagai rakyat biasa, yang bukan dikelaskan sebagai public figure, lumrah manusia, malah ianya bukan di Malaysia sahaja, ianya sudah menjadi asam garam kehidupan di mana orang akan mencemburui setiap kejayaan yang kita miliki. Tak kira lah kejayaan jenis apa, tapi aku rasa ianya lumrah dan norma semua lapisan masyarakat. 

By the way,

Tahniah buat kawan-kawan yang telah berkahwin ! Yay ! Semoga dipanjangkan jodoh dan kekal ke jannah. Ameen.

Love,
El.

Have a good day sayang!



Hai and Assalamualaikum.

Today is the second day of my baby doing his intern. Hopefully he's doing fine. (Love you!)

On the first day, his photo was superbly nerd. Well you know, kinda Superman with a glass, but of course he's not wearing any of glasses and underwear outside. Heh. I asked him to do as usual, back to basic. I miss him. Our target now is gain so much money for a happily ever after marriage. (Boleh dak macam tu?) Walhal, I am still having my life, enjoying it much, very much, by being unemployed creature!

P/s : Aku harap si dia ada masa untuk ke Gym after this and onwards. 




Love,
El.

Friday, June 7, 2013

Can't sleep!

It almost 4 am but I can't sleep.
I wonder how.

Lima Impian

Google Image

5) Businesswoman




Google Image

4) Engaged




Google Image

3) Get Married













2) Pregnant


*Boy*
*Girl*
1) Having beautiful and smart kids








Thursday, June 6, 2013

Anjakan paradigma, hijrah.

Assalamualaikum

Hai people. How are you? Alhamdulillah for a great day. Ulser aku semakin pulih. Cewah. Lepas ini kena tekad untuk minum mineral water / air suam sebanyak mungkin, 3 Liter sekurang-kurangnya sebab nak capai 8 Liter pun payah. Hehehhe.

Bersama adik-adik kakak. Nabil, Syida, and El.

Sibuk cuti sekolah ini kena jaga Aqil Hady. Tehehhe. Comel sangat.

Favorite place lah ni, selain rak buku belakang tu. Habis dia jatuhkan.

Pada aku, hidup ini perlu dipelbagaikan coraknya. Pada mulanya mungkin lukisan yang dicorakkan umpama pokok (walhal lukis bunga) tapi akhirnya, dengan percubaan yang entah berapa kali, akhirnya pokok itu menjadi lukisan yang tercantik dan nampak real pula. Itulah yang aku cuba gambarkan diri kita sekarang. Tiada kegagalan, tiada kejayaan. Tanpa usaha, tiada penghargaan.

Hidup ini sekali sahaja. Tiada dua mahupun seterusnya. InsyaAllah, dengan rasa rendah diri, aku akan cuba teruskan hidup aku yang kini, dan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Alhamdulillah, sebenar-benarnya Hidayah itu milik Allah s.w.t. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Terima kasih Allah.

Keberkatan doa ibu bapa. Itulah dia.

Terima kasih Allah, kerana menemukan aku dengan insan yang berjaya membentuk aku menjadi seorang yang lebih baik sehingga ke hari ini. Ada jodoh kita, insyaAllah, diharapkan segalanya berjalan lancar. I always love you, and accept you for who you are. Selagi kau boleh terima aku seadanya dan boleh menjaga aku sebaik mama abah kelak. Hehehe.

Congrats on your result hubby! *Proud*



Love,
El.