Wednesday, May 15, 2013

15.05.2013 2 years 3 Months

Assalamualaikum semua.

Hari ini genap 2 tahun 3 bulan kami bersama. Alhamdulillah. Aku doakan hubungan ini berpanjangan sehingga ke jannah. 

Love you baby 
Thanks baby


Aku rasa bertuah disayangi oleh kamu.
Aku sering menjadi tumpuan mu.
Apa saja.
Terima kasih untuk kebahagiaan ini.
Harap berterusan sehingga hujung nyawa.
Selagi jodoh dan takdir menyebelahi kita.
Usaha dan doa tak pernah lupa.



Love you Fero.



Love,
Syg.

Tuesday, May 14, 2013

Konvokesyen UiTM ke-78 Part 2


Hai, Assalamualaikum. 

Semalam merupakan hari yang membanggakan kedua emak bapak aku. Okay, ayat skema sangat. Tukar. Semalam merupakan hari yang tak berapa indah bagi aku sebenarnya. Sebab aku tak rasa apa-apa pun dapat anugerah ini. Memiliki segulung ijazah merupakan perkara biasa buat golongan kita yang dah biasa dengan keadaan ini. Bukan nak bangga, tapi itulah hakikatnya. Walaubagaimanapun, bak kata Pro-Chancellor semalam, kejayaan hari ini, harus diberikan fokus lebih kepada ibu bapa kerana berjaya membawa anak-anak mereka ke universiti. Jadi, aku terima segulung ijazah ini dengan sudut pandangan berbeza, di mana, emak bapak aku berjaya menghantar aku ke universiti, dan aku hadiahkan hari konvokesyen ini buat mereka. Terima kasih semua kerana buat emak bapak aku bangga. Hehehe. Ya lah, walaupun emak bapak aku masing-masing memiliki ijazah, dan emak aku kini sedang melanjutkan masternya, mereka tetap bangga dengan anak kesayangan mereka. Alhamdulillah, berkat doa emak bapak aku, pengorbanan emak bapak aku, keempat-empat adik beradik kami telah berjaya memiliki diploma sebagai asas, Husna pula bakal memiliki ijazah tak lama lagi di UTM Skudai. Alhamdulillah.






Terima kasih pada mama and abah untuk berkat doa kalian, pengorbanan dan air mata (kalau ada) semata-mata ingin memberikan aku pengajian di universiti. Aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang pentingkan pelajaran. Setiap hari aku bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang sangat memahami aku. Aku sayang mereka. 




Terima kasih pada kesayanganku, Ahmad Ferouz. Pandangan, renungan mata kamu dah cukup menunjukkan kasihnya awak pada saya. Aku bersyukur memiliki kamu sebagai kekasihku, bakal suamiku kelak (InsyaAllah, Ameen). Doa yang baik-baik sahaja. Kerana aku tahu kamu bisa menjagaku dengan baik sebagaimana kedua orang tuaku menjagaku sebelum ini. Terima kasih kerana hadir di Majlis Konvokesyen ini, hubby. Aku tahu kamu ada exam pada pukul 2.30, tapi kamu mampu hadir untukku.  Aku bangga dengan kamu. Begitu juga sejambak bunga yang indah. Terima kasih sayangku hubby. Hehe. I always love you. Terima kasih selalu ada sepanjang tawa dan tangisan mendapatkan segulung ijazah ini. You always in my heart baby.




Terima kasih buat adik-adik. I love all of you so muchhhh adik-adik kakak yang terbaik. Kalian dah berjaya, so, lepas ini, sila jaga mak bapak dengan baik. Haha. :) Kerana, tak ramai yang berpendidikan tinggi mampu menjaga mak bapak mereka dengan sempurna sebagaimana kedua ibu bapa mereka menjaga mereka dari kecil hingga dewasa.


Terima kasih buat sahabat. Mereka yang bergelar sahabat, Terima kasih banyak-banyak! Hanya Allah s.w.t boleh membalas jasa kalian. Aku tak nak mention nama di sini. Di dalam doa sudah cukup ya? :)


Bab baju, baju aku tak sama macam orang lain. Aku seorang sahaja yang berpakaian paling unik. Bukan nak bangga, tapi thank you mama, for this lovelyyyyyyyyyyy dress. Even kakak-kakak yang menjadi AJK untuk konvo turut memuji pakaian ini.


Love,
El.


Konvokesyen UiTM ke-78 Part I

Hai, Assalamualaikum.






Bye.


Love,
El.

Saturday, May 11, 2013

Baik-baik sahaja

Assalamualaikum w.b.t 

Hai.
Lama sangat tak update. Sibuk, mencari masa, dan ruang yang khas untuk update apa yang berlaku sepanjang ketidak-update blog ini. Bukan sengaja, tetapi ikhlas aku katakan, aku mencari ketenangan. 
Mungkin kematangan semakin berleluasa. :) Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Thank you Allah for granting me this happiness !

Tahniah adik kakak, Syahidah telah bergelar Puan Laili Syahidah pada 3 May 2013 dengan sekali lafaz sahaja. Terima kasih pada Hubby, kerana sudi meluangkan masa menolong apa yang patut sepanjang majlis. Terima kasih sahabat, KakNis yang sudi tolong kami sekeluarga. Sesungguhnya, Allah s.w.t yang dapat membalas baik budi juga jasa kalian. Syukran once again.


Love, Hubby.


Kebetulan entri ini diupdate, aku nak bagitahu, yang aku diberi surprise sehingga aku menangis. Ya Allah, terima kasih sekali lagi buat si dia yang telah lakukan fun thing, well you know, benda yang surprise memang aku cukup suka. Suka sangat. I got new smartphone and cute purple baby, untuk birthday tahun ini. Walaupun lambat, tapi aku terasa seperti disayangi, diingati tak kira masa. Thank you baby! Terima kasih banyak-banyak kerna sanggup menghabiskan duit untuk syg ! Paling best, bila surprise itu, dia tunggu tepat 14:02 waktu Malaysia untuk bagi hadiah tersebut. Thanks, and yayy!

Oh tak lupa juga, sempena konvokesyen aku pada Isnin ini, bersamaan 13 May, aku dapat sepasang kasut daripada si dia. It wassssssssssss niceeee!!




Thank you Cinta.

Sebelum si dia pulang ke Shah Alam, keesokan harinya, Khamis, dia bertanya, 

"Syg x jumpa apa-apa dalam bilik?"

Aku curious. Mesti ada apa-apa ini.

Aku cari dan terus mencari, aku terjumpa sekeping kad yang bertulis,

"______tunggu next entry!____"


Sebelum itu, nikmati gambar sedikit ini sebelum aku tidur.



This is funny, kan hubby?

Lepak makan Lepak makan. 

Undi itu wajib.

Sebelum konvoi ke rumah pengantin lelaki.

Ambil berkat. InsyaAllah, May 2014 kami pula.



Terima kasih pada yang hadir,
Maaf andai aku tak jemput semua kawan-kawan hadir.

Love,
El.