Tuesday, April 30, 2013

Testing je

Test App.

For Sunshine

Salam.
Post sebelum tidur.

Tuesday, April 23, 2013

Before sleep

Salam.

Sebelum aku tidur
Aku hendak kamu tahu
Yang aku selalu doakan
Yang terbaik buat kita berdua

I always love you baby.  

Thank you for calling me syg,
After 2 years baby.
Im so touched.
Bukan cinta biasa.

;)

Happy birthday to my little sister.
I love you Husna.
Thank you for being my little sister.
You are the most wonderful sister I have ever had.
Be pretty and nice as always!

Love,
El.

Sunday, April 21, 2013

Weekend.

Assalamualaikum, and Hi !

Hari ini hari Ahad.
Aku masih sakit tekak.
Aku seharian sibuk yang amat.
Aku harap segalanya berjalan lancar.
Dan dipermudahkan urusan kami di dunia ini.
Moga si dia dapat apa yang dia mahukan
selama ini.
The yellow one.


Hari ini mama kena gigit dengan Albab.
Kesian Mama.
I love you mama.
Patutnya 2 jahitan.
Tapi mama tak nak.
Katanya dah kering.
Get well soon mom.

Love,
El.

Friday, April 19, 2013

Demam lagi

Salam.

This will be a very quick update.

Demam.
Entah kali ke berapa.
Sangat tak larat.
Perlu kamu.
Tapi kamu jauh.

Tuhan,
Sampaikan rinduku padanya.
Moga dia merasa apa yang ku rasa.
Moga dia tahu apa itu cinta.

Love,
El.

Thursday, April 18, 2013

Ketenangan

Salam

Ya Rabbi, 

Hasbi Rabbi Jalallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailahailallah

Love,
El

Wednesday, April 17, 2013

You have to understand !

Salam


Kenapa aku mengambil masa yang lama untuk menaip semua ini. Kalau dulu banyak saja idea hendak update. Mungkin sebab umur makin lanjut.  By the way, aku bakal konvo pada 13 May ini, insyaAllah, segalanya akan berjalan lancar. Sejujurnya, pada aku, aku bersyukur ada emak bapak yang educated. Alhamdulillah. Sebab mereka faham psikologi anak-anak mereka. Ya, aku dengan emak bapak aku ada ketika macam kawan, tapi pada masa yang sama, hormat itu perlu wujud antara kami. Respect is to be earned, not given. 

Persoalan menjaga hati itu perlu. Memandangkan aku anak sulung keluarga, sudah tentu segalanya untuk aku. Adik-adik aku menyayangi aku persis aku anak bongsu. Aku bangga dengan itu. Aku akan menjaga keluarga aku dengan baik, dan aku perlukan seorang bakal suami yang bisa menjaga aku dan keluarga aku dengan baik. Yang tidak berat sebelah, yang mengutamakan kedua-dua belah keluarga, sama adil, saksama. Itu yang selalu ku impikan. Untuk menjadi suri rumah itu adalah idea yang bernas seandainya bakal suamiku merupakan seorang hartawan, di mana aku boleh membelanjakan harta yang ada untuk kepuasan semua!
(Angan-angan tak sudah)


Ingatlah bahawa, dengan adanya ilmu, ia dapat meningkatkan martabat dan darjat kamu di sisi Allah s.w.t. Kita dilahirkan di dunia ini dengan ciptaan-Nya yang Maha Sempurna. Dianugerahkan akal dan otak, juga fizikal yang lengkap, cukup, itu dah kira bernasib baik. Ya, memang tak dinafikan, kita kena berusaha dengan cemerlang, tapi tak semua orang bernasib baik, dan bukan semua orang dapat rezeki yang sama. Betul ? Ada yang cepat, dan ada juga yang lambat. Yang penting usaha, dan doa.

Dan aku bangga menjadi anak mama abah, cucu pertama arwah Opah, yang memegang Degree ini kelak. Aku percaya pada ketentuan Allah, dan percaya pada rezeki yang diberi-Nya suatu hari nanti. 


Thank you Allah, Alhamdulillah for a great life ! 



Love,
EL.








Monday, April 15, 2013

Duduk lama-lama

Assalamualaikum !

Hai.

Exam PTD dah berlalu. Alhamdulillah. Tunggu result sahajalah bulan Mei ini. Langsung tak berharap akan lulus. Hanya bayangkan "Gagal". So, tak payah check pun takpe. Haha.

Today is 15th.

Happy 2 years and 2 months baby.
Hopefully,
Jodoh kita kekal bersama sehingga hujung nyawa,
berkahwin, dan mempunyai anak yang comel belako.


Okay, guess that's all for today,
Busy sampai pengujung Mei.


Love,
El.


Friday, April 12, 2013

Esok exam.

Hai, and Assalamualaikum w.b.t.

Esok aku exam PTD which stands for Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41). Ala, exam saja-saja penuhkan hall. Aku bukan study pun. Hahaha. Malas betul la nak lalui banyak prosedur ini. -_-" Kalau tak lepas, tahun depan ada lagi. Tak pun tahun seterusnya. Ya, mungkin tak rajin nak pergi. Sekarang pun tak bersemangat hendak pergi. Itupun mama and abah decide to send me there. Exam di Batu Gajah, malas nak drive pagi-pagi alone to that place. Thanks to momma and daddy ! Love you with all my heart. 

Secara keseluruhannya, exam esok ada 4 Section, okay. Malas study. Nak tidur awal. Esok adalah hari untuk menguji minda yang dah 2 bulan kurang digunakan. Hehe.


Pandai-pandailah kamu rotate ya ? :)

Okay done with that.

Aku nak tidur awal. Esok aku sambung update lepas exam kalau aku rajin buka laptop. Sekarang macam takde mood nak update blog bukan sebab apa, sibuk sangat setiap hari. Ada saja benda kena buat. Itulah, inilah. Almaklumlah, my sister is going to be someone's wife ! :)


To my baby,

I Love You. Ehem. You know who you are baby ! :D



Love,
El.

Tuesday, April 2, 2013

Suri Rumah Tangga, bertangga tangga.

Salam.

Lama juga lah aku cuba cari masa untuk mencari ruang untuk diri sendiri. First of all, alhamdulillah masih dipanjangkan umur, sihat, dan agak sibuk dengan kehidupan seharian. Agak malas untuk berkonvo. Entah kenapa. Bukan itu yang aku kejar. Konvokesyen is something yang biasa. Aku tak pergi pun konvo Diploma aku. Untuk degree ni pun aku malas. Tapi parents and si dia ask me to go for it. 

Alhamdulillah. 

Aku rasa Allah dah banyak makbulkan doa aku. Sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada-Nya, dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya. Hanya Allah s.w.t yang tahu betapa bersyukurnya aku kepada-Mu ya Allah. 

Akhirnya, tak lama lagi si kuning bakal appear di hadapanku pada bulan May ini. Bersyukur, kerana si dia dapat apa yang dia inginkan selama ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Apa yang penting, aku rasa amat bersyukur di atas segala yang berlaku di dalam kehidupan aku. Aku juga dapat job offer. Aku ikhlas terima kalau itu rezeki aku. Paling penting, the working environment is safe. Tiada lelaki. Aku rasa selamat. Working til 1 pm. After 1 pm, aku boleh balik rumah jalankan tanggungjawab aku sebagai anak pula. Kemas rumah, sidai kain, dan sebagainya. Itu salah satu impian aku juga. Terima kasih banyak-banyak Ya Rabbi. Aku bersyukur dan bahagia sangat dengan kurnian-Mu ini.

Aku harap Allah akan permudahkan urusan aku di dunia ini.

Aku percaya, bahawa, tanpa doa kedua ibu bapa aku, i am nobody.



Love,
El.

Monday, April 1, 2013

Perginya tak kembali

Assalamualaikum w.b.t


Perginya tak kembali.
Daripada-Nya kita datang,
kepada-Nya juga kita kembali.

Ya Allah, permudahkan segalanya.

Al fatihah buat Arwah Pak Leh.
Terima kasih kepada semua jiran dan saudara mara yang turut membantu memudahkan segala urusan pengebumian arwah.


Love,
Elle.