Monday, November 19, 2012

Mari Belajar Bahasa Arnab

Sejak ada Winnie, aku mula baca banyak info tentang Rabbit. Info ini menarik perhatian aku. Tehehe
Selamat membaca!

Mengerik  gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

Honking ( bunyi seperti angsa) - inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

Mencium anda dengan perlahan - ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

Menggerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relax

Makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

Menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu

Berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba - minta perhatian

Cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

Jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

Arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia  untuk megawan

Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

Terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah


Sumber daripada LazzyBunny

Saya ada Winnie, awak ?

Salam

Sempena anniversary kami, dan hari-hari mendatang, makanya, si dia berikan saya seekor Rabbit. Derr. Comel sangat. First time jumpa dia terus jatuh hati. Actually, masa itu aku lebih tertarik pada warna kuning, coklat, It seems like he's the one yang jatuh hati pada si Winnie ini, makanya, aku pun suka juga. Sebab warna favorite aku. Bulu macam beruang pula. Weeeniieeeee omeyyy !


Kesian dia, agak pening sedikit travel sini dan sana. Tapi aku nak ajar dia travel sini sana supaya biasa dengan environment nanti. Almaklumlah, aku nak bawa dia balik Ipoh nanti. Ehehe. Winnie cepat besar, hari-hari aku rasa semakin besar si gemuk ini. Gulp. Sangkar itu, rasanya makin tak muat. -_-"

Keknis belanja Winnie jagung yang bervitamin. Supaya dia suka makan, dan dapat mineral + vitamin yang cukup. 

Semalam pergi picnic pun bawa Winnie. Alahai, suka pula aku bawa dia merata-rata. Aku tak minat sugarglider. Aku suka binatang yang berupa kucing, sebab bagi aku walau apapun, kucing adalah binatang yang boleh membalas kasih sayang kita. Purrrr. Aku nak dengar arnab ini berbunyi macam kucing. Zzzz. Lambatttnyaa !


By the way, thanks to him. Si dia yang belikan saya si arnab ini yang comel gemuk dan sihat. I want to find her partner, so dia boleh berkawan-kawan ! 

Kos jaga dia, ikut koranglah. Kalau nak berikan yang terbaik dan berkualiti, berikan yang terbaiklah, tapi mahal sikitlah. Macam aku, this is my first time bela arnab. So, let's try. Tengok samada Winnie mampu bertahan tak dengan aku. Heh.

Love,
Elle Nyna.