Saturday, November 17, 2012

You are so kind baby

Salam.

Mood hari ini rasa macam nak jiwang gila. Tapi slow man, take it easy. Hehe. Well, today pergi office, lebih kurang jam 10 am baru sampai. AND the best part bila tertinggal handphone di rumah. Ya Allah, macam mana juga lah boleh tertinggal handphone kan, memang hari nyanyuk sedunia bagi aku. Kemudian, boleh pula tertinggal parking card di dalam kereta. Almaklumlah, semenjak kejadian kes kereta hilang di Plaza tersebut, aku cuak juga.

Aku try nak update pakai blogger.com, however, internet curi sakan, tak dapat nak buka. Lembab sangat. Jadi gunakan kaedah lain. Update guna Windows Live Writer. It will be a lot easier. Yes!

Nak dijadikan cerita, aku cakap pada si dia,

“Ye, hubby. InsyaAllah, pukul 5pm syg balik, itupun kalau boss takde.”

So, si dia pun tunggulah aku, dan bersiap sedia untuk jumpa aku jam 5.30 petang. Lantas, aku pula tak boleh lagi hendak balik rumah jam 5pm. Maka aku terpaksa extend jam untuk pulang ke 5.25 pm. Bolehlaaah.

Sesampainya aku di rumah, jam 5.50 pm. Aku terus menggapai handphone sepantas kilat. Dan ada 1 missed call juga 5 messages daripada si dia, yang menyatakan kelewatan aku. Alahai, kesian dia. –_-“ Hubby, am sorry.

Aku terus call si dia. Dan melafazkan kata-kata maaf membuat dia ternanti-nanti. Sadisnya. Cewah.

Aku cakap aku lapar, sebab aku tak makan lagi. So, si dia ajak pergi keluar jalan-jalan cari makan, memandangkan kami memang tak makan lagi, sebab saling menunggu untuk keluar makan bersama. Alhamdulillah, kami pun ada kelapangan masa, untuk keluar lagi hari ini. Bermula di Carrefour Seksyen 23, ke Giant di Setia Alam, seterusnya di Tesco Setia Alam. Memang tiada kerja, saja cari-cari barang keperluan untuk kami di rumah. (Part paling best bagi aku)

Aku cukup suka keluar dengan dia, sebab dia selalu ada untuk aku bila aku perlukan pendapat dia. Contohnya,

“Hubby rasa shampoo ini okay tak?”

“Hubby rasa mana shampoo yang best?”

“Hubby, Colgate ke Darlie?”

“Darlie best ke?”

“Hubby, nak Dutch Lady”

“Hubby, jomlah cari jap plastik sampah”

“Hubby, jom pegi sana beli jambu”

 

Hubby, itu dan ini. Pokpekpokpek. Entah apa saja yang aku bebelkan. Suhu badan aku meningkat. Rasa macam nak demam, tapi tabahkan diri sahaja. Malas nak layan. Semua itu psikologi. Hehe.

Banyak perkara yang kami bualkan. Walaupun hampir 2 tahun kami bersama, aku enjoy borak dengan si dia. Mungkin kami jenis banyak isu yang nak dibualkan. Isu semasa, gosip-gosip. Well, we love gossipping. (Sometimes)

Aku ada cakap nak delete blog ini, tapi si dia kata, “no, teruskan.”

Yes, yes yes yes!

And the best part is, he’s sweet.

Ayat terbaik dia hari ini,

“Kalau sayang nak pergi mana-mana, nak makan apa, sayang cakaplah, t I bawa”

Hahahahaha.

Aku balas, “Okay, kalau sayang nak makan Char Kuew Tiaw yang sedap kat Ipoh itu, sudi bawa tak?”

Dia balas,

“Boleh, takde hal. Jom”

Aku balas, “Tak mau lah, jom pegi Barra nak tak? Syg teringin la makan kat situ. Boring makan kat Drebung”

Balasnya, “Jom” sambil memandang ke arah aku dan tersenyum.

I am melted. Nak buat macam mana, dia handsome sangat bagi aku. Heh. Okay.

Dah macam novel pulak blog ni. Haih. Angau sakan. ^_^”

 

P/s : Semoga kalian bahagia selalu.

Love,

Elle Nyna.