Tuesday, October 2, 2012

CPUV (Cost-Per-Unique-Visitor)


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Walaupun belog tak molek mana, ada juga UNIQUE VISITOR yang sudi baca blog aku. Thanks for visiting, and welcome to my world. Buat masa ini, aku dapat 3 Campaigns for CPUV, Magnum NILG, VW Passat SE, and Twisties New Pack Lunch. Makanya, terima kasih buat advertiser ;)

Buat blog readers pula, thank you, thank you and thank you ! Walaupun tak rajin blog langsung, ada income juga setiap bulan. Boleh beli new smartphone ! :D




Love,
Elle Nyna

Bayar Saman UiTM bermula 1 - 30 Oktober 2012

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan sekali lagi. Entri ini untuk mengingatkan kalian bahawanya, saya ingin memberitahu yang saman UiTM (sekiranya kalian disaman parking / tiada sticker) setiap kesalahan bernilai RM100. Jadi, aku ada 9 helai saman, dan 5 helai saman tersebut ada 2 kesalahan. 4 lagi saman memiliki 1 kesalahan / each. Jadi, kiralah berapa aku perlu bayar ?

RM1400.

Tak hendak cerita (jalan cerita dialog antara aku dan polis bantuan UiTM) disebabkan aku dah malas nak fikir. Makanya, mengikut kata beliau, sambil menunjukkan surat diskaun, kita dapat diskaun sebanyak 90% untuk setiap kesalahan menjadikan semuanya RM140 sahaja. Tapi untuk CLAMP - 50% sahaja tau.

Jadi, aku dan kawan aku seorang lagi, will topup like RM70 / person untuk bayar saman tersebutlah kan. Aku akan bayar maybe minggu hadapan. Sebab sekarang kan aku sibuk intern. Aku berkesempatan untuk ke Kolej Raflesia bila aku jumpa advisor untuk thesis aku sahaja. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda belum konvo, silalah bayar saman anda sekarang !


P/s : Rasanya selaras untuk semua kampus UiTM bagi diskaun tersebut.

Love,
Elle Nyna.

Marriage.

Assalamualaikum.

Bila kita pergi kerja, most of our friends ada yang sudah berkahwin, dan ada juga golongan yang masih bujang. Justeru, aku yang tergolong di dalam golongan bujang, ada juga terfikir bilakah aku akan menamatkan zaman bujang aku, memandangkan usia aku kian meningkat, namun jiwa ku masih muda. Apakan daya, rezeki belum ada. Jodoh sudah ku jumpa. Buat masa inilah, yang aku yakin, dialah the right one, mudah-mudahan, InsyaAllah. 

Melihat rakan seusia yang sudah memiliki perut yang bulat dan agak tembam rupanya, membuat aku terasa 'envy', bila pula giliran aku? Haha. Okay, fine. Move on. Tapi takpelah, aku percaya pada ketentuan Ilahi. Moga Allah s.w.t menetapkan jodoh yang terbaik buat diriku, juga menganugerahkan keluarga yang bahagia di dunia juga di akhirat kelak, till Jannah, kalau boleh, InsyaAllah. 

Semalam aku menimbang berat badan aku yang terasa macam sudah naik 2 kilogram. (Bersama si dia, peneman setia) Dan seperti yang aku katakan minggu lepas, ya, sekarang berat badan aku 44 Kg secara rasminya. Alhamdulillah. Mungkin aku berada di fasa yang boleh dikatakan aku lebih gembira dengan hidup aku sekarang. Segala benda yang pahit aku cuba buang, dan aku hanya ambil perkara yang manis sahaja (Kalau Boleh).

Tak sabar nak menikmati fasa seterusnya. Aku akan terus berdoa, supaya jodoh kami panjang, dan kami terbaik buat satu sama lain. 

Kebahagiaan di mata setiap individu berbeza. Adapun begitu, setiap orang pasti impikan kebahagiaan di dalam hidup mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Tak ingin menangis, tak ingin bersedih, dan tak jugai ingin menjadi SOBER. Life move on. Semua orang perlu meneruskan kehidupan. Tak perlu untuk mengimbau sejarah lama, mahupun kenangan silam. Apa yang lebih penting, is the future, isn't it? Ya, memang benar, tanpa kita yang dulu, kita tidak akan jadi seperti apa kita jadi sekarang. Namun, berbekalkan siapa kita yang dulu, kita adalah lebih baik daripada yang dahulu, ye tak. (Pening jap)

So, I can say, InsyaAllah ada jodoh, adalah. I will not set up the year, the date. Biar aku dan dia simpan our aim to each other very well. But, for sure, I hope the wedding is simple but meriah. Aku suka wedding yang dihadiri oleh rakan-rakan yang tahu mengenai aku dan dia, yang tahu siapa aku, dan siapa dia, yang banyak membantu, yang banyak menjadi kawan daripada lawan, dan paling penting yang turut bersedih, memahami kesedihan aku ketika aku hilang orang yang aku sayang, yakni opah aku. (*demand*)

|BERANGAN|

To be honest, I hope it would be a very simple, but beautiful, yet pleasant.
I am beautiful, and he's handsome.
I am like a Queen, he's like a King.
I am wearing dress, he's wearing tuxedo.
He's my imam, I will be his makmum. :')
He's my husband, and he would be a father to our kids.
And we spend a lots of time together,
till Jannah.

Happily ever after.


*Done daydreaming*


Love,
Elle Nyna