Saturday, August 18, 2012

Problems

Assalamualaikum

Aku meniti perjalanan ini
memandang ke langit setiap hari,
berdoa agar kau masih dan sentiasa di sisi
menemani aku yang berdiri kaku, sendiri
setiap hari.

Semua orang ada naik turun, jatuh bangun. Begitu juga aku, dan aku rasa setiap orang yang bermasalah akan ada suatu perkara yang mereka akan lakukan bila mereka dikunjungi masalah yang tak henti-henti, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan hati dan perasaan.


Aku cuma berharap segalanya berjalan lancar setiap hari, dan apa saja urusanku di dunia ini, untuk kebaikan, akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Raya dah semakin hampir. Alhamdulillah, tahun ini aku dapat bersahur, juga berbuka puasa bersama si dia dan juga keluarga aku. Walaupun dalam kesibukan si dia, sempat lagi dia mengisi masa yang ada, untuk aku. Agak terharu di situ. Bagi aku, dialah anugerah terindahku. 

Terima kasih ya Allah. Aku bahagia dengan dia, dan aku berdoa, agar kami berbahagia till Jannah. Semoga jodoh kami berpanjangan. InsyaAllah, amin.


Love,
Elle Nyna.