Wednesday, August 8, 2012

InsyaAllah ada jalannya

Hai and Assalamualaikum

Alhamdulillah, kereta aku sudah siap dioverhaul, and the total cost is about RM1250. So, esok pagi bolehlah aku gerak balik Shah Alam, dan selesaikan kerja aku yang tak pernah selesai sejak hari itu lagi. Ye lah, kawan-kawan aku semua dah practical, aku belum lagi. Hebat kan ? Tak hendak berbicara lebih soal itu. Esok aku akan cuba selesaikannya, InsyaAllah. 

Badan aku lemah, sakit kepala. Mungkin benda simple jadi bahan makanan ruji aku, setiap hari, membebankan aku dan hampir setiap kali aku akan rasa tersungkur, susah untuk bangun. Tapi, Allah s.w.t selalu ada, mendengar luahan aku. Diberi-Nya sahabat-sahabat yang hadir ketika aku menangis, bersedih. Terima kasih ya Allah.

Aku tak kuat sebenarnya, persis anak manja. Ditimpa hal kecil sahaja cepat melatah. Terlalu cepat gelabah. Tapi aku seorang yang boleh bangun semula dengan cepat dan tangkas. Once I fall, I will stand up again like a baby-start-to-walk. Disebabkan itu, aku akan cakap, InsyaAllah, ada jalannya, setiap kali aku jatuh.

No. Bukan drama series di Oasis mahupun Astro Prima. Ye ke ? Tak ingat channel berapa. Yang pasti ada tajuk demikian memaparkan kepelbagaian isu, dan paling penting, Maher Zain. Tehehe. Aku kurang minat dengan artis, tapi aku lebih cenderung kepada lirik/muzik lagu tersebut.

Si dia, buah hati aku sibuk sangat sepanjang Ramadhan ini. Aku belum berkesempatan untuk berjumpa si dia. Aku harap Allah s.w.t panjangkan umur aku untuk bertemu dengan dia, esok. Walaupun untuk seketika. Ya lah, tak lama lagi dah raya, confirm kena balik awal. Aku ingat hendak mintak extend for my internship period. Tak tahulah seandainya, itu yang terbaik buat ku. Aku akur. Lagipun, aku percaya apa yang terjadi pada aku adalah takdir yang tidak dapat dielakkan. Aku yakin Allah s.w.t telah sediakan perkara yang lebih baik untuk aku. Itu cara aku pujuk diri ku. Terima kasih ya Allah.

Memandangkan aku rasa aku dah tolak Siemens Malaysia, and Standard Chartered for the interview, aku rasa aku kena buat sesuatu yang terbaik untuk diriku.


Okaylah, rasa macam nak cekik diri sendiri sebab terlalu lemah hari ini. Fuh! Semoga aku akan menjadi hamba-Nya yang lebih kuat, setiap hari ! Gambate ! Selamat Malam semua. 


Love,
Elle Nyna.