Saturday, July 7, 2012

Cinta jarak jauh, kuatkan aku.


Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, 
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, 

‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

Ya Allah, seandainya memang tertulis dia adalah untukku,
kuatkanlah hati ku,
sabarkanlah hati ku,

Terima Kasih, Ya Allah.

Semua orang pernah alami saat duka

Salam. Hai.


Hari ini aku nak motivate diri aku sendiri dan orang-orang yang sedang mengalami kesedihan yang teruk sangat sampai tak boleh nak cakap apa pun. Tapi apapun, terima kasih sebab sudi membaca.

Sedih. Sedih, dan sedih. Siapa yang tak pernah sedih ? Dan pada aku, perkara yang paling sedih bila aku sendiri mengalami saat kehilangan orang yang paling aku sayang, tetapi aku tak boleh nak kembalikan dia semula, kerana nyawanya telah diambil oleh-Nya. Apa lagi yang boleh buat, jika ajal, maut, dan juga jodoh di tangan-Nya. Siapa yang tak sedih? Semua perkara ada baik dan buruknya. Aku percaya akan itu. 

Sekurang-kurangnya, walaupun kita telah kehilangan seseorang yang masih hidup, ya, kita masih boleh lihat dia, masih boleh bercakap atau bertanya khabar ataupun sekurang-kurangnya melakukan sesuatu untuk dia, kita masih lagi boleh menangis untuk kedukaan sementara itu. Kerana kita tahu dia masih ada, dan paling kurang, dia tahu kita masih ingatkan dia, kita masih perlukan dia. Tapi, bagaimana dengan seseorang yang telah pergi, untuk selama-lamanya. Pergi tak akan kembali?

Aku gugup dan takut. Takut dengan kehilangan orang yang aku sayang kini akan pergi untuk selamanya. Kuasa Allah s.w.t. Daripada-Nya kita datang, Kepada-Nya kita kembali. Dan aku juga takut, untuk pergi tinggalkan orang yang aku sayang. Aku takut untuk pergi, buat mereka merasa sebak, sedih, hiba, buat mereka merasa kehilangan. Aku tahu.

Kau pernah tak menangis setiap kali rindukan seseorang yang kau tahu dia tak akan kembali lagi. Setiap kata-kata dia, belaian kasih sayang buat kau, didikan dia, even when you are trying to type all these, air mata kau akan mengalir deras? You never know, because you don't even feel it. I think kehilangan yang paling besar yang memberi impak pada aku sehingga aku boleh terasa terkilan dengan ramai orang, ialah arwah opah aku sendiri. 

I still remember what was her last words to me. I still remember, and I'm going to miss her. You know what, bila aku sedih, terluka atau terkilan, the only thing that made me strong, adalah dengan hadirnya kasih sayang keluarga selain dari-Nya. Sebuah keluarga, ikatan yang kuat, adik-adik aku, my parents. Walaupun keluarga aku tak seperti dulu, tiada masakan opah, tiada bau minyak di bilik opah, tiada lagi gelak tawanya, I am going to miss her forever. Even when I'm grad soon. I will say, 

"Opah, this is for you". 

You never know, how sucks it was. Bila kau buat sesuatu, kau cakap, 

"Opah suka yang ini,"

Sometimes bagitahu my boyfriend, what my grandmother have done for me, and there it goes. I am crying, again. I miss her, I do. I really do miss her. For me, my boyfriend is just like a person yang boleh buat aku gembira seperti dulu. Aku bahagia dan bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

So, for me. Be strong. No matter what. Menangislah sebanyak mana pun kau mahu. Yang pasti, kau kena kuatkan diri kau, dan kau kena yakin, Allah s.w.t akan sentiasa menguji hamba-Nya, dan kerana bila Dia menguji kita, Dia mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati-Nya.


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu
Cintaku sederhana dalam keterbatasan
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan

Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh

Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan

Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus
Cintaku penajam imanku
Cintaku penebal keyakinanku
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi
Aku ingin mencintaimu sederhana
baik dalam memberi dan menerima dengan seadanya.


Love,
Elle Nyna.