Sunday, June 24, 2012

Ahh, jumpa punn !



Ever since a kid, pernah tak kau impikan sesuatu macam Crown or Gown, or whatsoever girls’ dream? Hehehe. Aku pernah impikan sesuatu, tapi akhirnya aku dapat. Tehehehe.

My boyfriend always think about me, at the very first place. Hari ini, maybe I’m a little spoiled brat, then, aku macam merajuk sedikit lah, a little baby crying over a bottle of milk, macam itu lah lebih kurang the situation. But then, at night, he bought me nasi goreng daging, yum2. It was fun though to have a boyfriend like that. Somehow, I wish that he was my prince charming that always brighten up my day almost everyday.




I love you so much.

Since my first paper would be on the 1st July, I have to struggle. Strive hard ! Gambatte o kudasai !
Semoga aku dan dia berjaya, di dunia juga di akhirat. InsyaAllah, amin.

p/s : Need to gain weight !

Triple T

Hai people and salam.

Hari  ini aku terasa seperti hendak menaip dengan banyak sangat jumlah words aku, dan kalau boleh biarlah ianya mencecah 2000 words – Aih, dah macam report International Legal Framework pulak kan? Siapa yang tiada masalah, memang tipu. Semua orang ada masalah, and some people choose NOT TO reveal their problems. Macam aku, aku rather to let go all my problems to Allah s.w.t. Because Allah Maha Mendengar. I know. Adakala, bila manusia ditenggelami dengan culture yang semakin pudar dengan nilai-nilai murni, well you know, seperti saling menghormati, saling menolong,empati, dan juga sebagainya. You should know those values right ? Hmph. Bila manusia sudah hilang semua nilai itu, makanya jadilah manusia yang biadab, kurang ajar, kadang-kadang aku rasa macam nak curse and use bad word to the person, well. Aku agak panas baran, ego, dan adakala aku lebih suka menyendiri. Itu sikap aku dari kecil sampai dewasa. Kalau nak tengok aku lepak mana-mana, confirm susah nak jumpa. Sebab aku suka jadi kera sumbang, tetapi kera bukanlah aku. Menyendiri, sendiri, aku lebih suka sikap individualistic di dalam hidup aku di mana aku kurang bergantung pada orang, nak berharap jauh sekali. Disebabkan nilai hidup kera aku tadi, makanya, hidup aku selalunya, ditemani oleh seorang kawan, dan juga seorang kekasih. Bagi aku, boyfriend aku ialah yang aku betul-betul boleh kawan dengan dia. Kannn.

Kekasih pada aku seorang yang akan memegang dua title. Dia lah kawan aku, dia juga kekasih hati aku. Di mana aku boleh bergaduh dan memaki bersama-sama dengan dia sampai air mata aku menitis, tapi aku tak benci, cuma mungkin perasaan itu hilang begitu sahaja sebab kita tak simpan. Perempuan kan suka pendam. Sebab itu banyak kes mengungkit. Perempuan memang gemar makan hati sendiri. Tapi pada aku, kekasih aku selalunya akan cuba juga lah penuhi apa sahaja aku nak. Setiap masa, waktu dan harinya adalah untuk aku. Begitulah ceritanya.

Memandangkan kawan dan boyfriend aku sekarang banyak masanya harus juga diberi kepada kawan-kawannya lain, makanya aku cuba juga timbang rasa sebab aku faham, (timbang dan rasa?) lelaki manakan boleh dipisah dengan kawan-kawan mereka. Jadi, bab itu, memang aku tak kisah. Pada aku, mungkin sebab status kita masih BELAJAR, makanya kita kena cuba faham banyak perkara, jangan pentingkan diri sendiri. Itu sahaja aku nak pesan. Once you get into the real world, bila kau dah bekerja, confirm, pengurusan masa kau akan lebih terhad. Misalnya, kau bekerja dari pukul 9 pagi – 6 petang. Habis sahaja kau kerja, kau nak balik rumah kau memakan masa 1 jam, mandi juga sebagainya, kemudian kau perlu bersiap-siap untuk bertemu kekasih hati kau, makan bersama, kalau tak makan sama-sama ada yang baling periuk dan sebagainya. (Okay, bukan baling periuk mungkin baling benda lain seperti baling barang kesayangan dia ke?) Haha. Okay, move on. Lepas kau jumpa girlfriend/boyfriend kau setiap hari, kau akan jemu, bosan, muak, gaduh, atau makin sayang, ataupun tak tahu nak cakap apa, etc. Entah, tiada variasi di dalam hubungan susah juga. Aku harap aku tak begitu. Kami tak begitu. Apa yang aku impikan di dalam hidup aku, mungkin agak besar bagi aku, dan sukar untuk orang lain laksanakan. Impian aku setinggi bintang di langit, manakan ada tangan yang boleh menggapai, tetapi kalau ada usaha, kita akan jadi seperti Satellite, mahupun roket ataupun kapal terbang, dihasilkan oleh manusia, yang berusaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Aku ada impian aku sendiri, dan aku percaya semua orang ada impian tersendiri. Tetapi impian aku pasti tak sama macam orang lain, dan aku rasa aku berhak untuk simpan semuanya sampai ianya menjadi realiti. (Pretending)
Dari kecil sampai besar, aku anak sulung yang manja sebab mama and daddy always try to spoil me with everything that I want but always with a condition. Well you know, like this,


“Kakak, if you want this, you have to read and finish this book okay?”, Kau tahu tak, dulu masa kecil-kecil aku suka sangat pada kanta pembesar, comel, aku ini dari kecil suka benda macam scientific sikit, maybe. Ala-ala unique gitu. Aku berjalan-jalan dengan parents aku, maybe masa itu aku berusia 7 tahun. Tiba-tiba, aku ternampak kanta pembesar di dalam kotak. Jadi, aku lantas terus mengutarakan pendapat aku yang bernas itu pada kedua ibu bapaku yang memang baik hati dan penyayang. So, lepas sampai sahaja rumah, aku kena baca buku dulu sampai habis, then my dad will go to the Parkson again, and bought me that kanta. I’m so overwhelmed. Terharu ada mak bapak macam tu tahu tak? Aku suka baca buku dari kecil sampai besar. Walaupun aku ni malas belajar, tapi, aku suka baca. Tambah ilmu lain. Sebab itu aku pegang 2 jenis ilmu yang berbeda. Civil Engineering dan International Business. Aku belajar bukan sebab terpaksa, dah memang aku ini malas bekerja, nak bekerja itu bukan aku lah kan. To be honest, aku juga bukan ulat buku yang jenis memanjang sahaja dengan buku. Sebenarnya, aku tak suka orang tengok aku dengan buku sahaja sepenuh masa. Ada satu waktu sahaja, maybe kadang-kadang aku rasa kosong, macam tak biasa buang masa tanpa membaca.

I still remember that masa itu lepas balik dari jalan-jalan dengan parents aku, aku teringin sepasang kasut merah sampai menangis tahu tak. Kemudian, my dad sekali lagi pergi belikan. Terharu. I love my dad, and I love my mom. Mama selalu belikan kami bear-bear, dan katil aku memang penuh dengan teddy bear, sebab aku memang dasar anak manja melampau. Walaupun aku manja, tetapi, aku tahulah erti komitmen, mungkin sebab didikan mereka.

Entri ini khas buat abah tersayang, manalah tahu umur aku tak panjang. Mungkin ianya boleh menjadi tatapan semua. 

Aku mengeluh sendirian sambil menaip semua ini.

Apa yang aku rasa sekarang tak dapat dijelaskan hanya dengan kata-kata. Kita ini budaya Implicit. Kita bukan explicit – straight forward kan. Oleh yang demikian, sebab itu aku rasa dengan menaip semua ini aku rasa lebih cool, sebab aku boleh taip dengan laju dan setiap taipan aku semuanya dari hati dan otak aku. Akal sedikit. Erm maybe 20%.Mungkin sesetengah orang, sambil menaip dia tak guna akal, sampai tak terkawal emosi dan perasaan, itu sebab kadang-kadang ada blog penuh dengan makian. Walhal aku, walaupun sesakit hati mana aku pada orang-orang tertentu, aku lebih suka tidak menulis kesemuanya di dalam blog aku. Biarlah empunya badan sendiri mengenal pasti kenapa dia terpilih untuk menjadi salah seorang daripada di dalam senarai orang yang buat aku annoyed.

Aku cuba tabahkan diri sekarang ini. Memandangkan, aku sudah hendak habiskan tahun terakhir aku dengan practical, dan tak sabar untuk habiskan degree aku, bekerja, kumpul duit dan beli apa yang aku mahukan guna duit aku sendiri. Ya lah, kalau kita minta boyfriend, orang akan kata untunglah, ada juga some people said, “tak adil”. Nahh, whatever it was. Dulu aku tak pernah fikir pun perasaan orang. I am a bit cruel. Seriously. But now, since aku dah makin dewasa, aku mula belajar untuk fikirkan hati semua orang. Orang cakap aku baik, ya, memang. Tapi adakala, aku kejam juga. Terpulanglah pada orang yang betul-betul kenal aku. Tapi bila aku dah tak suka seseorang, memang, kesannya lebih teruk pada orang yang sayangkan aku. Haih. Nasib badan, silap sendiri. Hati bukan suatu benda mahupun perkara mudah. Hati itu lah akar kepada diri orang itu sendiri. Kalau orang itu hati busuk, maka memang busuklah orang itu walaupun dia pakai perfume berjenama, ataupun rupa dia handsome atau cantik. Once dia dah jadi busuk hati, memang dia umpama bangkai bagi aku. Ya lah, siapa mahukan orang yang hati busuk ? Takde siapa nak. Tapi adakala, kita tak sedar yang hati kita ini busuk. Tak boleh lihat orang senang. Segelintir manusia memang begitu. Kalau nak disebut satu per satu memang tak lah.

Aku seronok sangat sebab sudah habis belajar, dan tak perlu berjumpa classmates aku. Ada sesetengah daripada golongan budak kelas aku yang aku kurang gemar untuk berkawan. Mungkin sebab mereka terlalu High Class kononnya, berkawan hendak dengan orang kaya, kononnya. To be honest, they are jerk. Enough said. Tak semestinya orang yang kurang bersuara di dalam kelas, mereka tak pandai. Kalau mereka tak pandai, kenapa mereka masih belajar, sekurang-kurangnya mereka sedar yang ilmu itu penting bagi mereka. Betul?

Aku rasa dari sekolah sampai ke Universiti, aku boleh stick 2-7 girlfriends. Yang boleh betul-betul ngam maybe 2-3 orang. Aku tak macam sesetengah gadis normal lain, yang always hang out selalu dengan girlfriends. Aku ambil masa yang lama untuk ngam dengan seseorang kawan perempuan. It was hard. Entah kenapa. Mungkin aku tak suka perempuan typical yang gedik, flirting, nahh. I don’t know. I just don’t like it.
Aku tak tahu apa masa depan aku, apa kisah aku di masa hadapan. Apa yang aku impikan ialah, kebahagiaan. Itu sahaja. Baik di dunia mahupun di akhirat. Walaupun kita banyak duit, tapi kita tak bahagia, pun susah juga. Walaupun kita ramai kawan, tetapi tiada orang yang boleh membahagiakan kita, satu hal juga kan? So, I always stick to my boyfriend as I always know that he always being such a good friend.

Thanks to him.

Aku tak suka burukkan orang yang aku sayang, apetah lagi di blog. Bagi aku, setiap orang ada lah kelemahan, kecelaan masing-masing, cuma bezanya, sejauh mana kita boleh terima keburukan dia tu kan. Kita semua manusia, dan aku percaya semua orang ada hati, yang membezakan kita, sejauh mana lembut atau kerasnya hati seseorang itu, betul tak?

I love myself.

To my self, sabarlah. Tiada kerugian jika kau bersabar. You are one in a million to your daddy’s life, and mummy’s life. You are too-many-stars to your sisters, and little brother. And, I am his greenstar, I hope that it will be forever.

Love,
Elle Nyna.