Sunday, June 17, 2012

One of the happiest moment ever.

Hello, salam and Hai. 

Baru balik dari makan malam dengan Fero and Keknis di Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Ehem. Hari ini seharian duduk rumah, tidur, weekend yang paling awesome sebab dapat berehat setelah melalui dua minggu yang sangat sesak larat. Tapi apakan daya, kelas Legal, aku tahu, pasti akan sesak nafas, tercungap-cungap untuk menjawab soalan yang bakal diaju bertubi-tubi semasa presentation hari Sabtu ini.

Final exam dimulakan dengan paper Strategic Management, dan diakhiri dengan Legal.

Cuaca sekarang tak menentu, jerebu, makanya, aku terasa seperti sakit tekak, dan oksigen yang ku sedut tak berapa nak fresh. Konon -_-" Haih.

Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa ku, insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan. Terima kasih mama, abah. I love both of you. Tak sabar nak final. Aku macam biasa, selalu sahaja pretend like already finished read and study everything. Confident itu penting. Tapi jangan over confident, kelak kau kecundang. Amik kau. Aku malas nak over confident sangat, tengok macam blog hari itu, 1st memang kena REDO. Finally, hasilnya, ya Allah, terima kasih banyak-banyak kepada Allah s.w.t sebab bagi aku idea yang bernas. Aku tak harapkan kemenangan, cukup bagi aku kalau lecturer cakap semua benda aku buat, disudahi dengan,

"Very Good!" 

"This is what I want"

"Yes, you're good"

Ya Allah. Berbaloi rasanya tidur lambat sehingga 3 pagi untuk siapkan semua itu. Terima kasih ya tuhan. You never know bagaimana rasanya. Suatu kepuasan, dan sangat berbaloi. Seriously !

Aku sekarang agak mengada-ngada dengan boyfriend aku. Ahahaha. Suka hati aku sahaja nak demand itu ini. Kesian dia. Tapi dia baik hati. Semua benda aku nak, dia selalu cuba dapatkan. Buat sahaja muka comel, confirm dapat. Hahahahaha. I love you so much sweetheart! 


I love my family. Selamat hari bapa buat babah yang tersayang. :) Terima kasih untuk segalanya ! Okay, nak sambung tengok Resident Evil dengan Keknis. Bye, semua. Goodnight !


Love,
Elle Nyna.