Sunday, May 20, 2012

Sometimes

Salam.

Hi everyone. Lama gila tak update penuh-penuh sampai rasa macam nak muntah bila baca semula. I miss everyone. Memang aku agak busy, sampaikan tidur boleh mimpi pasal assignment yang bertimbun bagai baju tak lipat. Cuba bayangkan !

25 jam credit, was not so easy. Lagi-lagi final year, kan. Dan-dan tu jugaklah semua kena submit on that certain week. Gila, memang gila. Aku banyak kali menjerit terlolong, mahukan simpati orang, supaya orang boleh tolong aku serba serbi. Apakan daya, kalau tiada orang boleh tolong, nampak gayanya aku kena tolong diri aku sendiri. By the way, congratulation to team football Kelantan, atas kemenangan 1-0 Sime Darby semalam. Tahniah diucapkan sekali lagi. Tak sia-sia si dia ke Stadium Bukit Jalil semalam, kan. Dengan sesak, dan keadaan yang agak hingar. (So-so)


Aku harap sangat dapat cepat habiskan semester yang agak menguji kesabaran ini. Biasalah, manusia ini banyak ragamnya. Payah sungguh bila dapat seseorang yang tidak pandai menjaga hati juga menghormati orang lain sebagaimana orang itu menghormati dan cuba juga menjaga hati dia.


Apapun, aku selalu cuba untuk bersihkan hati aku. Mencorakkan hidup aku dengan warna yang ceria. Bagi aku, kawan yang ikhlas ialah bila mana kita susah, mahupun senang, dia selalu ada untuk mencorakkan lagi kehidupan kita  dengan aneka warna. Aku ada KekNis, thanks to you sister. Aku ada si dia, thanks hubby. Aku ada mereka yang selalu cuba tolong aku, ketika aku susah. Walaupun kita kurang rapat kini, tetapi pertolongan kalian, memang aku sangat hargai. Terima kasih kawan-kawan.


Love,
Elle Nyna.