Tuesday, April 10, 2012

Netball pula

Hai and salam.

Malam ini ke UiTM Puncak Alam untuk Netball. Dia dan Keknis kesayangan akan teman aku. Sayang kamu berdua. :) Penat, kelas baru sahaja habis pukul 4 petang tadi. Sweetheart sudah habis paper, lepas ini pulanglah dia ke kampung halaman. Ehem. Takpe, Takpe. Sabar.


Tiada keluhan pernah ku dengar, kesusahan, kepayahan, marah mahupun kesedihan, apa yang pasti aku bahagia bersamamu. You treat me well than others. Alhamdulillah for this love.


Allah s.w.t hadirkan aku 1001 kesedihan, 1001 musibah, tapi aku yakin dan pasti, untuk setiap titisan air mata yang jatuh, maka Allah s.w.t hadirkan si dia untuk 1001 kegembiraan dan kebahagiaan. 


I promise to myself, that I will be one of the richest women in the world and in Akhirat, InsyaAllah. Kaya dengan kebahagiaan, keceriaan, bukan kaya dengan hutang, of course. We are muslims, rezeki ada di mana sahaja, cari yang halal, niat itu penting, balas segala jasa kedua ibu bapa aku yang tak mungkin pernah akan terbalas, terhutang budi sampai akhir hayat aku, akhir sekali, aku nak kahwin. Hidup dengan seseorang yang bakal membahagiakan aku di dunia dan di akhirat. Ada keluarga yang sangat bahagia. Aku dijaga, dibelai, ditatang seperti minyak yang penuh seperti seorang yang sepatutnya dilindungi, dibentuk dengan perlahan dan lembut. Akulah tulang rusuk kirinya. Dia mampu jaga aku, lebih daripada kedua ibu bapa aku jaga aku. Aku tahu, aku puteri. Puteri di hati dia :)


P/s : Saya nak buat Seminar di UiTM, saya nak jemput Aaron Aziz, sebab dia menang dan Puan Lela suka dia, tapi kena pilih topik untuk bagi talk. Saya nak Score A untuk Issues saya. Agak-agak dia sudi tak join Seminar yang kami anjurkan ? Haha :) Okay, cukup. Nak bersiap, pakai tracksuit, tshirt buruk sebab nak main netball. Haaaaaih. Alangkah indahnya kalau Koko Netball boleh dibuat di UiTM Shah Alam.

Love,
Elle Nyna.