Friday, March 30, 2012

Tak tahulah

Hi and Salam.

Tak tahulah apa aku nak cakap, dan katakan, sebab aku harap seseorang itu akan faham. Tapi takpelah, aku hanya berdoa kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t sentiasa menjaga hati aku, diri aku supaya tidak menjadi seperti dia. Have faith. Kalau kita berkira sesama manusia, makanya Allah s.w.t akan berkira dengan dia, sebab itu rezeki dia tak pernah nak cukup. Itu sahaja untuk hari ini.

Terima kasih kerana Allah s.w.t sentiasa hadirkan untukku orang yang menyayangi aku selain daripada keluarga dan buah hati aku yang pandai menjaga hati aku. Teman serumah seperti Kek Nis, Faraha, Shazz, thanks sebab masakkan untuk saya selalu. In short, janganlah buat orang meluat dengan kita tau. Kerana, kalau once kita dah meluat, menyampah, memang susah untuk kita sukakan dia semula melainkan dia buat sesuatu yang terbaik buat kita. Tehehe :)

Terima kasih juga buat kawan-kawan lama. Hadir ketika aku begitu memerlukan. Walaupun kita tak lah rapat mana. Thanks for the TRUST. InsyaAllah, kalau aku kahwin kelak, korang semua dapat VVIP place. 

Berkatalah sesuatu yang baik, kerana daripada kata-kata melambangkan jiwa dan hati juga akhlak seseorang itu. *baiklah,baiklah*



Love,
Elle Nyna.