Tuesday, February 14, 2012

Happy Anniversary, Happy Birthday Baby :)

Salam readers,

Hey All ! This post is for my upcoming birthday, 14 February 2012, and 
our very first anniversary, 15 February 2012




Alhamdulillah, once again.


Untuk setiap kali aku jatuh, dan tika itu juga kau hadir membantu. 
Untuk setiap kali aku menangis, kau ada di sisiku.
Banyak yang kita lalui bersama, susah dan senang, saat suka dan duka, semuanya masih lagi segar di dalam ingatan ini.

Suatu hari, pernah aku berkata padanya,

'I tak cantik,' but,

he said,

"You cantik, cantik di mata I, sebab itu I pilih You",

Yes, aku boleh cakap, yang antara semua perempuan yang dia kenal, dia mungkin pernah 'usha', or berkawan rapat, but he chose me.

"Dia pilih aku," hati kecilku berkata.


Thank you Allah s.w.t :). Setahun sudah kami bersama. Agak kelakar tetapi indah corak perjalanan cinta kami. Dimulakan dengan satu pertemuan yang langsung tidak dirancang. Yang pasti, dia memang pernah melihat aku, dia bermain bola dengan kawan-kawan dia berhampiran dengan tangga yang sering aku guna, but jenis aku, pakai helmet, macam Predator, semedang sahaja naik tanpa lihat sesiapa. Sekali imbas, memang aku pernah ternampak dia, tapi aku tak alert sangat pun. Tapi pada ketika itu juga, kami pun tidak tahu, kami akan bertemu sekali lagi seperti pertemuan pada 15 February itu. Sudah takdir agaknya. Masing-masing kaku, diam, he wants to see me, but I won't. Entah kenapa malu. Gila. Psychonya aku! Kebetulan, mama bawakan kek untuk aku dari Ipoh. Aku jemput dia makan dari jauh, (Ibarat dari ruang tamu, bercakap dari situ ke grill pintu depan rumah) but he said, "No, thanks". Sebenarnya, terkejut tengok muka ALIEN itu. Spesies yang jarang aku tengok. I'm melting baby. Oh No. Haha. Kemudian, kami keluar malam itu, Ada ketika, aku ketawa, dia pula menegaskan 'spelling' dan sebutan nama dia. Mukanya yang separa geram, menahan marah disebabkan aku dan kawan aku ketawakan dia, di saat dia cuba menegaskan ejaan dan sebutan nama dia yang agak unik jika dibandingkan dengan orang lain.


Suasana dingin ketika itu, lantas kami berdua berjalan kaki, tetapi masih di dalam kumpulan, ada beberapa orang kawan dia, dan dua orang kawan aku. Yang sadisnya, soalan pertama aku,

"Your dad kerja apa?"

and dia pun menjawab. Ada la beberapa soalan yang kami bualkan. Apa yang aku sangat yakin, aku belum minta number phone dia. Ego. Cis.

Itu baru awal perkenalan kami.


Selepas beberapa hari, mungkin 5-6 hari kemudian, kami keluar makan, together bersama kawan-kawan kami. Belum lagi keluar berdua. Tidak, tidak. Ketika itu jugalah, kawan aku cakap,

"F, F tak nak ambil no.fon E ke?"

Aku tergamam, terdiam. Actually, malu dan ego. Gila, tak pernah-pernah aku mintak atau orang lain request no. phone lelaki. Damn it.

Kami terdiam. Finally, aku cakap, 

"Eh you pakai celcom ke maxis?"

"Mana you nak ?", he asked me back.

"Oh Dua-dua ada lah ni ?, Erm takpelah, nanti-nantilah I ambil."

(cerita diringkaskan)

Since that, we started to text each other. Ada satu malam, aku lapar. Aku bagitahu dia, and dia sanggup temankan aku. Haha. I think he was so nice. But then, I invite my friend untuk teman aku. He also invite his friend. Tehehe. But still, we do not talk so much. Kesian. ^_^" LOL

Lepas itu, kami makin cuba mengenali hati budi masing-masing, boleh dikatakan, setiap kali si dia habis kelas, dia akan berjumpa aku walaupun sekejap. Dan perlakuan untuk berjumpa dan bertemu ini sudah menjadi suatu 'tabiat' kami. Kalau aku habis kelas, aku terus jumpa dia. Dan kalau dia habis kelas, dia terus jumpa aku.


Character dia yang seakan-akan playboy, buat aku adore. Aku tak kisah lagaknya seperti playboy. Bagi aku, he's superb hot. You know why, bila semua orang pandang dia as a playboy, it's okay with me. Because, both of us know that, he loves me very much. Suatu fakta yang dia sendiri tidak boleh nafikan. Tehehe :) Disebabkan character dia yang susah nak sayang dan cintakan orang, jual mahal, macam  berlagak, ego, garang, tapi dia setia, tegas, ada prinsip, jaga solat, tak berkira, dan banyak lagi lah. Itu yang buat aku jatuh sayang pada dia, di awal perkenalan kami. Sebenarnya aku dan dia banyak kontra, mungkin aku lebih lembut, hati dia lebih keras, yelah, dia kan lelaki, dah tentu akan lebih berkeras, degil dan tegas. Ikut kepala, Ikut Mood dia sahaja. Tapi kalau dah biasa, well, takde hal, kau layankan je perangai dia itu. Kadang-kadang, aku suka buat dia marah. Suka tengok dia marah, sebab rasa macam dia ada tarikan di situ. Well, part aku pula, aku susah nak marah, adakala dia sengaja cakap sesuatu, buat aku marah, tapi dia tak berjaya. But adakala, dia berjaya buat aku marah sambil menangis sebab geram. Cehh.

There is one time, dia panggil aku, "AMALIN".

I said, my name is, "Amalina" lah. Kalau you panggil Amalin, bermakna, "Harapan" sahaja. Bukan "Harapan Kami".


He answered well, "Biarlah, saya ada banyak harapan bersama kamu". 


Walaupun dia berkawan dengan ramai perempuan, tapi dia anggap aku, sangat istimewa buat dia. Dimulakan dengan masakan dia. Dia rajin masak, bila adanya aku dalam hidup dia. Setiap petang kami akan ke tasik, duduk, dan enjoy the moment. Have a conversation. Tak pernah ada sedikit perasaan bosan pun ketika kami bersama, baik dari 15 February 2011 sehinggalah 15 February 2012. Walaupun mungkin tak waras kalau aku hendakkan 'dragonfly' di tepi tasik itu, tapi dia cuba dapatkan untuk aku, tanpa pedulikan orang sekeliling.

I can say that he really loves me very strong, sebab, bila aku dilukai, ada seseorang yang melukakan hati aku, dia juga turut terluka. Dia rasa sakitnya. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Contohnya, di saat aku tiada kawan, aku hilang kawan baik aku. Aku mula percayakan kata-kata dia yang kalau kita berkawan, sentiasa ada had. Ya Allah, hanya Tuhan dan si dia sahaja tahu, apa aku rasa. Setiap perkara yang terjadi pada aku. Si dia banyak membantu. Dia lah yang menjadi peneman setia, pemberi nasihat terbaik. Tehehe. Sayang kau!  :)

Dia ada taste. I think we got the same taste. (Tak jugak, kadang-kadang ada yang berbeza) Contoh : Ketika hendak beli kasut futsal. Haha. Aku suka merah, tapi bila kawan dia pilih kuning, we bet kalau dia pilih merah, dia sayang aku lebih, kalau dia pilih kuning, maknanya dia sayang kawan dia tu. Finally, he chose the yellow one. Cehhh. Tapi, agak kelakar ketika itu. :D Berbalik pada taste, kalau bab baju kurung, dia number satu (No.1), akan carikan aku baju kurung yang cantik-cantik, dan dia belikan untuk aku. Tak kisahlah, apa pun, dia sentiasa ingatkan aku, bukan setakat ingat dekat 'kepala hotak' dia, tapi dia ada 'action'. I appreciate everything. Aku cuba tak control hidup dia, dan aku cuba tidak merajuk. Aku rasa, itu perkara utama yang penting untuk jadi buah hati dia. Jenis dia, sekali dia sayang seseorang, memang dia sanggup buat apa saja untuk orang itu. So, kalau dia keluar dengan kawan-kawan dia, kami kurang text / call. Lantak ang la. Camtu kot? Aku buat hal aku, dia buat hal dia. Lagipun, dia tahu aku baik. Dan aku pun tahu dia baik. Setakat dia nak keluar dengan kawan-kawan, biarlah. Haha. Bukan aku kerek, ataupun dia kerek, dah kami memang begitu. Ala, kalau ada kepercayaan, there's no reason to be jealous.


Pergaduhan, salah faham itu adat bercinta. Ala, tipu lah kalau kami tiada salah faham, baik sepanjang masa. Haha. Tapi, aku rasa setiap kali adanya salah faham, ianya buat aku lebih faham dia bagaimana, dan dia juga faham aku bagaimana. Dan kerana salah faham itu juga, buat kami selalu jatuh cinta hari-hari. Hehe :)


Cukup kalau kamu semua tahu, yang aku selalu ada untuk dia, baik ketika senang, mahupun susah. Sebab utama aku tulis apa saja yang dia pernah lakukan untuk aku, ialah kerana aku sukakannya. Aku suka boyfriend aku buat banyak benda untuk aku. Tandanya dia ingat aku. Dan ini pula cara aku appreciate every single thing yang dia lakukan untuk aku. Kau ada ? Tak. So, shut up and read. Pada aku, dia baik. Baik sangat orangnya. Orang kata dia suka marah-marah. Tapi, lepas dia jadi sebahagian daripada hidup aku, dia banyak berubah. Betul. Dia berubah jadi lebih matang. Ada suatu hari, ketika kami ada salah faham, kami berbincang, dan finally, aku rasa kecewa dengan pendapat dia. Perkara yang buat aku rasa terharu, bila kami settlekan salah faham itu, dengan:

Dia tersenyum, dan berkata, "I minta maaf, ya."

Yes, the fact is lelaki memang ego. Sukar untuk ada perkataan maaf, tapi bagi aku, itu antara perkara paling sweet yang pernah dia lakukan, selain daripada sepinggan mee goreng yang dia sanggup masak ketika kami ada salah faham. Tulisan 'FEROELLE' di simen ketika dia mengecat biliknya yang bertarikh 15 April 2011 ketika itu. Picnic, ketika di malam hari berdekatan Hotel Blue Wave, Shah Alam. Watching movies, makan, dan makan. Having the same menu, Big Mac. Haha. We love Big Mac. Dulu dia suka Double Cheese Burger, now dia sukakan Big Mac. ;)


The best part bila mama dia sporting and cool like my mom. His papa, sama macam my dad. So, I think,we have no reason, to be apart. Harapan untuk bersama, sehingga ke akhir hayat itu memanglah ada. Tapi, ye lah, kami akan terus berdoa, dan berusaha. :) InsyaAllah, mudah-mudahan.


Dia proper orangnya. Nak pergi pasar malam pun, from the top to the bottom, mesti complete. Tak boleh selekeh. Haha. Kelakar, kelakar. Ada satu hari, I dress up like makcik jumpa dia sekejap, sebab dia nak pergi beli tong gas. Then aku nak ikut. Lupa pulak, aku pakai T-Shirt sahaja, you know, pakai tudung  dengan T-shirt macam nak ke pasar ? Selamatlah, kereta dia ada sweater ketika itu.. So, dia pesan,

'Tu lah, lain kali nak keluar dengan I, mesti pakai complete. Manalah tahu nak pergi tempat lain'.

Dia pengkritik dan penasihat yang bagus. Apa yang tak sesuai, apa yang dia tak suka, dia cakap. Tapi kadang-kadang aku ni tak boleh terima pendapat orang, rasa nak argue je. Nak berdebat, itu memang best. Lepas itu, bila berdebat tu, haa. Masing-masing kekal dengan pendapat sendiri, akhirnya aku tewas. Kalah, 1-0 dengan dia. Menyampah. Selalu kalah. Damn you.

Contoh : AJL, aku tak mahu Awan Nano menang, aku nak Sedetik Lebih. Sebab bagi aku, pembawaan lagu oleh Anuar Zain was amazing, including his vocal. Suara orang lain memang tak sesuai. Haha. Tapi argue, argue. Dia cakap Awan Nano lah, Hafiz Hafiz. Yes. He won, finally. Apa pun tak boleh, cehh.


My boyfriend is such a loving alien. Dia alien yang sangat penyayang. Dia tak boleh dengar, atau lihat aku menangis. Erm, kalau dia pujuk, hahahaha. Best gila. Weeehooo. Rasanya, dunia ni hanya ada aku dan dia ! (Melampaunya perumpamaan aku). Apapun, boyfriend aku memang pandai pujuk aku. Perempuan lain, Memang tak. Kalau perempuan lain merajuk, Ada dia kisah ? Haha. Why I called him such an ALIEN ? Sebab dia unik, tak sama macam orang lain. :) Dia sukakan kejujuran. Paling kelakar tentang dia, dia jenis yang akan buat sesuatu sampai perfect. Misalnya, kalau main game, he won't stop selagi tak menang. Ya Allah tensionnya aku dengar kau tension bila tak dapat goal ! Arghhhhhhhh !

Dia terima aku seadanya, dan aku terima dia seadanya. Kami saling menerima, Give AND Take.

Dia suka and sokong 101% jika saya teruskan ber'blogging'. He supports me. Itu paling penting. Bagi aku, blog is one of my passion, and interest.

Tahniah la awak, 12/15. Hebat2. :D :D But I think you got Full Mark ! :D



"I wish nothing but the best from you, the best for you, and the best for us. :) InsyaAllah, Amin."

Sayangi dan Cintailah seseorang dengan seikhlas hati, 
kerana melalui keikhlasan, timbul rasa keindahan dan kebahagiaan yang berpanjangan. 
Jangan mengharapkan seseorang yang tidak mampu mencintai kamu, sebagaimana kamu mencintai dia. Itu bodoh namanya. Kamu lebih berhak untuk dapat yang lebih baik. 
"Aku nak seseorang yang boleh jaga aku, sampai akhir hayat aku."
Cinta pasti akan ada kesakitan dan kelukaan. Cinta sejati akan muncul apabila kedua-dua pasangan itu bertekad untuk menyayangi dan mencintai kerana Allah s.w.t. 
Bukan kerana sesiapa. ^_^" 

Ditulis dengan penuh kasih sayang, buat si dia,
Elle Nyna.


FootNote : Salam semua. Setiap coretan saya, saya harap sesiapa yang terbaca, ataupun membaca, tidak terasa, tidak tersinggung, tidak termuntah mahupun geli, (At the first place, siapa suruh kau baca), Saya tak bertanggungjawab untuk setiap muntah hijau yang keluar dari mulut anda. Harap Maklum. Setiap coretan saya, khas buat si dia, dan ianya berkisar tentang dia dan saya. Frankly speaking, aku tak biasa menulis kata-kata cinta di dalam versi BM, mungkin bagi aku ianya terlalu sukar, dan kata-katanya terlalu berbunga-bunga, macam novelis pula. Actually, I would rather write it in English, but I want to share to the whole world how love would affect my life, so far. Thank you for reading all of it, sampai habis kau baca kan ? Dahsyat. Hehe. Thank you sebab jadi pembaca setia FEROELLE. :) 

Do not judge a person from one angel, 
but view him/her based on the value of love that he/she tried to convey.




 
Biarlah seseorang itu menghargai orang yang dia sayangi dengan mengenang kebaikannya dan bukan keburukannya. Apapun berbalik pada mutiara kata, Pandanglah kecantikan hanya sebagai suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan-agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan sebagai suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua-duanya adalah anugerah Allah s.w.t :). Sekian, terima kasih. Wassalam.




Before that,


Happy Birthday Elle Nyna. :) I am one of the happiest girl in the world. Thank you mum and dad for having me as your daughter. THANK YOU so much ! You are the greatest parents I have ever had ! Thank you for every deep understanding. I love you I love you and I love you mama and daddy. Thank you to my siblings, for every joy and sadness. Kakak sayang semuanya. :) Last but not least, thank you Fero Afar, for having me as your beautiful girlfriend. Hekhekhek. I always love you. Alhamdulillah, thank you Allah s.w.t for these greatest gift !



So what was up with my birthday.


  • He exactly sing a birthday song at 12 am, for me. Pretty well. I am so touched. :) 
  • My family having a breakfast together at some place.
  • Receive a jug of flower from mama. 

Hoping that I will get all that I wish for every year of my birthday, InsyaAllah. I know, someday, who knows.