Monday, February 6, 2012

Aku bersyukur

Salam,

Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran aku kepada-Nya.



Maha Suci Allah.


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku
Tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku pada-MU, Ya Allah.

Amin.


Buat kawan-kawan semua, terima kasih kerana sudi membaca blog ini, yang baik datangnya dari Allah s.w.t, yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri. Saya akan berhenti dari bidang ini buat sementara waktu, dan akan kembali bila tiba masanya. Bukan saya tak sayang, bukan juga benci untuk berblog, cuma, saya rasa, dalam kehidupan ini, biarlah kebahagiaan dan kedukaan saya, dikongsikan pada yang sepatutnya. But thank you to those who love to read my love story. Terima kasih banyak-banyak.

Dalam kehidupan saya, saya dilengkapi dengan sebuah keluarga yang lengkap. Alhamdulillah. Allah s.w.t Maha Penyayang. Terima kasih Allah untuk anugerah paling indah ini. Saya sayang mereka, kerana mereka saya masih gigih untuk menuntut ilmu dan ingin capai hajat pertama saya dalam hidup ini, untuk menunaikan haji dan umrah bersama keluarga, InsyaAllah, doakan saya ya? Mereka sumber inspirasi saya. Saya anak mama yang paling nakal, tapi, mama apa-apa pun akan sentiasa utamakan saya dalam segala aspek, kerana saya anak mama. Begitu juga daddy, walaupun daddy saya tegas orangnya, kerana tegas itulah, yang menjadikan saya seorang yang tabah dan sabar. Mummy and Daddy, I love both of you.


Pernah suatu ketika dahulu, ketika saya masih kecil, when I can read at the age of 4 years old, saya rajin membaca, bila saya rajin membaca, habiskan satu buku kisah-kisah Nabi, my dad belikan saya satu magnifying glass - kanta pembesar.  Saya suka sangat. Saya bukan macam sesetengah kanak-kanak yang sukakan anak patung macam Barbie Doll, main masak-masak. Walaupun mama beli semua itu untuk saya, saya patahkan kaki barbie doll itu dan buang ia di dalam longkang. Bila beli peralatan masak-masak, saya guna pinggan mangkuk saya sodok tanah. Saya memang anak manja. Adik-adik saya semua tahu saya manja, dan mereka yang manjakan saya, bukan saya yang manjakan mereka. Saya harap ada orang sudi terima saya sebagaimana keluarga saya menerima saya seadanya, dan Hanya Allah s.w.t sahaja tahu apa yang ada disebalik diri saya yang bila menangis pun ketawa, bila ketawa pun keluar air mata.



Kemudian, saya dipertemukan dengan si dia. Hanya Allah s.w.t sahaja tahu betapa gembiranya hati ini, bila kita jatuh cinta pada seseorang yang juga turut mencintai kita seadanya. Alhamdulillah. Sikit pun saya tak pernah rasa menyesal untuk mengenali, menyayangi, bersahabat, juga mencintai dia. Dan apa yang saya harapkan, dia mencintai saya seadanya tanpa jemu, tanpa bosan, muak, dan sebagainya. Seandainya umur saya panjang, dan kami ditakdirkan bersama, saya ingin sekali untuk menjadi milik si dia yang sah. Ya Allah s.w.t, permudahkanlah urusan kami di dunia ini, ya Allah. Tabahkan dan kuatkan hati aku. 15 Februari 2012, genap setahun kami bersama. Kalau panjang jodoh kami, Allah s.w.t masih hendak kami bersama, insyaAllah, ada jodoh, ada. Jodoh didatangkan dengan usaha, tanpa usaha, ianya tidak berhasil. Ibarat kita mengharapkan sesuatu pokok itu berbunga, tetapi tanpa diletak baja, dan disirami air, juga disimbahi cahaya matahari, manakan dapat hasilnya. Dia, seorang lelaki yang baik, dia menjaga saya lebih daripada dia menjaga diri dia sendiri. Dia menyayangi saya, lebih daripada saya menyayangi dia. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan dia untuk saya. Dia bertindak seperti yang saya harapkan. Cuba belikan sesuatu yang cantik untuk saya, yang menarik untuk saya, apa saja yang dia lakukan, segalanya untuk saya. Kalau dia masak untuk saya, dia akan pastikan ianya sedap untuk saya jamah. Saya sayang dia, dan saya bersyukur, dipertemukan dengannya. Terima Kasih Allah s.w.t.


Tak lama lagi, birthday saya. Allah s.w.t Maha Mendengar, Maha Mengetahui apa yang saya rasa, dan apa yang saya inginkan, biarlah saya simpan pada-Nya. Sesungguhnya saya gembira dan lega kerana telah luahkan apa yang patut untuk entry terakhir ini..


Nota Tambahan.
Manusia memang akan berubah, akan ada penghijrahan dari baik kepada lebih baik dalam kehidupan seharian. Apapun, kita sentiasa cuba perbaiki kelemahan kita. Dengan kasih sayang yang ada, atas nama persahabatan, dengan kelemahan itu jugalah akan menjadi seseorang yang lebih baik setiap hari. Kehidupan di dunia ini, bukan semata-mata atas persahabatan, tetapi ianya lebih daripada itu, mungkin akan jadi seperti adik beradik ataupun kekasih. Suatu ikatan yang tidak mewujudkan atau menjarakkan antara pihak, walau apapun yang terjadi. Apapun, kita perlu lebih matang dalam apa jua perkara yang terjadi. Berfikir secara waras, rasional, dengan Iman yang dimiliki.

Saya dan dia, bersama hampir setahun, dan kami dah tempuh saat susah dan senang bersama-sama. Kami mempunyai dua hati yang berbeza tetapi kerana cinta, telah menyatukan jiwa kami menjadi satu.
Terima kasih Cinta, untuk segalanya.



P/S : I love you.

Yang Ikhlaskan Segalanya,
Elle.