Thursday, February 2, 2012

Baca Novel - Seronok sangat ke ?

Salam readers,

Aku seorang yang rajin membaca dari kecil hinggalah sekarang. Tapi aku ada masalah, iaitu aku kurang gemar membaca novel. Bukan kerana novel itu kurang menarik, sebenarnya membaca novel memang seronok, tapi, adakala kesannya, kita sendiri terbuai-buai, memasang impian dan hajat untuk memiliki lelaki seperti di dalam watak novel tersebut. Terlalu asyik, sehingga kita sendiri merasakan kita ialah watak perempuan di dalam novel itu. (Bagi Pembaca Perempuan) Terlalu mencari kesempurnaan. Sukar juga aku rasa. Antara novel yang aku ingat jalan ceritanya, "Aku Bukan Puteri Lindungan Bulan, Lagenda Budak Setan, dan juga Gemersik Kalbu" yang sedang bersiaran di TV3.


Aku tak tahu. Tak tahu, betulkah ada orang begitu? Aku tak nak dibuai angan-angan, hendakkan sesuatu yang sempurna. Aku pernah rasakan begitu. Kerna terlalu asyik dengan novel, sehingga terbawa-bawa ke alam realiti. Mahukan lelaki sempurna, melayan kita dengan baik setiap masa. Mustahil. Mustahil sungguh. Alah, ini semua persepsi aku. Aku menulis kerana ini pendapat aku. Hah. 


Tapi ada satu perkara yang ku lakukan, iaitu aku pilih untuk lupakan novel, dan get back to reality. Kembali ke realiti, mudah. Mudah sangat. Jangan harapkan si dia terlalu sempurna, dan anggap jugalah kita juga tidak sempurna mana. Nobody is perfect. Dengan itu, bila kau bergaduh dengan sesiapapun, boyfriend/girlfriend, husband or wife, kau tak kan menganggap;

"kalaulah kau melayan aku dengan baik, tsk tsk tsk" sambil menangis dan teringat babak-babak/scene-scene di dalam novel yang kau baca tadi.



Ya, bagi aku perempuan memang mikro. Mereka memiliki hati yang sensitif, halus dan telus. Bukan macam lelaki. Mereka lebih kepada makro. Namun tanpa mikro, ataupun makro, takkan lengkap pasangan itu.


Contohnya :

Situasi - Bila Boyfriend nampak sesuatu yang bakal mengundang kecelakaan, musibah. Contoh, najis lembu.
Boyfriend : Kalau Boyfriend, dia akan cuba mengelak.
Girlfriend : "Eeee busuknya".


So, kalau tiada details, tak akan lengkap cerita. Apa pun, bagi aku, perempuan memang pelengkap hidup lelaki. Bagi aku istilah, "No women, No cry". Fake, tipu. Coverline. Naluri lelaki memang perlukan seorang perempuan untuk mencintai mereka seadanya. Basically, kalau kita sayangkan seseorang, pasti ada 'cry' scene. Mana ada cinta tanpa tangisan? Mungkin tak terlihat tangisan itu, tapi tangisan di dalam hati, hanya Allah s.w.t yang tahu.


Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran, kerana aku masih bersama si dia, dianugerahkan keluarga yang best. Alhamdulillah.



Sekian, wassalam.


Love,
Elle Nyna.