Tuesday, January 31, 2012

Biarlah hari berlalu

Salam readers,

For him :) Ada beberapa helaian 'pink notes' for him inside the box.

Aku suka menulis, menulis merupakan sebahagian hidup aku. Dahulu, sebelum wujudnya teknologi seperti ini (blog), aku hanya menggunakan buku catatan harian, untuk menulis apa yang berlaku setiap hari. Bila aku baca semula, aku ketawa sendirian. Barangkali buku itu terlalu emosional, keanak-anakan (kebudak-budakan), sinis sungguh. 

Kadang-kadang aku terfikir apa pengisian yang patut aku bawakan di dalam setiap entry. Entah. Tiada pengkhususan. Apa yang terlintas di minda, ketika itu juga aku lontarkan melalui setiap perkataan yang ditaip. Ketika cuti semester ini, rajin juga aku blogwalking, visit blog-blog yang aku follow, ada juga blog yang tidak aku follow, tapi aku rajin baca. Mungkin ada kisah mereka yang menarik perhatian aku. Aku suka juga baca blog yang membuat aku sedar bahawa hidup ini singkat. Inilah kehidupan.

14 hari lagi, genap aku berusia 24 tahun. Azam aku banyak. Tapi hanya satu permintaan aku ketika hari lahir aku, iaitu, setiap detik, setiap saat aku dikelilingi oleh orang yang menyayangi aku seikhlas hati mereka. Mengetahui yang aku bakal memiliki 'bakal adik ipar' membuat aku tersedar, yang aku terlalu relax melihat adik akan melangkah bendul orang kata. Hehe. Dah besar rupanya aku. Dah dewasa. Tapi aku masih belum lagi matang dalam segala aspek. 

Tapi banyak perkara yang berubah setelah aku menemui si dia. Sungguh. 

Kalau dulu aku impikan lelaki yang romantik, kini tidak lagi. Aku belajar erti kehidupan sepasang kekasih yang sebenar. Di mana, ada ketika, aku dan dia boleh bergurau, berkawan seperti biasa, cakap seperti kawan dengan kawan, maksud aku, panggilan manja seperti (fikir sendirilah), jarang digunakan, di mana, bila ianya jarang digunakan, kalau sekali diungkapkan ia menjadi terlalu berkesan menusuk ke dalam hati, tidak bosan, dan telinga yang mendengar terasa indah. Itu yang aku rasa. 


Sebenarnya, aku sayang diri aku, dan aku mula menyayangi diri aku setelah aku mengenali dia. Paling penting, aku menghargai diri aku lebih daripada sebelum ini. 
Aku seringkali terbayang, teringat, bagaimana kami ditakdirkan bertemu. Aku rasakan keindahan setiap detik pertemuan kami. Dia lain. Dia unik. Itu kata hati aku. Dia kata aku hebat, kerana aku berjaya mencuri hati dia. Dalam ramai-ramai perempuan, aku paling bertuah kerana memiliki cinta dia. Sungguh, aku tak rasa menyesal langsung untuk mencintai dia.


Bila aku tengok slot rancangan tv sekarang ini, semua berkisah tentang 'keterpaksaan' seseorang untuk mencintai setelah berkahwin. Tak kisahlah sebab kontrak, mahupun, kahwin paksa. Mungkin susah, tetapi bagi aku, cinta datangnya dari hati. Kalau kau izinkan hati kau untuk disentuh, maka, datanglah cinta itu. Begitu juga cinta kau kepada tuhan, bagaimana kau hendak dekatkan diri kau dengan-Nya kalau tanpa cinta, semua perkara kau buat tanpa rela?  Sekali lagi, ianya melibatkan hati. 


Aku susah untuk jatuh cinta. Bila couple dan break off banyak kali, aku sedar, mereka bukan orang yang pernah dapat cinta aku pun. Sikit, mungkin. Tapi bukan semuanya. Erm, pengalaman hidup mengajar aku sedikit sebanyak tentang kehidupan. Memang kita tak akan jumpa orang yang sempurna, sungguh. Tapi, orang yang sempurna yang aku cari selama ini, ada pada dia. Dia nampak sempurna, tak kira apapun yang dia lakukan. Walaupun dia ada kelemahan, mungkin 2%, 98% kebaikan dia, itulah cinta aku terhadap dia. Menerima dia seadanya, tidak pernah wujud istilah bosan, muak, dan sebagainya.  Setiap kali salah faham terjadi, sakit dan pedih hati ini, menguatkan lagi cinta itu. Aku rasa itu maksud cinta aku, sehinggakan tiada perkataan lain yang dapat melawan maksud cinta, walaupun benci. Orang kata, benci tandanya sayang, kan ? :)


Aku sukakan cara dia menghargai aku, cara dia menghargai setiap detik kami bersama. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membahagiakan aku.


Thank you love. Untuk setiap 'dinner-for-two-picnic' sepanjang semester ini. :)

for every smile of us,

i love you, i do.




Yours sincerely,
Elle Nyna.