Wednesday, January 18, 2012

Sesi merenung masa hadapan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Terdetik seketika hati ini untuk berkata-kata tentang jodoh. Bila kita putus cinta, orang cakap kita tiada jodoh, tetapi sebenarnya di dalam hati aku, aku ingin sangat jodoh aku dipanjangkan dengan si dia. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, aku berharap jodoh aku dan dia dipanjangkan. Jika dia bukan tertulis di dalam takdir ku, ataupun orang kata Luh Mahfuz, maka akan ku panjatkan doa dan usaha. Kepada Allah s.w.t juga aku meminta, kerana tuhan itu esa. Kalau Dia kata Jadi, Maka Jadilah. (Kun Fayakun). Maka, apa yang ku lakukan, adalah terus berdoa supaya jodoh kami dipanjangkan, dan dipermudahkan segalanya. Aku tahu kesukaran bercinta lama-lama banyak dugaannya. Kesabaran, kesetiaan bagaimanapun kalau wujudnya pihak ketiga, anasir-anasir luar, jadi cerita lain. Tapi aku berharap, jika dia memang untukku, akulah orang paling bahagia. :)


I love you, I do.

Adakah kau faham ungkapan 'cinta' sekiranya kau bercinta dengan seseorang untuk 10 tahun pun, tapi akhirnya kau tinggalkan si dia, kerana kau bosan? Kenapa sebelum ini kau tak pernah terlintas pun erti bosan mahupun muak ? Aku tak rasa kau mengerti mahupun faham. Cinta itu abstrak. Cinta Hakiki memang kepada Allah s.w.t, tak kan pernah berubah, tetapi cinta terhadap manusia ? Adakah kita perlu berasa begitu ? Kalau sedikit pun terasa begitu, maka banyaklah pasangan yang sudah berkahwin, bercerai selepas itu. Cinta bagi aku, perlu seiring dengan komitmen, toleransi, dan banyak lagi. Yang pasti, kalau terlalu emosional, kita seolah-olah menghantukkan kepala kita ke dinding. ;)

Adapun orang yang cemburu melihat kebahagiaan orang lain, haha. Itu sahaja. Aku mampu ketawa. Mungkin dia cemburu, kerana dia tidak diperlakukan sebegitu, mungkin juga dia tidak bahagia, kerana hatinya sudah busuk dipenuhi hasad dengki, sifat mazmumah. Astaghfirullah. 


Dan bagi aku, aku teruskan hidup aku seperti biasa. Terima kasih Cinta Hati ku kerana mencipta terlalu banyak memori bersama ku. :)

Much Love,
Elle Nyna