Friday, November 30, 2012

Sama, tak serupa

Assalamualaikum,

Ya, kita sama.
Tapi kita tak serupa.

Cara berfikir,
cara dibesarkan,
muka pun tak sama.

Tapi kita punya satu hati yang boleh berbicara
bersama-bersama,
walaupun kita secara fizikal nya
tidak berkata-kata.

Itu kita panggil chemistry.
Kalau kita semua sama,
itu bukan serasi,
tapi serasa.
Bosan.

Adakala perlu ada emosi yang tunggang langgang,
supaya kita sedar akan kehadiran orang yang kita sayang.
Ya,
orang yang kita sayang itu akan sedarkan kita supaya tidak bermimpi di waktu siang.

Love,
Elle Nyna.

Wednesday, November 28, 2012

Lamanya!

Hi and Assalamualaikum.

Lamanya masa intern ini. Nak habiskan cepat-cepat. Tak larat nak hadap thesis yang aku tak start langsung and pergi office setiap pagi. Zzzz



Love,
Elle Nyna

Monday, November 26, 2012

Hi Monday Blues.

Salam,

Hi everyone!


Okay. Hari ini buat documentation.

Agenda gadis bujang ini hari :

Lunch.

Sleep.

Text dia.

Sleep.

5.30 pm.

BALIK.

Masak.

Bagi dia makan.

Kemas apa yang patut.

Tidur.
Goodnight everyone!

Love,
Elle Nyna.

Saturday, November 24, 2012

Saturday #2

Assalamualaikum, and hello everyone.

Today, si dia text and told me that dia won the best outfit for their night! Hehe. Congrats hubby. :) He went for a snorkeling, jalan-jalan, BBQ night, I bet dia pasti have fun all the time. Yaaa, for sure. While here I am, stuck at home, it was bored after all. Doing nothing much. But it was so fine. Without him, I still can have a good weekend, by watching Adam & Hawa, Brave. 

Yaaa, I’m enjoying my Saturday pretty much.
Having lunch with Keknis, Nescafe during evening, while crying over Adam & Hawa drama tv series, and Brave cartoon. Yuuu. T-T


By reading others female blog made my mind to settle down, get married, having babies. Fantastic! How lucky they’re, get married earlier than me, derrr. I miss him, I miss to have a nice conversation with him. He is such a good entertainer for me. Yay for that. And I miss him to wash my clothes. Yeehahaha! *gigle*


Hubby, if you read this !

I LOVE YOU.
I MISS YOU.

Love,
Elle Nyna.

Friday, November 23, 2012

Rindu, Apakah Rindu ?

Assalamualaikum and hello everyone in this sphere shape of world !

Aku rasa apa aku taip selalunya ayat yang mesti trademark, “kadang-kadang”, “adakala”, sort of. Well, aku rasa hak milik penciptaan perkataan itu, tiada siapa punya. Kalau dah nama Bahasa Malaysia, satu Malaysia bisa guna. Heh.

Aku bosan. Bosan tengok dinding, tapi tak rasa sepi seperti dulu. Adanya Kak Anis, Winnie, semuanya so far, best. (Ini perasaan aku ketika si dia berjauhan dengan aku) Buat masa ini, aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Orang kata, selalunya apa yang kita tidak suka itu boleh menjadi sesuatu yang kita suka/gemar. Am I right? Hari ini aku buat sesuatu perkara yang aku rasa luar biasa, aku lepak dengan orang yang aku cuba untuk mengenali mereka. Semuanya kakak-kakak yang lebih berusia daripada aku. The most important is, you respect everyone, then people will respect you.

Yaa, definitely. Alhamdulillah. Hari ini kerja berjalan dengan lancar. Walaupun agak sibuk minggu ini dan minggu depan, diharap aku dapat melaksanakan kerja aku dengan sempurna. I hope I will perform well during my internship. 10 jam credit. Okay ?

4 credit hours for “Project Paper” yang orang selalu panggil “Thesis”. Derr. Bosan. Tak nak sebut pasal thesis lagi buat masa ini. Aku rasa tak best. Sebab my advisor macam tak best. Tapi takpelah. Think positive.

Life is ain’t about you only. Rasanya ramai lagi yang ada cerita tersendiri. Heh.

Eh, wait a minute! Bukan tajuk entry adalah “Rindu, Apakah Rindu?”. Kenapakah aku lupa. Macam tak related je. Okay sangat melalut.

Washing machine rumah sewa rosak. Spinner dia macam tak jalan. Bukan macam lagi dah, memang tak gerak. Memandangkan aku punya masa amat terhad, sampai rumah pukul 6pm begitu, rehat sekejap, malam keluar picnic / makan-makan dengan si dia, balik rumah, “BUMP! Zzz”.

Okay, itu aktiviti harian. So kesinambungannya, aku tak sempat nak basuh kain. Jadi aku kumpul seminggu, aku minta tolong dia basuhkan kain aku sementara waktu, sebab aku memang tak cukup masa nak basuh. Kesian dia. Tapi takpelah, sekali sekala. Aku cuba untuk tidak susahkan dia. He is one in a billion. Wow! Treng teng teng! Serious, I do love him.

Bukan riak mahupun takbur. Aku cerita sahaja. Nanti anak-anak aku mesti baca kisah ini. Mama and daddy bercinta bagai nak rak, lalalala. Daddy siap tolong basuhkan kain mama lagi. Okay sayang, respect each other ya, and also tolerate, and help each other ! Berapa banyak each other aku nak letak, entahlah.
But I do promise to myself, that I always wanted to be a good mother, a good wife and a good daughter.
Kaya harta, tapi miskin budi bahasa. Kaya harta tapi lupa ibu bapa.
Jangan jadi begitu ya kawan-kawan?

Semoga awak baik-baik saja di Pangkor. :D

Love,
Elle Nyna.

Friday #1 Tanpa Kamu

Assalamualaikum w.b.t and hello everyone !

Tanpa kamu, aku kaget.
Tanpa kamu, aku sesak.
Tanpa kamu, aku kosong.
Perlu kamu, aku cinta.
Perlu kamu, aku rindu.
Perlu kamu, kesayanganku.

So, hari ini dia telah pergi ke Pangkor Island, A Trip of course. Organized by his lecturer of his Ethics class. Thanks to Allah s.w.t, semuanya berjalan lancar. Finally plan bulan lepas, dapat juga dilaksanakan dengan mudah.

Semalam hang out dengan mereka berdua, cukup hilarious! Si dia and kawannya. Macam kanak-kanak sekolah yang comel, sedang berbual tentang Trip to Pangkor Island itu ketika kami di UpTown 24 Shah Alam semalam.

Biar aku simpan seorang, adegan comel tersebut. Alahai. Comelnya dia berbicara tentang trip tu. Hehehe.

I miss you, I miss you so much. I will see him this upcoming Sunday. Going to miss you hubby.

I was so busy preparing for the big event (DisRuptEdu) of this company that I’ve worked for. InsyaAllah, harap semuanya berjalan lancar. Tak lama je lagi event ini akan berlangsung dan menamatkan nightmare aku beberapa bulan ini. (Stress)
Love,
Elle Nyna.

Thursday, November 22, 2012

I'm not okay

Hello friends,

and Salam!

I don't know why I'm like this for two days. Moody, rasa macam tak berupaya hendak ketawa. Mungkin sebab si dia hendak ke Pangkor, leave me alone for 3 days. Damn.




Love,
Elle Nyna.

Wednesday, November 21, 2012

Thanks KekNis !

Salam,

KekNis belanja Winnie Alfalfa Hay ! :D
Thanks KekNis!

Love,
Elle Nyna

Tuesday, November 20, 2012

Durian

Salam,

Hello everyone.

So,  yesterday was awesome. KekNis, Adib, Hubby and I went to a place that locate many durian. Okay, dipendekkan cerita, Winnie pun ikut juga. Winnie sudah pandai masuk dalam kotak tempat dia tidur. Before kami pergi makan durian, kami menyusul ke dataran berdekatan dengan Blue Wave Shah Alam, in short berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam. 

Hubby masak nasi goreng, yumyum. Kenyang! :D


Thanks hubby.


Love,
Elle Nyna.

Monday, November 19, 2012

Mari Belajar Bahasa Arnab

Sejak ada Winnie, aku mula baca banyak info tentang Rabbit. Info ini menarik perhatian aku. Tehehe
Selamat membaca!

Mengerik  gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

Honking ( bunyi seperti angsa) - inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

Mencium anda dengan perlahan - ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

Menggerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relax

Makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

Menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu

Berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba - minta perhatian

Cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

Jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

Arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia  untuk megawan

Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

Terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah


Sumber daripada LazzyBunny

Saya ada Winnie, awak ?

Salam

Sempena anniversary kami, dan hari-hari mendatang, makanya, si dia berikan saya seekor Rabbit. Derr. Comel sangat. First time jumpa dia terus jatuh hati. Actually, masa itu aku lebih tertarik pada warna kuning, coklat, It seems like he's the one yang jatuh hati pada si Winnie ini, makanya, aku pun suka juga. Sebab warna favorite aku. Bulu macam beruang pula. Weeeniieeeee omeyyy !


Kesian dia, agak pening sedikit travel sini dan sana. Tapi aku nak ajar dia travel sini sana supaya biasa dengan environment nanti. Almaklumlah, aku nak bawa dia balik Ipoh nanti. Ehehe. Winnie cepat besar, hari-hari aku rasa semakin besar si gemuk ini. Gulp. Sangkar itu, rasanya makin tak muat. -_-"

Keknis belanja Winnie jagung yang bervitamin. Supaya dia suka makan, dan dapat mineral + vitamin yang cukup. 

Semalam pergi picnic pun bawa Winnie. Alahai, suka pula aku bawa dia merata-rata. Aku tak minat sugarglider. Aku suka binatang yang berupa kucing, sebab bagi aku walau apapun, kucing adalah binatang yang boleh membalas kasih sayang kita. Purrrr. Aku nak dengar arnab ini berbunyi macam kucing. Zzzz. Lambatttnyaa !


By the way, thanks to him. Si dia yang belikan saya si arnab ini yang comel gemuk dan sihat. I want to find her partner, so dia boleh berkawan-kawan ! 

Kos jaga dia, ikut koranglah. Kalau nak berikan yang terbaik dan berkualiti, berikan yang terbaiklah, tapi mahal sikitlah. Macam aku, this is my first time bela arnab. So, let's try. Tengok samada Winnie mampu bertahan tak dengan aku. Heh.

Love,
Elle Nyna.

Sunday, November 18, 2012

Winnie !

Salam,

So hari ini aku dihadiahkan si comel yang bernama Winnie oleh si dia. Okay, esok upload gambar. :D


Love,
Elle Nyna.

Saturday, November 17, 2012

You are so kind baby

Salam.

Mood hari ini rasa macam nak jiwang gila. Tapi slow man, take it easy. Hehe. Well, today pergi office, lebih kurang jam 10 am baru sampai. AND the best part bila tertinggal handphone di rumah. Ya Allah, macam mana juga lah boleh tertinggal handphone kan, memang hari nyanyuk sedunia bagi aku. Kemudian, boleh pula tertinggal parking card di dalam kereta. Almaklumlah, semenjak kejadian kes kereta hilang di Plaza tersebut, aku cuak juga.

Aku try nak update pakai blogger.com, however, internet curi sakan, tak dapat nak buka. Lembab sangat. Jadi gunakan kaedah lain. Update guna Windows Live Writer. It will be a lot easier. Yes!

Nak dijadikan cerita, aku cakap pada si dia,

“Ye, hubby. InsyaAllah, pukul 5pm syg balik, itupun kalau boss takde.”

So, si dia pun tunggulah aku, dan bersiap sedia untuk jumpa aku jam 5.30 petang. Lantas, aku pula tak boleh lagi hendak balik rumah jam 5pm. Maka aku terpaksa extend jam untuk pulang ke 5.25 pm. Bolehlaaah.

Sesampainya aku di rumah, jam 5.50 pm. Aku terus menggapai handphone sepantas kilat. Dan ada 1 missed call juga 5 messages daripada si dia, yang menyatakan kelewatan aku. Alahai, kesian dia. –_-“ Hubby, am sorry.

Aku terus call si dia. Dan melafazkan kata-kata maaf membuat dia ternanti-nanti. Sadisnya. Cewah.

Aku cakap aku lapar, sebab aku tak makan lagi. So, si dia ajak pergi keluar jalan-jalan cari makan, memandangkan kami memang tak makan lagi, sebab saling menunggu untuk keluar makan bersama. Alhamdulillah, kami pun ada kelapangan masa, untuk keluar lagi hari ini. Bermula di Carrefour Seksyen 23, ke Giant di Setia Alam, seterusnya di Tesco Setia Alam. Memang tiada kerja, saja cari-cari barang keperluan untuk kami di rumah. (Part paling best bagi aku)

Aku cukup suka keluar dengan dia, sebab dia selalu ada untuk aku bila aku perlukan pendapat dia. Contohnya,

“Hubby rasa shampoo ini okay tak?”

“Hubby rasa mana shampoo yang best?”

“Hubby, Colgate ke Darlie?”

“Darlie best ke?”

“Hubby, nak Dutch Lady”

“Hubby, jomlah cari jap plastik sampah”

“Hubby, jom pegi sana beli jambu”

 

Hubby, itu dan ini. Pokpekpokpek. Entah apa saja yang aku bebelkan. Suhu badan aku meningkat. Rasa macam nak demam, tapi tabahkan diri sahaja. Malas nak layan. Semua itu psikologi. Hehe.

Banyak perkara yang kami bualkan. Walaupun hampir 2 tahun kami bersama, aku enjoy borak dengan si dia. Mungkin kami jenis banyak isu yang nak dibualkan. Isu semasa, gosip-gosip. Well, we love gossipping. (Sometimes)

Aku ada cakap nak delete blog ini, tapi si dia kata, “no, teruskan.”

Yes, yes yes yes!

And the best part is, he’s sweet.

Ayat terbaik dia hari ini,

“Kalau sayang nak pergi mana-mana, nak makan apa, sayang cakaplah, t I bawa”

Hahahahaha.

Aku balas, “Okay, kalau sayang nak makan Char Kuew Tiaw yang sedap kat Ipoh itu, sudi bawa tak?”

Dia balas,

“Boleh, takde hal. Jom”

Aku balas, “Tak mau lah, jom pegi Barra nak tak? Syg teringin la makan kat situ. Boring makan kat Drebung”

Balasnya, “Jom” sambil memandang ke arah aku dan tersenyum.

I am melted. Nak buat macam mana, dia handsome sangat bagi aku. Heh. Okay.

Dah macam novel pulak blog ni. Haih. Angau sakan. ^_^”

 

P/s : Semoga kalian bahagia selalu.

Love,

Elle Nyna.

Friday, November 16, 2012

Awak menyesal bersama saya ?

Salam.

He asked me one day,

"Menyesal tak bersama I"

I answered,

"Never".


Apa lagi yang aku nak dalam hidup ini selain kebahagiaan till Jannah? Dunia ini sementara sahaja. Kebahagiaan pada aku terlalu luas konsepnya. Terpulang pada setiap individu how they defined happiness in their own term.

But as for me, all I've ever wanted in life is happiness. 

Tak guna kau kaya, tapi sebenarnya kau papa.


Frankly speaking, untuk kebahagiaan yang aku ada sekarang memerlukan 7007 kesedihan dan tangisan. But, yes. Here I am. 

Aku ada seseorang yang selalu ada untuk aku. 

Selain Allah s.w.t,
Selain keluarga aku, (of course they're always by my side), HE always there.

It's almost 2 years back then. 
Having a nice and sweet kekasih hati, who always cheer me up. 
Never leave me alone in the dark. 
He always be with me, selalu.

Dia selalu menasihati aku,

Semuanya soal Nawaitu. 
Niat kau bagus, segalanya lancar. Niat kau silap, takde yang berkat.

Heh.


Buat mereka yang kurang mahir menulis, teruskan usaha. 
Tanpa usaha, siapalah kita.
Pada mereka yang sudah sedia ada memiliki idea dan mahir, 
biar penulisan anda menampakkan kebijaksaan,
bukan kepapaan anda dalam segala hal.


Rezeki orang masing-masing. Jangan persoalkan semua itu. Itu ketentuan Ilahi. 
Nak lagi berkat rezeki itu, jangan riak. Jangan lupa mak bapak yang selalu doakan kita. 
Dan kita sebagai anak, jangan lupa doakan mereka. 
Ingat mak bapak yang bersusah payah berikan kita apa saja, 
sehingga kita berjaya seperti hari ini.


Buat mama, dad, adik-adikku,

Terima kasih, i love you guys. 

Buat hubby,

I always love you. Terima kasih jaga I dengan baik. I know you read my blog. Ehehe.
You are my no.1 Silent Reader!


Okay, you're so handsomeeee  :P


Thanks for being loyal.

Thanks for always bring me up when I'm down. 

Your smile was so amazing. Just like a SUNSHINE.


KekNis, for sure, my beloved sister. I also love you.:D :D :D 

And buat seorang kawan aku yang ada, yang aku tak pernah rasa dia tiada, Alia Marliana.

Terima Kasih banyak-banyak. :) Love you, though we hardly see each other. 



Alhamdulillah, they're still in a good health,
and stay pretty & handsome.

Love,
Elle Nyna.

Wednesday, November 14, 2012

I am so happy.

Salam,

10.11.12 was a great day.
I am happy.
You are happy.
And everyone is happy.


Thank you mama, all aunties, uncles, untuk setiap usaha, peluh keringat di dalam majlis yang simple ini.


Love,
Elle Nyna.

Monday, November 12, 2012

Happy 11th.

Salam,


Kosong



Love,
Elle Nyna

Sunday, November 11, 2012

Just a quick update.

Hi and Salam,

Sorry, been busy by the way.




Love,
Elle Nyna