Tuesday, October 2, 2012

Bayar Saman UiTM bermula 1 - 30 Oktober 2012

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan sekali lagi. Entri ini untuk mengingatkan kalian bahawanya, saya ingin memberitahu yang saman UiTM (sekiranya kalian disaman parking / tiada sticker) setiap kesalahan bernilai RM100. Jadi, aku ada 9 helai saman, dan 5 helai saman tersebut ada 2 kesalahan. 4 lagi saman memiliki 1 kesalahan / each. Jadi, kiralah berapa aku perlu bayar ?

RM1400.

Tak hendak cerita (jalan cerita dialog antara aku dan polis bantuan UiTM) disebabkan aku dah malas nak fikir. Makanya, mengikut kata beliau, sambil menunjukkan surat diskaun, kita dapat diskaun sebanyak 90% untuk setiap kesalahan menjadikan semuanya RM140 sahaja. Tapi untuk CLAMP - 50% sahaja tau.

Jadi, aku dan kawan aku seorang lagi, will topup like RM70 / person untuk bayar saman tersebutlah kan. Aku akan bayar maybe minggu hadapan. Sebab sekarang kan aku sibuk intern. Aku berkesempatan untuk ke Kolej Raflesia bila aku jumpa advisor untuk thesis aku sahaja. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda belum konvo, silalah bayar saman anda sekarang !


P/s : Rasanya selaras untuk semua kampus UiTM bagi diskaun tersebut.

Love,
Elle Nyna.

2 comments:

aDam said...

macam mana nak dapat diskaun tu? aku call unit saman Uitm tadi dia kata saman aku berjumlah RM100 sebab takde sticker. dia tak sebut pun pasal diskaun ni.

Adam Hazman said...

assalamualaikum,
macam mana nak dapat diskaun tu? tadi call bahagian saman, dia kata aku perlu bayar RM100 utk kesalahan tiada sticker. langsung tak sebut pasal diskaun.