Thursday, June 28, 2012

What song fits you ?

Hai, salam.

Kalau perempuan, sukakan lagu disebabkan ianya berkaitan dengan dia mahupun orang lain. Its always relate to themselves. Tapi I think kalau lelaki, mostly suka lagu berdasarkan music of the song, and yet, they will not focus on the content. Unless kalau lelaki itu memang jenis ada bunga-bunga di dalam hati, every song sangat bermakna bagi mereka.

Macam aku, aku sukakan lagu based on two things. Lyrics and the music. Sometimes, the song tak lah best mana, tapi lirik itu sendiri buat aku berminat untuk dengar selalu, lagi dan lagi. Contohnya, lagu Far Away by Tyga ft. Chris Richardson, Won’t Give Up on Us by Jason Mraz, Payphone by Maroon 5, etc.

And others song yang aku tak minat pun nak faham lirik dia, contohnya macam lagu Fun – We are young, Korean Song, OST Secret Garden, Boys Over Flowers and Meteor Garden. Hahaha. Okay just finished 20 episodes of Secret Garden. Best, awesome. Suka gila cerita itu. Selalunya, kalau cerita Korea, aku akan skip, skip dan skip untuk move forward because I am scared to know what happen then. Tapi cerita ini aku tak akan skip pun. Sebab jalan cerita yang memang fairy tales. Haha. I feel like I want to have that kind of love story indeed. Satu drama yang orang kata penuh dengan inspiration, motivation juga lah. Yes, kan kan?

I miss my boyfriend. Pernah tak kau rasa kau tak akan jumpa dia dah lepas ini? Macam itu lah aku rasa sekarang. Erm. Sedih pula. Tukar topik lah.

Semalam kan aku puasa. Rajin pula aku puasa sekarang ini. Dahla tak rasa lapar langsung. Lagi-lagi hujan di Shah Alam. Erm tak sabarnya aku nak exam Ahad ini, walaupun aku belum lagi buka buku untuk study semuanya. Tapi yang pasti, sekali lagi, alhamdulillah, jadual exam UiTM memang the best! Setiap semester susunan dia sangatlah terbaik. Apa yang aku suka sangat jadi student UiTM because, UiTM ada lecturer yang awesome! Semuanya macam ibu bapa aku. Ada toleransi. Walaupun mereka ada Dr, Prof, or whatever it was, but I can say semua lecturer aku semester ini terbaik sangat. Tehhee. Ya lah, dah nak habis semester. Lepas ini tak jumpa lecturer dah. =_=” Takde sesi hantar assignment. I will continue my master. Maybe lepas kahwin (kalau kahwin). InsyaAllah.

Hahaha. Okay, I have my boyfriend back. Thank you for this opportunity. Bila nak exam, memang aku akui, boyfriend aku lah yang akan jadi kawan paling setia yang sentiasa menemani aku untuk exam. Makanya, kalau aku dapat A untuk paper itu. beliaulah orang pertama yang akan jadi insan yang sentiasa membuat aku untuk selalu dapat A, selain kedua ibu bapa ku lah. Because my parents bukan jenis ibu bapa yang meletak harapan tinggi pada aku, walaupun nama aku bermaksud Harapan Kami, Alif tau, bukan ‘Ain. Alif, Mim, Alif, Lam, Ya, Nun, Alif. Spell nama aku betul-betul sikit. Yang pasti, ibu bapa aku selalu berharap yang anak dia ini berjaya di dunia akhirat. Hehehe. Itu aku yakin sangat. Haha. Aku rindu mereka. Tak sabar nak cuti. Sebab nak tunggu hari-hari di pintu, welcome them bila pulang dari kerja, mencari rezeki untuk anak-anak. Korang ada tak buat macam itu? I want to be a good daughter for them. :D

Aku tengah study SM ini. Pening kepala. Itu yang buka lappy terus capai Windows Live Writer, and sambung blogging. Hihihi. Aku rasa blogging akan jadi satu tabiat aku untuk release kan kepeningan kepala aku. Satu lagi perkara yang buat aku pening, internship aku di Siemens. Kalau difikirkan semula, punyalah jauh nak practical kat sana. Tapi takpelah, janji dapat international company. Buat kerja bagus-bagus, mark up nama sendiri, nama ada market, people pun eager nak beli kita punya diri, I mean in a good way, you market yourself okay? That’s it.

I love my boyfriendddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd ! Hahaha. Since he know yang aku nak exam dah, dia rajinlah belikan aku makanan dan minuman yang berkhasiat untuk aku. Ye lah, dia macam my dad, mesti nak girlfriend dia makan makanan yang berkhasiat. Sayang sayang sayang sangat pada awak. :)

Selepas aku print assignment aku (Journal Critique) yang setebal 84 muka surat ini, jadi, hari ini sampai sahaja di Giant, timbang berat badan. You know what. I gain weight for a kilo, while si dia, decreased by a kilo also. Maknanya, 1 Kilo berat aku, aku curi dari berat si dia. ;P Kira sendirilah.

p/s : Esok picnic. Dia nak masakkan sesuatu untuk aku dan dia. Ehem. Aku nak exam, kurang ada masa nak main masak-masak. Haha. Goodluck hubby for Mandarin tomorrow ! Thanks again, my beloved hubby.


Love,
Elle Nyna.

Tuesday, June 26, 2012

Megan Fox is pregnant !

Megan Fox and her husband, Brian Austin Green

Megan Fox, 26. She's pregnant. Hahaha. Aku tak suka dia sangat. But I think, I love this photo, because it looks like 'the magical of woman's pregnancy'. Cute isn't it? The tummy. Errr. :) 

So today I went out with my beloved boyfriend. Teman si dia ke Unisel, settle everything, and then we went for a lunch, Sunway Pyramid, and finally, having Satay at Section 2. Well I guess it's delicious. 5 pieces pun dah cukup mengenyangkan. Thanks hubby, i love you. :)


Okay, bye. :)


p/s : Goodluck to everyone. Final is getting near. ;D

Sunday, June 24, 2012

Ahh, jumpa punn !



Ever since a kid, pernah tak kau impikan sesuatu macam Crown or Gown, or whatsoever girls’ dream? Hehehe. Aku pernah impikan sesuatu, tapi akhirnya aku dapat. Tehehehe.

My boyfriend always think about me, at the very first place. Hari ini, maybe I’m a little spoiled brat, then, aku macam merajuk sedikit lah, a little baby crying over a bottle of milk, macam itu lah lebih kurang the situation. But then, at night, he bought me nasi goreng daging, yum2. It was fun though to have a boyfriend like that. Somehow, I wish that he was my prince charming that always brighten up my day almost everyday.




I love you so much.

Since my first paper would be on the 1st July, I have to struggle. Strive hard ! Gambatte o kudasai !
Semoga aku dan dia berjaya, di dunia juga di akhirat. InsyaAllah, amin.

p/s : Need to gain weight !

Triple T

Hai people and salam.

Hari  ini aku terasa seperti hendak menaip dengan banyak sangat jumlah words aku, dan kalau boleh biarlah ianya mencecah 2000 words – Aih, dah macam report International Legal Framework pulak kan? Siapa yang tiada masalah, memang tipu. Semua orang ada masalah, and some people choose NOT TO reveal their problems. Macam aku, aku rather to let go all my problems to Allah s.w.t. Because Allah Maha Mendengar. I know. Adakala, bila manusia ditenggelami dengan culture yang semakin pudar dengan nilai-nilai murni, well you know, seperti saling menghormati, saling menolong,empati, dan juga sebagainya. You should know those values right ? Hmph. Bila manusia sudah hilang semua nilai itu, makanya jadilah manusia yang biadab, kurang ajar, kadang-kadang aku rasa macam nak curse and use bad word to the person, well. Aku agak panas baran, ego, dan adakala aku lebih suka menyendiri. Itu sikap aku dari kecil sampai dewasa. Kalau nak tengok aku lepak mana-mana, confirm susah nak jumpa. Sebab aku suka jadi kera sumbang, tetapi kera bukanlah aku. Menyendiri, sendiri, aku lebih suka sikap individualistic di dalam hidup aku di mana aku kurang bergantung pada orang, nak berharap jauh sekali. Disebabkan nilai hidup kera aku tadi, makanya, hidup aku selalunya, ditemani oleh seorang kawan, dan juga seorang kekasih. Bagi aku, boyfriend aku ialah yang aku betul-betul boleh kawan dengan dia. Kannn.

Kekasih pada aku seorang yang akan memegang dua title. Dia lah kawan aku, dia juga kekasih hati aku. Di mana aku boleh bergaduh dan memaki bersama-sama dengan dia sampai air mata aku menitis, tapi aku tak benci, cuma mungkin perasaan itu hilang begitu sahaja sebab kita tak simpan. Perempuan kan suka pendam. Sebab itu banyak kes mengungkit. Perempuan memang gemar makan hati sendiri. Tapi pada aku, kekasih aku selalunya akan cuba juga lah penuhi apa sahaja aku nak. Setiap masa, waktu dan harinya adalah untuk aku. Begitulah ceritanya.

Memandangkan kawan dan boyfriend aku sekarang banyak masanya harus juga diberi kepada kawan-kawannya lain, makanya aku cuba juga timbang rasa sebab aku faham, (timbang dan rasa?) lelaki manakan boleh dipisah dengan kawan-kawan mereka. Jadi, bab itu, memang aku tak kisah. Pada aku, mungkin sebab status kita masih BELAJAR, makanya kita kena cuba faham banyak perkara, jangan pentingkan diri sendiri. Itu sahaja aku nak pesan. Once you get into the real world, bila kau dah bekerja, confirm, pengurusan masa kau akan lebih terhad. Misalnya, kau bekerja dari pukul 9 pagi – 6 petang. Habis sahaja kau kerja, kau nak balik rumah kau memakan masa 1 jam, mandi juga sebagainya, kemudian kau perlu bersiap-siap untuk bertemu kekasih hati kau, makan bersama, kalau tak makan sama-sama ada yang baling periuk dan sebagainya. (Okay, bukan baling periuk mungkin baling benda lain seperti baling barang kesayangan dia ke?) Haha. Okay, move on. Lepas kau jumpa girlfriend/boyfriend kau setiap hari, kau akan jemu, bosan, muak, gaduh, atau makin sayang, ataupun tak tahu nak cakap apa, etc. Entah, tiada variasi di dalam hubungan susah juga. Aku harap aku tak begitu. Kami tak begitu. Apa yang aku impikan di dalam hidup aku, mungkin agak besar bagi aku, dan sukar untuk orang lain laksanakan. Impian aku setinggi bintang di langit, manakan ada tangan yang boleh menggapai, tetapi kalau ada usaha, kita akan jadi seperti Satellite, mahupun roket ataupun kapal terbang, dihasilkan oleh manusia, yang berusaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Aku ada impian aku sendiri, dan aku percaya semua orang ada impian tersendiri. Tetapi impian aku pasti tak sama macam orang lain, dan aku rasa aku berhak untuk simpan semuanya sampai ianya menjadi realiti. (Pretending)
Dari kecil sampai besar, aku anak sulung yang manja sebab mama and daddy always try to spoil me with everything that I want but always with a condition. Well you know, like this,


“Kakak, if you want this, you have to read and finish this book okay?”, Kau tahu tak, dulu masa kecil-kecil aku suka sangat pada kanta pembesar, comel, aku ini dari kecil suka benda macam scientific sikit, maybe. Ala-ala unique gitu. Aku berjalan-jalan dengan parents aku, maybe masa itu aku berusia 7 tahun. Tiba-tiba, aku ternampak kanta pembesar di dalam kotak. Jadi, aku lantas terus mengutarakan pendapat aku yang bernas itu pada kedua ibu bapaku yang memang baik hati dan penyayang. So, lepas sampai sahaja rumah, aku kena baca buku dulu sampai habis, then my dad will go to the Parkson again, and bought me that kanta. I’m so overwhelmed. Terharu ada mak bapak macam tu tahu tak? Aku suka baca buku dari kecil sampai besar. Walaupun aku ni malas belajar, tapi, aku suka baca. Tambah ilmu lain. Sebab itu aku pegang 2 jenis ilmu yang berbeda. Civil Engineering dan International Business. Aku belajar bukan sebab terpaksa, dah memang aku ini malas bekerja, nak bekerja itu bukan aku lah kan. To be honest, aku juga bukan ulat buku yang jenis memanjang sahaja dengan buku. Sebenarnya, aku tak suka orang tengok aku dengan buku sahaja sepenuh masa. Ada satu waktu sahaja, maybe kadang-kadang aku rasa kosong, macam tak biasa buang masa tanpa membaca.

I still remember that masa itu lepas balik dari jalan-jalan dengan parents aku, aku teringin sepasang kasut merah sampai menangis tahu tak. Kemudian, my dad sekali lagi pergi belikan. Terharu. I love my dad, and I love my mom. Mama selalu belikan kami bear-bear, dan katil aku memang penuh dengan teddy bear, sebab aku memang dasar anak manja melampau. Walaupun aku manja, tetapi, aku tahulah erti komitmen, mungkin sebab didikan mereka.

Entri ini khas buat abah tersayang, manalah tahu umur aku tak panjang. Mungkin ianya boleh menjadi tatapan semua. 

Aku mengeluh sendirian sambil menaip semua ini.

Apa yang aku rasa sekarang tak dapat dijelaskan hanya dengan kata-kata. Kita ini budaya Implicit. Kita bukan explicit – straight forward kan. Oleh yang demikian, sebab itu aku rasa dengan menaip semua ini aku rasa lebih cool, sebab aku boleh taip dengan laju dan setiap taipan aku semuanya dari hati dan otak aku. Akal sedikit. Erm maybe 20%.Mungkin sesetengah orang, sambil menaip dia tak guna akal, sampai tak terkawal emosi dan perasaan, itu sebab kadang-kadang ada blog penuh dengan makian. Walhal aku, walaupun sesakit hati mana aku pada orang-orang tertentu, aku lebih suka tidak menulis kesemuanya di dalam blog aku. Biarlah empunya badan sendiri mengenal pasti kenapa dia terpilih untuk menjadi salah seorang daripada di dalam senarai orang yang buat aku annoyed.

Aku cuba tabahkan diri sekarang ini. Memandangkan, aku sudah hendak habiskan tahun terakhir aku dengan practical, dan tak sabar untuk habiskan degree aku, bekerja, kumpul duit dan beli apa yang aku mahukan guna duit aku sendiri. Ya lah, kalau kita minta boyfriend, orang akan kata untunglah, ada juga some people said, “tak adil”. Nahh, whatever it was. Dulu aku tak pernah fikir pun perasaan orang. I am a bit cruel. Seriously. But now, since aku dah makin dewasa, aku mula belajar untuk fikirkan hati semua orang. Orang cakap aku baik, ya, memang. Tapi adakala, aku kejam juga. Terpulanglah pada orang yang betul-betul kenal aku. Tapi bila aku dah tak suka seseorang, memang, kesannya lebih teruk pada orang yang sayangkan aku. Haih. Nasib badan, silap sendiri. Hati bukan suatu benda mahupun perkara mudah. Hati itu lah akar kepada diri orang itu sendiri. Kalau orang itu hati busuk, maka memang busuklah orang itu walaupun dia pakai perfume berjenama, ataupun rupa dia handsome atau cantik. Once dia dah jadi busuk hati, memang dia umpama bangkai bagi aku. Ya lah, siapa mahukan orang yang hati busuk ? Takde siapa nak. Tapi adakala, kita tak sedar yang hati kita ini busuk. Tak boleh lihat orang senang. Segelintir manusia memang begitu. Kalau nak disebut satu per satu memang tak lah.

Aku seronok sangat sebab sudah habis belajar, dan tak perlu berjumpa classmates aku. Ada sesetengah daripada golongan budak kelas aku yang aku kurang gemar untuk berkawan. Mungkin sebab mereka terlalu High Class kononnya, berkawan hendak dengan orang kaya, kononnya. To be honest, they are jerk. Enough said. Tak semestinya orang yang kurang bersuara di dalam kelas, mereka tak pandai. Kalau mereka tak pandai, kenapa mereka masih belajar, sekurang-kurangnya mereka sedar yang ilmu itu penting bagi mereka. Betul?

Aku rasa dari sekolah sampai ke Universiti, aku boleh stick 2-7 girlfriends. Yang boleh betul-betul ngam maybe 2-3 orang. Aku tak macam sesetengah gadis normal lain, yang always hang out selalu dengan girlfriends. Aku ambil masa yang lama untuk ngam dengan seseorang kawan perempuan. It was hard. Entah kenapa. Mungkin aku tak suka perempuan typical yang gedik, flirting, nahh. I don’t know. I just don’t like it.
Aku tak tahu apa masa depan aku, apa kisah aku di masa hadapan. Apa yang aku impikan ialah, kebahagiaan. Itu sahaja. Baik di dunia mahupun di akhirat. Walaupun kita banyak duit, tapi kita tak bahagia, pun susah juga. Walaupun kita ramai kawan, tetapi tiada orang yang boleh membahagiakan kita, satu hal juga kan? So, I always stick to my boyfriend as I always know that he always being such a good friend.

Thanks to him.

Aku tak suka burukkan orang yang aku sayang, apetah lagi di blog. Bagi aku, setiap orang ada lah kelemahan, kecelaan masing-masing, cuma bezanya, sejauh mana kita boleh terima keburukan dia tu kan. Kita semua manusia, dan aku percaya semua orang ada hati, yang membezakan kita, sejauh mana lembut atau kerasnya hati seseorang itu, betul tak?

I love myself.

To my self, sabarlah. Tiada kerugian jika kau bersabar. You are one in a million to your daddy’s life, and mummy’s life. You are too-many-stars to your sisters, and little brother. And, I am his greenstar, I hope that it will be forever.

Love,
Elle Nyna.

Saturday, June 23, 2012

Thank You Hubby

TQ


Salam, and Hai. 

So, today is Saturday. Aku dalam kelas. Semalam aku stay up until 3 am di UiTM Shah Alam library dengan kawan-kawan semata-mata untuk siapkan presentation legal hari ini. ya Allah, aku tak cukup tidur, rasa nak tidur lagi. -_-"

I would like to thanks to my boyfriend, gorengkan bihun untuk saya sebelum pergi kelas tadi. 7 pagi dia bangun untuk masakkan semua ini. Tehehe. Terima kasih sayang. Love you so much. I appreciate it.

Okay, aku nak ready untuk presentation selepas ini. Bye.


Love,
Elle Nyna.

Friday, June 22, 2012

Nak pergi ke tak ?

Hai !

I received an internship offer, at Siemens Malaysia Sdn Bhd. Entahlah. Nak pergi ke tak ? -_-"

Wednesday, June 20, 2012

I love you hubby

Hai, salam anddddd good night, eh good morning !




So today I was fasting, entah untuk hari ke berapa. Yang pasti, puasa sahaja sampai tak mampu lagi nak puasa. Terima kasih to Fero and KekNis sebab willing to accompany me untuk berbuka puasa tadi. :D
Pagi kejap lagi, kena gerak awal, sebab kelas Negotiation awal pagi untuk paparan video Nego. Ehem. Mungkin tak bagus macam group lain perform. -_-" Hampanyaaa.

Esok juga dapat Test 2 untuk Nego. Test 1. Full Mark. Alhamdulillah. Test 2 entahlah dapat berapa. Puan cakap ada 2 orang dapat full mark, and 2 orang dapat zero. -_-" Adakah aku yang dapat "0" ? Test 2 untuk SM, cancel. Ditukar kepada hari Khamis. Esoklah kalau dapat paper Test, aku upload. Hahaha. :D :D :D ;P

Okay, I'm so sleepy. Esok kena bangun awal. Nak puasa lagi. Hehe :D :D 



Bye,

Love,
Elle Nyna.

Sunday, June 17, 2012

One of the happiest moment ever.

Hello, salam and Hai. 

Baru balik dari makan malam dengan Fero and Keknis di Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Ehem. Hari ini seharian duduk rumah, tidur, weekend yang paling awesome sebab dapat berehat setelah melalui dua minggu yang sangat sesak larat. Tapi apakan daya, kelas Legal, aku tahu, pasti akan sesak nafas, tercungap-cungap untuk menjawab soalan yang bakal diaju bertubi-tubi semasa presentation hari Sabtu ini.

Final exam dimulakan dengan paper Strategic Management, dan diakhiri dengan Legal.

Cuaca sekarang tak menentu, jerebu, makanya, aku terasa seperti sakit tekak, dan oksigen yang ku sedut tak berapa nak fresh. Konon -_-" Haih.

Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa ku, insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan. Terima kasih mama, abah. I love both of you. Tak sabar nak final. Aku macam biasa, selalu sahaja pretend like already finished read and study everything. Confident itu penting. Tapi jangan over confident, kelak kau kecundang. Amik kau. Aku malas nak over confident sangat, tengok macam blog hari itu, 1st memang kena REDO. Finally, hasilnya, ya Allah, terima kasih banyak-banyak kepada Allah s.w.t sebab bagi aku idea yang bernas. Aku tak harapkan kemenangan, cukup bagi aku kalau lecturer cakap semua benda aku buat, disudahi dengan,

"Very Good!" 

"This is what I want"

"Yes, you're good"

Ya Allah. Berbaloi rasanya tidur lambat sehingga 3 pagi untuk siapkan semua itu. Terima kasih ya tuhan. You never know bagaimana rasanya. Suatu kepuasan, dan sangat berbaloi. Seriously !

Aku sekarang agak mengada-ngada dengan boyfriend aku. Ahahaha. Suka hati aku sahaja nak demand itu ini. Kesian dia. Tapi dia baik hati. Semua benda aku nak, dia selalu cuba dapatkan. Buat sahaja muka comel, confirm dapat. Hahahahaha. I love you so much sweetheart! 


I love my family. Selamat hari bapa buat babah yang tersayang. :) Terima kasih untuk segalanya ! Okay, nak sambung tengok Resident Evil dengan Keknis. Bye, semua. Goodnight !


Love,
Elle Nyna.

Saturday, June 16, 2012

Since I Errr..

Memandangkan malam ini aku akan ke BBQ Party di Seksyen 7 Shah Alam, (cover up aku tak pergi ke Pre-Graduation Night), - Plus, aku ke BBQ Party untuk subject Issue. Fuhlamakkkk.

Ayat memang tunggang langgang sungguh. Okay, harap segalanya berjalan lancar. Tata.

Agak-agak

Berangan kejap.

Agak-agak boleh menang tak blog

sandyhandyellenyna.blogspot.com

Harap okay kot. tak larat nak betulkan lagi.

Want to say something

Hai and Salam,

Hello guys. How are you ? Alhamdulillah, presentation of the blog succeed ! Tunggu untuk Sir analyze and decide who is the winner ! Kalau ada rezeki, bolehlah bawa kesayangan-kesayangan saya belanja makan yang awesome! 

Baca title tak ? Hm, tu lah kan. I nak cakap sesuatu. Basically, bukan pasal sesiapapun. Saja-saja. Cuma ada things yang aku rasa tak patut untuk seseorang itu persoalkan.

Contohnya,

Isu pertama : Girlfriend / Boyfriend vs. Kawan.

To be honest bagi aku, kawan penting juga, ada benda yang kita enjoy bila bersama dengan kawan, dan ada things yang kita boleh share dengan mereka. Dan pada aku juga, boyfriend juga penting, sebab dia selalu ada, untuk kita, unless dia tak selalu ada untuk kita, kita bebas memilih 'kawan'.

Okay, kenapa aku kata boyfriend penting. Aku tak tahu lah orang lain, kan. Macam aku, cara hidup aku, dan kawan-kawan perempuan aku, biasanya lah kan, semua jenis bawa arus masing-masing. Tak payah nak touching lebih, once you got your own life, you've made the decision to follow the path that you have chosen right? Bagi aku, kalau kawan yang baik, tak semestinya kita kena contact dia setiap masa, saat dan waktu, dan mereka tak kan mengungkit pun atas apa yang telah mereka lakukan buat kita.

Cuma aku beruntung, alhamdulillah. Kawan-kawan aku bukan jenis talk shit behind my back. Kawan paling setia, Jehan, Marliana, Keknis, Izzati, Syima. Thank you guys. Love you so much. Mereka selalu ada, hadir bila aku perlukan pertolongan mereka, mereka tiada sindiran sinis, contohnya,

'Bila ada masalah baru cari aku'

'Bukan nak message'

'Jangan ganggu aku'

No, tiada langsung dan tak pernah. Bagi aku, the value of friendship is something yang kita tak perlu nak cakap langsung, kita tahu menilai, dan kita selalu doakan kebahagiaan untuk mereka. Kerana aku percaya, hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas budi baik jasa mereka. 

Yes, aku tak ramai kawan yang boleh lekat, atau sekepala dengan aku. Seriously. Tapi, walaupun begitu, aku seronok sebab walaupun aku tak ramai kawan, namun, orang sekeliling aku, semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah. :) Terima kasih Allah s.w.t. 

Boyfriend aku pula, tersangatlah baik buat aku. Walaupun orang kata dia EGO, ataupun keras kepala, tapi aku memang faham perangai dia begitu, so, tak payah nak paksa or kutuk dia sangatlah. Bagi aku, kalau kita faham perangai dia macam mana, cukup kalau kita tak payah nak merajuk tak tentu pasal dengan dia. I know my boyfriend well, because aku bersama dia untuk 1 tahun dan 4 bulan, I analyze everything tentang dia, juga family background dia. You don't have to talk shit about my boyfriend if you don't know him personally okay?

Aku kenal dia sebagai kawan juga kekasih. I found banyak different side tentang dia. SO that, I hope those people try to be matured enough. 

Oh, hari itu aku hendak berbuka puasa, almaklumlah, aku kan tiada sesiapa di Shah Alam ini, kawan baik aku, juga merangkap boyfriend aku menjadi peneman setia, sudah pastilah dia sentiasa ada untuk aku. Aku nak berbuka puasa kot. Takkan nak aku berbuka puasa seorang diri ? Sama juga macam aku nak ke UiTM Puncak Alam, 8.30 pm - 10.30 pm, tak kan juga aku nak drive seorang diri ? Betul tak ? Kalau you ada girlfriend, you mesti nak dia selamat. Boyfriend aku memang jaga aku 101% okay. That is why dia teman aku ke sana. Thank you KekNis and Fero. Apa aku lakukan untuk boyfriend aku, tak perlulah aku selalu cerita, sebab, aku bukan jenis hendak mengungkit semua benda untuk tunjuk aku ini baik gila. Pada aku, antara kekasih dan kawan, aku pergi pada kekasih dahulu, sebab, kekasih ni (yang betul-betul ada role of kekasih) kau kata lah dia apa jadah sekalipun, dia masih bersama dengan kau, nak touching paling lama pun 2 minit, itu kekasih. Kawan sepatutnya lebih memahami dan cuba faham kenapa kawan kau itu pilih kekasih berbanding kawan. Buang masa kalau nak gaduh sebab kawan kita itu pilih kekasih berbanding kawan. Umum mengetahui, bila kita sudah sayangkan juga cintakan seseorang seikhlas hati kita, makanya, kita akan bertindak sebagai Protector, untuk sentiasa melindungi, menjaga dia sebaik-baiknya. 

By the way, entry ini memang sekadar untuk luahkan perasaan aku. Adakala wujudnya orang tak tahu menilai erti persahabatan yang sebenar. Persahabatan bukan dinilai dengan DUIT. Money is not everything. Persahabatan bukan dinilai dengan kata-kata, juga bukan dengan barang berjenama. Aku dan boyfriend aku, bersahabat dahulu, then bila dah tahu segalanya tentang dia, baru boleh keep on ke next stage. 
GIVE and TAKE  bermaksud,

"Aku boleh terima kau seadanya"

Kau faham keadaan dia, kau tahu siapa dia, dia siapa pada kau, dan sebagainya. Lagipun we know that, kita bebas berkawan dengan sesiapapun, yang penting, bila kita berkawan itu, pastinya kena ada keikhlasan. Kerana, Allah s.w.t Maha Mengetahui. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita. Kawan sahaja dengan semua orang, dan tak payah nak terasa diri itu terikat untuk ada kekasih, juga akan salahkan orang lain, kononnya lebih pentingkan kekasih. GO get a sweetheart, then you know how well you will protect him/her. Kita lebih cenderung untuk salahkan orang lain, tetapi, apa pun, sila cermin diri dahulu, dan analisa kelemahan diri kita sendiri. Unless, memang betul kawan kau itu dah muak dengan perangai kau, kalau kau sendiri yang asyik touching, siapa tak muak dan terasa nak muntah. Sudahlah sama jantina. Aku and my girlfriends if ada yang terasa, selalunya isu yang besar, okay. Takde lahh nak message,


"kau pentingkan boyfriend kau daripada aku"


We know that, kita akan selalu pentingkan orang yang memang kita sayang, dan cinta betul ? Unless kau tak cinta. Hahahahahah :)


Entahlah. Ini pendapat aku sahaja. My personal view of point. Heh. Dah nama blog aku, kan. :)


Love,
Elle Nyna.

Monday, June 11, 2012

I'm so tired

Hai Hai Bye.


Rasa macam nak demam, tak cukup tidur. Esok presentation. I am the first presenter. Harap tak kena REJECT sekali lagi. Selalu jadi macam itu. Bila kita dah bikin yang terbaik, (hello this is my field), but others perception and preferences are different, right ? Hmph ! What to do. Just accept the fact that I'm not cool, and best enough to compete all my friends whom their blog are way too far good than me ! sobsobsobsob. :'(

Haih.

Hari yang memenatkan. Belajar itu memang best kalau duit banyak, kau memang ada business sendiri time belajar, semua benda pakai debit card, dalam akaun kau ada RM1 Juta setiap bulan. Pergi kelas pakai whatsoever car yang nampak mahal juga roadtax kena bayar lebih daripada RM1k setiap kali mahu renew, dan di mana kau suka disaman setiap hari kalau boleh sebab kau memang suka bawa laju. Kannnn. Awesome !! Haha. 


Dah terlampau merapu aku ni. Jauh sangat pergi. Harap esok berjalan lancar. I want Big Mac ! 



Love,
Elle Nyna.

I cannot sleep

Hai, Salam, Everyone who still awake at this moment.


Ehem. Dimulakan dengan bismillah. Hari yang aku lalui kini lebih bermakna, setiap titis air mata menjadi suatu permulaan bagi setiap langkah ketabahan juga kesabaran. Duka menjadi kekuatan, Manis menjadi kebahagiaan, penyeri setiap pagi.


Aku tak boleh tidur mungkin kerana caffeine yang disediakan oleh KekNis tadi. Haih !


I miss him. Happy 7th, my love.





Love,
Elle Nyna.

Sunday, June 10, 2012

Baby Adammmm !




OKAY, cukup. Biar gambar jadi tukang cerita ! Hehe :)


I am getting thinner ! FINE with it.


Bye.

You make me smile

Hi and Hello also Salam to All Muslims !


Feel very distracted dengan semua benda yang melanda hidup kini. I think my abandoned blog ini dah jadi macam sarang tebuan. Berkerak rasanya ! Actually, hari itu I went to KLIA dengan si dia. Haha. Later on I will update the photos because currently those photos ada dalam handphone si dia. Will update, will. will. InsyaAllah. But, I love those photos. I can't wait to have the best and lovely marriage life, perkahwinan yang bahagia, awesome. Hahaha I wish I'm going to be happy forever, and we will be like together until in Jannah.


Amin.



What am I going to do now, is wait until the right moment telah tiba, and put effort ! Ye, if hendak kahwin and happy, for sure we need money. Kalau sekadar cinta, ungkapan, tetapi tiada usaha ke arah itu, boring juga. Tehehe.


So, I'm serious enough to find a job, get lots of money, and mata I akan ada simbol duit. OKAY OKAY. LIKE LIKE.


From google.

I wonder what am I going to be next in the future ? Phewyhhh ! Hey ! Seriously I was like, 

"Oh Allah s.w.t, indahnya anugerah yang kau telah berikan kepadaku.."

di saat I saw him hold his nephew - Adam Haiqal :)


So, I wish for a happy ending of my love story.


Love,
Elle Nyna

Sunday, June 3, 2012

Okay fine.

Salam.

Kalau aku tak update je, mesti semua bintang Nuffnang hilang. Okay, takpe. Takpe. Aku akan update.



OKAY. Aku tukar URL Blog untuk E-Commerce Class Project aku.

This is the BLOG.



Do Come and Visit. Bye Bye. :D


Gambar sebelum balik Ipoh seorang diri meninggalkan kekasih hati. *wink*

Okay, fine. Sebelum aku tamatkan Bye aku, aku nak bagitau, yang aku memang superb busy, banyak benda nak kena catch up. Kalau tak memang ketinggalan keretapi. Alhamdulillah, aku doakan semua kawan-kawan yang sudah ke alam rumah tangga dan bakal-bakal menjadi suami dan isteri, tahniah diucapkan. Semoga cinta kalian berkekalan sehingga ke syurga.


:)


Love, 
Elle Nyna.