Monday, April 30, 2012

A bad day ! Really.

Hai and Salam.

Macam biasa, kalau kau janji nak balik tempat kau belajar hari esok misalnya Ahad kan, tengok-tengok kau saja melewatkan masa kau bergerak, 

"Kejap lagi lah, ermmmmm seronok pula landing atas katil yang besar dan empuk ni"

Finally, you've made up your mind to force yourself drive kereta on Monday morning, and kau kena bangun pukul 6 am untuk siap segalanya. SANGGUP. Asalkan kerana kemalasan yang ada. Apapun, aku manage to skip kelas Negotiation. Tak sempat pun pergi. T-T Menyesal tak sudah. 


Rindu pada boyfriend tak pernah hilang. Tak lama je lagi untuk berjumpa si buah hati pengarang jantung saya. Yey ! Lepas ini boleh upload gambar-gambar terbaru. Hahaha. *Smilingalone*


Ada banyak benda aku nak discuss, tapi salah satunya yang paling jelas ialah tentang adanya rakan sendiri cemburu dengan apa yang kita miliki. Tak fahamlah kenapa, kan ? Aku masih berfikir sampai sekarang !


P/s : Bad day, banyak sangat tekanan. Emosi tak stabil. Biasalah, manusia.



Love,
Elle Nyna.

Saturday, April 28, 2012

Stop Counting

Hello and Hi , Salam Everyone.

First of all, seminggu cuti semester yang UiTM bagi memang aku guna sebaik mungkin. Alhamdulillah. (Suka sangat!) Sebab dapat tidur, makan, bangun celik mata sahaja, call, messages, facebook, blog, television, and I did everything yang student biasa lakukan bila cuti. Erm bukan student yang kategori rajin tau, aku akui aku malas. Sepatutnya cuti sebegini dilakukan untuk revisi ataupun menampal nota di dinding, tapi harap maaf, hilang fokus buat masa ini. Lebih menumpukan perhatian pada kasih sayang keluarga, sebab jarang dapat bersama mereka.

My love story never ending. Alhamdulillah sekali lagi. Memiliki kekasih yang superb awesome, memang menawan hati saya. Ehem :) Cinta Hati ku yang seringkali membuat aku tersenyum sendirian. Haha, terlebih angau pula.

Berat hati hendak tinggalkan keluarga, tetapi bila fikirkan balik, sekarang aku sudah berada di semester 5, dan semester 6 Internship ! Aku kena bersabar berurusan dengan orang-orang yang aku kurang senang untuk bersama. Si dia - (Aishiteru!) membuat aku lebih sabar, tempat yang aku selalu mengadu kesedihanku, kesakitanku, dan berbagailah cerita dan gosip yang akan aku sampaikan, semuanya pada dia selain-Nya. Terima Kasih, ya Allah. 

Argh ! Dialog Nego tak siap lagi, Strategic Management pun sama. Malasnya nak buat. T-T Kenapalah aku malas. Ini semua hasutan Syaitan. Huahhauahauhaua. Okay, kejap lagi bangun Subuh, terus buat assignment. BERSIH kan hati, BERSIH kan diri. InsyaAllah.

Buat boyfriend saya, saya nak beritahu, yang, tak lama lagi kita akan berjumpa, InsyaAllah. Tehehe. Love you. Awak simpan duit lebih sikit untuk belikan saya hadiah best-best okay ? :) :) :) *Joke*


P/S : Rasa macam nak skip class for this Monday, but for sure, I can't. Class Legal, kalau tak attend, kena pukul dengan buku tebal. Ouch, sakit sangat. Dah kena hari itu... :'( Sobsobsob. 




Love,
Elle Nyna.

Wednesday, April 25, 2012

Happy Birthday Mama

25th April 2012.

Hello and Hi.

So, today is my mom's birthday.

Dan "typo" letter H tertinggal. Haih. 


Happy Birthday Mama. We love you. :)

Monday, April 23, 2012

Need a favor

Hello People. Salam.

OKAY. NAK MINTAK PERTOLONGAN untuk E-COMMERCE class. Aku create satu lagi blog page, tapi kan, aku perlukan support daripada kamu semua, tolong be one of the follower for this blog.
Thank You So Much.







P/s : Sorry, aku masih tengah fikirkan isi kandungan untuk blog tersebut, which I guess, it was so hard. Sampai rasa macam perlukan author tambahan. Anyone who feels like they have something to say, do drop some comments here.

Love,
Elle Nyna

Saturday, April 21, 2012

Kucing Kesayangan




Once bila dah sampai Ipoh, terus ke Klinik Haiwan, bawa mereka berdua ke Klinik. Comel sangat. Love both of them. :)



Love,
Elle Nyna.

Some photos

Hai and Salam.







Dan aku sampai Ipoh, aku baru ada masa tengok semua gambar-gambar ini. Sweet memories of mine. Tak pernah ada seorang pun buat untuk aku begini selain mama and daddy. :) Tears drop. T-T


I love you so much.



Much Love,
Elle Nyna.

Thursday, April 19, 2012

5th, 6th

Hai and Salam, Hari ke 5 dan ke 6 tanpa dia. Life goes on. Netball semalam was awesome ! Coach sangat best. I have a problem with ball. I am not so good in playing netball, I prefer badminton, squash. You know, game yang tidak berjemur, whatever. That's my problem.

Banyak benda hendak diselesaikan sepanjang cuti seminggu ini. Video, Internship, Proposal untuk seminar. Itu sahaja. 3 things, but I think its too much. Heh. Tak lah too much macam mana, cuma rasa macam banyak sebab tak settle kan ? Biasa, biasa. So, I love being a student, jangan banyak cakaplah El hoi.

I've done with my two tests. Alhamdulillah, semuannya berjalan lancar. Macam biasa. 


Esok balik Ipoh.


Tak sabar.



Love,
Elle Nyna.

Wednesday, April 18, 2012

4th

Hai and Salam :)




Tak habis lagi study. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.35 am. Esok kena bangun awal. Tak nak parking jauh ! -__-" Hari ini makan dengan banyak tanpa henti. Sedap sangat. Yum Yum. Malam pun makan lagi, Housemates semua rajin-rajin belaka. Kenyang. Burp. Alhamdulillah, terima kasih di atas rezeki Allah. 


As for me, walaupun kita tinggal di mana, hendaklah kita sentiasa berada di dalam keadaan selesa, memiliki persekitaran yang awesome untuk berhibernasi ! Apapun, jaga kebersihan, jaga kecantikan, tidak lupa, jaga solat. Rumah yang tiada orang bersolat umpama rumah cantik tetapi tiada seri. Uiyooo. :) Okay, nak tidur. GoodNight. I miss him, I do.

Love,
Elle Nyna.

Monday, April 16, 2012

3rd


Hai, salam.

Hari ini aku masak Tom Yam. Faraha cakap sedap. Tapi tak tahu lah. Aku bagitau mama aku, mama cakap "Pandainya anak mama ni". Alahai, ye lah, aku dibesarkan di dalam keluarga yang Opah-selalu-ada-untuk-masak, in short, memasak bukan suatu perkara utama dan tiada di dalam diari harian aku. Itu dulu. Sejak opah tiada, aku belajar berdikari. Sejak itu jugalah boyfriend aku ajar aku memasak dan memberi inspirasi juga motivasi yang memang pedih tapi berkesan, akhirnya dan juga hasilnya, aku pandai memasak (Bolehlah sikit-sikit) Sekian terima kasih. Terima kasih buat kekasih hati aku yang rajin komen masakan aku yang memang pada mulanya aku langsung tak tahu masak, jadi faham sajalah "rasa" masakan pertama aku yang memang hampeh. Huahuahuauhua. Terima kasih buat kekasih hati aku. I miss you.



TEST TEST TEST. STUDY LAH WOI.


Love,
Elle Nyna.

Sunday, April 15, 2012

2nd

Hai and Salam.

Today is my 2nd day without him. What a day. It sounds crazy when I keep playing all videos that I had. I mean, movies okay. Ya, you know, kadang-kadang nawaitu hendak buka buku, study study and study, because ada two test for this week, Global Marketing and E-commerce. Hmph, tapi, macam malas. Syaitan menghasut tak perlu study. Huh. -_-" 

By the way, aku akan ketawa seorang diri untuk buat aku lupakan sekejap yang aku sekarang 'keseorangan' di rumah. Tapi Allah s.w.t sayangkan aku, jadi mereka biarkan aku ditemani Shazz dan Faraha. Almaklumlah, bila buah hati balik bercuti semester sementara waktu, maka, hidup aku kehilangan sebentar si pewarna hidup aku. Itulah hidup aku, kawan baik bagi aku kini, aku istilahkan pada kefahaman aku ialah kawan-kawan yang seringkali ada tak kira aku susah mahupun senang. Tak berkata buruk tentang kawan sendiri, jujur antara satu sama lain, tak berkira, pendek cerita, ikhlas.  That's it. 

KekNis sudah pulang pagi tadi. Aku hantar KekNis dan Kak Wanie ke KTM Padang Jawa, seksyen 17. Hehe Keknis penyayang, aku anggap dia macam kakak aku memandangkan aku tiada kakak. Aku hanya ada seorang abang, dan abang aku ialah boyfriend aku jualah, yang selalu tegur salah, silap dan kelemahan aku. Aku sayang mereka berdua. Both of them brightening my day. Keknis suka gelak banyak-banyak sampai aku rasa nak cekik dia, atau nak tunggu dia jadi hantu. Dia suka tengok Running Man, sampai tepuk tangan. Comel sangat. Tapi yang pasti, aku tak berminat lagi nak tengok Running Man, aku hanya menjeling dan tengok sekejap, tapi aku tak faham apa yang KekNis ketawakan. Mungkin bila aku menganggur aku akan cuba layan Running Man. By the way, KekNis memang baik hati, dia macam Jehan, dan Alia. Tak pernah sakitkan hati orang, easy-going dan understanding. Ada juga kawan-kawan yang aku dari sekolah, yang juga banyak menolong aku, Izzati and Syima. Tak sangkalah mereka sanggup tolong aku tika susah hari itu. Thank you so much, babes. Terhutang budi, disebabkan keikhlasan mereka di dalam persahabatan.


To be honest, aku tak pernah teringin pun nak memiliki apa yang orang lain ada. Contohnya, macam orang lain, bila tengok ada yang lebih sikit daripada dia, dia akan cakap, "Kan best kalau ada kehidupan macam dia, kaya, everything you nak semua you dapat".


No, I mean it. Aku ada masalah sikit untuk mengakui kehidupan orang lain lebih baik daripada apa yang aku ada. Malah, aku bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan pada aku. Alhamdulillah, keluarga yang baik, penyayang, saling menyokong, paling penting, positive. Sebab itu, aku tiada masalah in term of family. Adakala aku mengadu pada bonda tersayang aku tentang masalah aku, tapi bonda berkata, jangan benci orang, ikhlaskan segalanya, lapangkan dada. Aku mula istighfar dan berfikir semula, perlukah aku jadi begitu baik lagi ? Perlukah aku membenarkan orang melukakan hati aku? Tapi bonda berkata, "takpe, biarkan. Jangan fikir, dan jangan layan. Kalau dilayan, hati sakit."


Bonda dan ayahanda tersayang, tahukah kamu berdua yang aku sangat rindukan kalian. :'( 7 minggu tak jumpa. Rindu sungguh.


A short story to be shared.

Pencil: I'm sorry.
Eraser: For what? You didn't do... anything wrong.
Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this, I was made to help you whenever you do something wrong, even though one day I know I'll be gone. I'm actually happy with my job. So please, stop worrying I hate seeing you sad.

"Our Parents are like the eraser, whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt and become smaller (older and eventually pass on) Take care of your Parents, treat them with kindness and most especially love them."


"Ya Allah, ya tuhanku, seandainya aku tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan kedua ibu bapaku dan orang-orang yang aku sayang, hanya satu pintaku, tolong bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, Ya Allah."


Love,
Elle Nyna.

A year and 2 months

Hai, Salam.


Alhamdulillah, our relationship masih tegap berdiri dan kukuh. Alhamdulillah untuk semua cinta, semua kasih sayang yang diberikan. I love you Hubby. :)



Love,
Elle Nyna.

Saturday, April 14, 2012

He's gone

So, he's going back. Bye sweetheart, I am going to love and miss you as always.

Wednesday, April 11, 2012

5 Months

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Tuesday, April 10, 2012

Netball pula

Hai and salam.

Malam ini ke UiTM Puncak Alam untuk Netball. Dia dan Keknis kesayangan akan teman aku. Sayang kamu berdua. :) Penat, kelas baru sahaja habis pukul 4 petang tadi. Sweetheart sudah habis paper, lepas ini pulanglah dia ke kampung halaman. Ehem. Takpe, Takpe. Sabar.


Tiada keluhan pernah ku dengar, kesusahan, kepayahan, marah mahupun kesedihan, apa yang pasti aku bahagia bersamamu. You treat me well than others. Alhamdulillah for this love.


Allah s.w.t hadirkan aku 1001 kesedihan, 1001 musibah, tapi aku yakin dan pasti, untuk setiap titisan air mata yang jatuh, maka Allah s.w.t hadirkan si dia untuk 1001 kegembiraan dan kebahagiaan. 


I promise to myself, that I will be one of the richest women in the world and in Akhirat, InsyaAllah. Kaya dengan kebahagiaan, keceriaan, bukan kaya dengan hutang, of course. We are muslims, rezeki ada di mana sahaja, cari yang halal, niat itu penting, balas segala jasa kedua ibu bapa aku yang tak mungkin pernah akan terbalas, terhutang budi sampai akhir hayat aku, akhir sekali, aku nak kahwin. Hidup dengan seseorang yang bakal membahagiakan aku di dunia dan di akhirat. Ada keluarga yang sangat bahagia. Aku dijaga, dibelai, ditatang seperti minyak yang penuh seperti seorang yang sepatutnya dilindungi, dibentuk dengan perlahan dan lembut. Akulah tulang rusuk kirinya. Dia mampu jaga aku, lebih daripada kedua ibu bapa aku jaga aku. Aku tahu, aku puteri. Puteri di hati dia :)


P/s : Saya nak buat Seminar di UiTM, saya nak jemput Aaron Aziz, sebab dia menang dan Puan Lela suka dia, tapi kena pilih topik untuk bagi talk. Saya nak Score A untuk Issues saya. Agak-agak dia sudi tak join Seminar yang kami anjurkan ? Haha :) Okay, cukup. Nak bersiap, pakai tracksuit, tshirt buruk sebab nak main netball. Haaaaaih. Alangkah indahnya kalau Koko Netball boleh dibuat di UiTM Shah Alam.

Love,
Elle Nyna.

Monday, April 9, 2012

Having you

Hi, again.

Having you, 
Loving you,
Sayang you,
Cinta you,
Kasihkan you,
Rindukan you,

Setiap masa, setiap saat yang ada. tiada pernah jemu, tiada pernah kurang.
kaulah satu, tiada dua, tiga atau empat, lima atau infiniti.


Semoga you berjaya, good luck, best of luck, everything you buat LUCK and Full of Luck ! 5 days, before the end of his semester break. Going to miss you Sweetheart :)



Love,
Elle Nyna.

Handshake ?

Hai and Salam.



So, hari ini aku pergi kelas Negotiation, ada yang berkata-kata, "Bagi saya, saya yakin saya tak ghairah, and non-mahram dengan saya tak ghairah, lantas saya yakin untuk bersalaman dengan dia" bila involved dengan dealing business, agreement, negotiation process, aaa, whatsoever. Sama sahaja, bila dia dah hulurkan tangan dia untuk handshake dengan kita, what we have to do ? Elak ? Cari glove? Pakai at the moment dia hendak handshake ? Or, cakap you're Muslim ? We're international business, so, if yang tak boleh bersalaman dengan lelaki-lelaki (non-mahram),  what you have to say ? Sorry, I'm Muslim or Just Nod your head ? Tapi, err, bagaimana dengan wanita Muslim yang lain ? Adakah ia akan menjadi satu isu kelak ? Orang muslimah ini bagi je handshake, yang seorang lg muslimah ni tak pulak. So, tak universal and standardize di situ kan. Diselitkan pula kata-kata sinis, "Kalau berpegangan tangan dengan boyfriend/girlfriend masa nak cross jalan boleh pulak kan?" Walaubagaimanapun, bagi aku, kalau a party deal a negotiation process with another party in term to have or reach an agreement, both party should learn and adapt the culture. Learn what Do's and Don'ts while doing business in the country first. Do a research because i think, it is really important, right ? 



So, this is the result, lepas aku google, benda ini buat aku fikir kejap.


P/s : Jenis aku, selagi aku boleh elak, aku elak. Though I look modern, still, aku masih ada pendapat aku sendiri tentang isu begini. Tepuk dada, tanya iman. Ehem. 


Kesimpulannya
Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan syahwat.
Tak nak salam pun BETUL, dua-dua betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. Sebab itu dalam al-quran suruh kita berfikir.
Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

SUMBER : here and here

Monday, April 2, 2012

Thank You Sweetheart

Salam.


Hai.


Today, dia temankan saya ke Uptown Shah Alam, untuk cari baju T-shirt Coca Cola untuk presentation Rabu ini. Well, agak penat. -_-" Tak tahu nak update apa. Maybe lepas settle semua assignment baru ada mood nak taip panjang berjela.



Sampai sini dulu.



Love,
Elle Nyna.

Sunday, April 1, 2012

What shoud I do ?

Hai and salam.


Apa yang perlu aku lakukan, bila aku sudah menyampah ? Argh. -_-" Dan menyampah itu boleh membuatkan aku rasa tiada kemaafan bagimu, yang aku rasa bila aku pandang mukanya tiada lagi belas kasihan, simpati mahupun kasih sayang ? 

Itulah ! Siapa suruh berkira dengan aku lagi. Persahabatan yang aku anggap ikhlas, tetapi dibalas dengan 'Perkiraan' kau, menjadikan aku jadi 'Terpaksa' berlakon untuk terima kau sebagai so-called-kawan-sejati di dalam hidup aku. Allah s.w.t itu Maha Adil, seriously. Kalau kau berkira dengan sesama manusia, even RM1, RM20, RM25 sekalipun, Allah s.w.t akan berkira dengan kau tau tak. Maybe in term of rezeki, we never know, kan kan. Entahlah, aku harap kau tahu, yang kita tak kan selamanya hendak jadi berkira. Eii, macam-macam orang ada di dalam dunia ini. Aku pula terlalu baik pada orang sampai membenarkan orang melukakan hati aku. Tapi, I trust Allah s.w.t, hanya Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Apapun, hari-hari aku kena cari positive things about dia. Baru aku boleh tenang. Tapi masalah utama aku, setiap hari nampak sangat CALCULATIVE dia tu. Ada saja yang menyakitkan hati. Whatever it was, Being nice to someone you hate doesn't mean you're fake. It means you're mature enough to tolerate your hate towards them. Yes, its true.


Bye, kawan-kawan. Happy Sunday !


Love,
Elle Nyna.