Tuesday, January 31, 2012

Biarlah hari berlalu

Salam readers,

For him :) Ada beberapa helaian 'pink notes' for him inside the box.

Aku suka menulis, menulis merupakan sebahagian hidup aku. Dahulu, sebelum wujudnya teknologi seperti ini (blog), aku hanya menggunakan buku catatan harian, untuk menulis apa yang berlaku setiap hari. Bila aku baca semula, aku ketawa sendirian. Barangkali buku itu terlalu emosional, keanak-anakan (kebudak-budakan), sinis sungguh. 

Kadang-kadang aku terfikir apa pengisian yang patut aku bawakan di dalam setiap entry. Entah. Tiada pengkhususan. Apa yang terlintas di minda, ketika itu juga aku lontarkan melalui setiap perkataan yang ditaip. Ketika cuti semester ini, rajin juga aku blogwalking, visit blog-blog yang aku follow, ada juga blog yang tidak aku follow, tapi aku rajin baca. Mungkin ada kisah mereka yang menarik perhatian aku. Aku suka juga baca blog yang membuat aku sedar bahawa hidup ini singkat. Inilah kehidupan.

14 hari lagi, genap aku berusia 24 tahun. Azam aku banyak. Tapi hanya satu permintaan aku ketika hari lahir aku, iaitu, setiap detik, setiap saat aku dikelilingi oleh orang yang menyayangi aku seikhlas hati mereka. Mengetahui yang aku bakal memiliki 'bakal adik ipar' membuat aku tersedar, yang aku terlalu relax melihat adik akan melangkah bendul orang kata. Hehe. Dah besar rupanya aku. Dah dewasa. Tapi aku masih belum lagi matang dalam segala aspek. 

Tapi banyak perkara yang berubah setelah aku menemui si dia. Sungguh. 

Kalau dulu aku impikan lelaki yang romantik, kini tidak lagi. Aku belajar erti kehidupan sepasang kekasih yang sebenar. Di mana, ada ketika, aku dan dia boleh bergurau, berkawan seperti biasa, cakap seperti kawan dengan kawan, maksud aku, panggilan manja seperti (fikir sendirilah), jarang digunakan, di mana, bila ianya jarang digunakan, kalau sekali diungkapkan ia menjadi terlalu berkesan menusuk ke dalam hati, tidak bosan, dan telinga yang mendengar terasa indah. Itu yang aku rasa. 


Sebenarnya, aku sayang diri aku, dan aku mula menyayangi diri aku setelah aku mengenali dia. Paling penting, aku menghargai diri aku lebih daripada sebelum ini. 
Aku seringkali terbayang, teringat, bagaimana kami ditakdirkan bertemu. Aku rasakan keindahan setiap detik pertemuan kami. Dia lain. Dia unik. Itu kata hati aku. Dia kata aku hebat, kerana aku berjaya mencuri hati dia. Dalam ramai-ramai perempuan, aku paling bertuah kerana memiliki cinta dia. Sungguh, aku tak rasa menyesal langsung untuk mencintai dia.


Bila aku tengok slot rancangan tv sekarang ini, semua berkisah tentang 'keterpaksaan' seseorang untuk mencintai setelah berkahwin. Tak kisahlah sebab kontrak, mahupun, kahwin paksa. Mungkin susah, tetapi bagi aku, cinta datangnya dari hati. Kalau kau izinkan hati kau untuk disentuh, maka, datanglah cinta itu. Begitu juga cinta kau kepada tuhan, bagaimana kau hendak dekatkan diri kau dengan-Nya kalau tanpa cinta, semua perkara kau buat tanpa rela?  Sekali lagi, ianya melibatkan hati. 


Aku susah untuk jatuh cinta. Bila couple dan break off banyak kali, aku sedar, mereka bukan orang yang pernah dapat cinta aku pun. Sikit, mungkin. Tapi bukan semuanya. Erm, pengalaman hidup mengajar aku sedikit sebanyak tentang kehidupan. Memang kita tak akan jumpa orang yang sempurna, sungguh. Tapi, orang yang sempurna yang aku cari selama ini, ada pada dia. Dia nampak sempurna, tak kira apapun yang dia lakukan. Walaupun dia ada kelemahan, mungkin 2%, 98% kebaikan dia, itulah cinta aku terhadap dia. Menerima dia seadanya, tidak pernah wujud istilah bosan, muak, dan sebagainya.  Setiap kali salah faham terjadi, sakit dan pedih hati ini, menguatkan lagi cinta itu. Aku rasa itu maksud cinta aku, sehinggakan tiada perkataan lain yang dapat melawan maksud cinta, walaupun benci. Orang kata, benci tandanya sayang, kan ? :)


Aku sukakan cara dia menghargai aku, cara dia menghargai setiap detik kami bersama. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membahagiakan aku.


Thank you love. Untuk setiap 'dinner-for-two-picnic' sepanjang semester ini. :)

for every smile of us,

i love you, i do.




Yours sincerely,
Elle Nyna.

Monday, January 30, 2012

Hai, welcome back Nyna.




Salam and Hai, I'm home.


First, sampai sahaja rumah. I call him, and I said I miss him. *like a cry baby* >_<



Until now, I am still missing him.


He is the best. I love you so much. 


i love my room. i love my bed. wuuhhh !


Love,
Elle Nyna.

Sunday, January 29, 2012

Hampir terlupa

Salam readers,


Subhanallah. Aku terlupa. Terlalu taksub mungkin. 


Takpelah, abaikan sahaja. Persoalan aku ketika ini, 


Perlukah kita peduli apa orang kata berbanding kita peduli dengan apa yang Allah s.w.t melihat dan mengetahui tentang kita ?


Kita ada sekeping hati yang perlu kita jaga dengan baik..

Itu yang aku pelajari hari ini.
Much Love,
Elle Nyna.

Tuesday, January 24, 2012

Pernah tak ?

Salam readers,


Aku merenung sejenak. Terdiam, terpaku.


Pernah tak kau rasa dia memang untuk kau ? 

Pernah tak kau rasa seolah-olah dia terlalu baik, dia sedaya upaya buat yang terbaik semata-mata untuk bersama kau ?



Entah. Adakala apa saja yang dia lakukan untuk aku, semuanya berjaya membuat aku terharu... 
Thanks, buat kau yang bernama 
Cinta Hati Amalina.



Much Love,
Elle Nyna.

Monday, January 23, 2012

Someone is jealous

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [ QS ar-Rad 13:11 ]


Perubahan dimulai dari diri sendiri. Jika perubahan itu baik maka seseorang akan baik, dan sebaliknya jika perubahan itu buruk maka dia akan buruk. Permulaan adalah dari dalam diri seseorang. Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa kita adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Jika seseorang dalam kesolehan maka kenikmatan akan berkekalan, kesihatan akan bertahan dan petunjuk Tuhan akan selalu menyertai.

Allah berfirman, "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." [ QS al-Ankabut 29:69 ]

Sebaliknya, barang siapa keadaan dirinya rosak akan mendapatkan murka, kenikmatan lenyap dan nestapa akan menimpa. Allah berfirman, "Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka." [ QS ash-Shaff 61:5 ]



P/S : May Allah s.w.t bless you.

Thursday, January 19, 2012

Bye Awak.



Salam readers,

Its semester break baby. My boyfriend is way too far from me. Dia dah bercuti. T-T Saya belum lagi. Esok saya ada paper - Cross Cultural Management. Wish me luck ! :D :D  (Tapi saya tak habis study lagi) *Wink* - P/s : Shhh. Si dia takde, dia tak boleh membebel saya tak study. Hihihi :D :D

I'm going to miss you.

Pernah tak anda semua rasa begitu disayangi oleh seseorang. Macam bila dia buat sesuatu untuk anda, anda rasa macam "Yes, he's the one". Tapi bila dia marah. anda akan rasa, "Err, no he's not". HAHA. Saya pernah rasa begitu ! I feel the same way too ! ;)

Tapi kan, marah itu tandanya sayangggg. Haha. Fine, fine. Otak terlalu hendak berehat sampaikan apa saya taip dah macam merepek gila.


Saya lapar, dia baik hati, dia masak dan hantarkan ayam masak merah. Yummy! He's my taste, my taste, my tasteeee. Just nice. LOL *gedik gila*
Saya suka dia. Dia kan, kalau saya lapar, dia mesti kasihankan saya. Sebab saya kuat makan, tapi sejak kebelakangan ini, saya mengalami masalah untuk makan banyak. Mungkin sebab saya sudah tiada mood untuk makan banyak. Hahaha. Whateverrrrrr.


Dia sweet, dia belikan bunga untuk mama dia. I think he's sweet. A good son, perhaps ?

Dia sweet, kalau apa saja, dia pergi mana, dia mesti teringat akan saya. For example : Kalau nampak kasut-kasut kan, of course, he will pick and ask me to try sama ada cantik / tak, if I like it, he will buy it for me. The same way kalau dia nampak baju kurung yang extremely gorgeous. Of course, dia mesti akan belikan. I think he's sweet. :D

Dia sweet, he's the only guy yang fikir tentang masa depan dia untuk bersama saya, dan jadikan saya sebahagian daripada masa depan dia. I think I'm falling in love with you again and again.




He's sweet. Sweet and Sweet, totally !



Second thought.


I MISS MY FAMILY SO MUCH.

I miss them, honestly. I miss to argue with Syisyi and Fatin. Waaaahhhhhh, awesomeeeeee! And disturb Nana while she's sleeping ! Call upon Nabil's name loudly sampai dia bosan dengar nama dia dipanggil banyak kali. Haha. Paling penting, saya rindu panggil mama and abah dekat rumah. Di mana saya boleh dengar mereka jawab, "Ya, sayang". Itu mama saya. And while dad, "Ye Kak Long". Fine, fine.

I miss my cats. Rindu nak peluk kucing macam peluk bantal. :D :D :D Rindu nak rebut mop dengan kucing, rindu nak pijak badan mereka. Hahahaha. ;)

And I do miss my late grandmother, arwah opah tersayang. Bila rindu, pasti ada titisan air mata yang jatuh berderai. *puitis gila ayat* T-T


Okay, bai. Sambung study.


Eh kejap. Re-edit entry. Tehehehe. Sunshine text me, dia dah sampai rumah ! And mama suka bunga tu. HAHA ! HAPPY HAPPY WINK WINK :D :D :D

Much Love,
Elle Nyna.

Wednesday, January 18, 2012

Sesi merenung masa hadapan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Terdetik seketika hati ini untuk berkata-kata tentang jodoh. Bila kita putus cinta, orang cakap kita tiada jodoh, tetapi sebenarnya di dalam hati aku, aku ingin sangat jodoh aku dipanjangkan dengan si dia. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, aku berharap jodoh aku dan dia dipanjangkan. Jika dia bukan tertulis di dalam takdir ku, ataupun orang kata Luh Mahfuz, maka akan ku panjatkan doa dan usaha. Kepada Allah s.w.t juga aku meminta, kerana tuhan itu esa. Kalau Dia kata Jadi, Maka Jadilah. (Kun Fayakun). Maka, apa yang ku lakukan, adalah terus berdoa supaya jodoh kami dipanjangkan, dan dipermudahkan segalanya. Aku tahu kesukaran bercinta lama-lama banyak dugaannya. Kesabaran, kesetiaan bagaimanapun kalau wujudnya pihak ketiga, anasir-anasir luar, jadi cerita lain. Tapi aku berharap, jika dia memang untukku, akulah orang paling bahagia. :)


I love you, I do.

Adakah kau faham ungkapan 'cinta' sekiranya kau bercinta dengan seseorang untuk 10 tahun pun, tapi akhirnya kau tinggalkan si dia, kerana kau bosan? Kenapa sebelum ini kau tak pernah terlintas pun erti bosan mahupun muak ? Aku tak rasa kau mengerti mahupun faham. Cinta itu abstrak. Cinta Hakiki memang kepada Allah s.w.t, tak kan pernah berubah, tetapi cinta terhadap manusia ? Adakah kita perlu berasa begitu ? Kalau sedikit pun terasa begitu, maka banyaklah pasangan yang sudah berkahwin, bercerai selepas itu. Cinta bagi aku, perlu seiring dengan komitmen, toleransi, dan banyak lagi. Yang pasti, kalau terlalu emosional, kita seolah-olah menghantukkan kepala kita ke dinding. ;)

Adapun orang yang cemburu melihat kebahagiaan orang lain, haha. Itu sahaja. Aku mampu ketawa. Mungkin dia cemburu, kerana dia tidak diperlakukan sebegitu, mungkin juga dia tidak bahagia, kerana hatinya sudah busuk dipenuhi hasad dengki, sifat mazmumah. Astaghfirullah. 


Dan bagi aku, aku teruskan hidup aku seperti biasa. Terima kasih Cinta Hati ku kerana mencipta terlalu banyak memori bersama ku. :)

Much Love,
Elle Nyna

Tuesday, January 17, 2012

11 months !




He's super hot ;)

Back to Final Exam Mode. ;)




Salam readers,

I love you I love you I love you I love you ! Happy 11 months. Thanks for everything ! <3


Much Love,
Elle Nyna.

Saturday, January 14, 2012

How to train yourself from being jealous ?

Salam readers,


I don't know. I hope I can sleep. :(

Topik saya : Bagaimana untuk latih diri anda daripada tidak memiliki sifat cemburu yang melampau ?

Monolog dalaman, so kena guna bahasa 'aku'.
Mudah.


1. Fikir, that boy/girl tak hot mana pun berbanding aku. WHY should I be jealous ? AND if he/she is perfect in his/her looking, look at his/her attitude ? Does he/she can beat you ? No way man. Trust yourself that you're way too far better than him/her. TRUST YOURSELF.

2. My second thought, education background, the way he/she talks. Aku lagi pandai, aku lagi bijak, aku tak patut untuk marah dan cemburu untuk hal macam ini. Kalau aku marah dan naik angin semata-mata sebab begini, aku macam orang bodoh yang tak reti fikir. Apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai handle situasi dan emosi? Itu sahaja. Hehe Kejam tak cara aku berfikir? But that's reality. Yang buat kita cool ialah cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara. Tapi, kalau he/she yang buat kau jealous itu, ada dua-dua, Paras Rupa dan Knowledge, kau kena fikir juga, boyfriend/girlfriend kau suka ke kat dia ? Adakah wujudnya frequency mereka berhubung? Haha. Fine, fine. Seterusnya !

3. Other things yang akan aku fikir bila aku mengalami sikap cemburu is, 'Come on man, I know he loves me, and walaupun dia tak tunjuk pada orang ramai dia sayang aku, tapi aku tau, kasih sayang dia berganda berbanding kasih sayang aku pada dia, cuma aku sahaja yang rasa aku sayang dia lebih, well, lelaki, never showed his love too much'. That's the main reason aku susah nak cemburu macam ayam dan itik.

4. Finally, kalau aku cemburu lah, (kalau lah), paling senang untuk buang cemburu, pura-pura cemburu. Mengada-ngada, sampai dia muak. Senang. Eh tak, tak. Kalau aku betul-betul cemburu, simple sahaja. Aku tak kan cakap aku cemburu, pretend relax and easy berdasarkan sebab-sebab di atas. HEHE


Lepas itu, aku rasa aku kena tidur. Kejap lagi aku exam. Apa aku nak jawab ? Wish me luck for International Banking and Investment ! (Aku nak pilih soalan Monetary, Eurocurrency, Forex, WACC dan Central Bank) Itu je yang aku baca. Blablabla. Kalau keluar yang itu, Alhamdulillah. Esok pagi boleh bangun lambat. ;P Hahahha. MATA dah macam panda. Tidur tak pernah lena. Zzzzzzz.



Much Love, 
Elle Nyna.

You speak to my heart



I love you, that's a fact.

Salam readers,

Update my blog, sebab rasanya esok 15.01 genap 11 bulan we've been together. Alhamdulillah, thank you Allah s.w.t. Kejap lagi, saya ada paper, pukul 2.15 - 5.15 pm. Saya rasa tak sihat, satu benda pun saya tak baca lagi. Tapi saya harap saya dapat 4.00 untuk subjek ini. (Boleh ke macam tu?) Hehe. Boleh, kot ?

Saya tak lama lagi akan berjauhan dengan si dia untuk 5 minggu.  Sedihnya. :'(



Setiap orang ada azam kan ? Saya pun ! Setiap hari saya bekalkan diri saya dengan satu harapan, tapi biarlah Allah s.w.t sahaja yang tahu, niat di hati ini. Kerana apa saja yang berlaku di dalam kehidupan seharian, semuanya bermula dengan nawaitu kita. 


Sakit aku,
Kasih aku,
Cinta aku,
Duka ku,

Hanya dia sahaja yang tahu. Sentiasa belajar dari kelemahan diri sendiri.


Much Love,
Elle Nyna.

Grow older together

With KekNis ;)
With him :D

Happy 11th baby. :)

Saturday, January 7, 2012

Sorry

Salam readers,

First, sorry. (SORRY to myself) Banyak gambar di dalam blog habis, jadi ERROR. My bad. Saya synchronized picasa album (gambar-gambar inside this blog) dengan phone boyfriend saya, due to the usage of my email pada handphone dia. Then aku selamba delete. KAHKAHKAH :'( TSK. therefore, I lost everything. TSK TSK. T-T SEDIH.

But, its okay. Banyak lagi gambar saya akan update. Tunggu habis paper dahulu. :)

For the whole week, saya banyak habiskan masa dengan hang out, keluar dengan boyfriend saya, meeting some new friends, nahh, hari itu saya ke BJ, having lots of fun, though Unisel di BJ sunyi, tak macam UiTM Shah Alam yang hiruk pikuk, tunggang langgang, apa pun, UiTM Puncak Alam pun suasananya seakan sama suasananya dengan Unisel di BJ. 

I wish for a surprise during my birthday, saya teringin ada surprise untuk birthday saya. Ye lah, birthday, hmph. I love surprise. Bagi saya, surprise itu sweet and romantic. Hehehe, well, Mr.Sunshine good dalam buat surprise. He knows how to make something look nice and sweet. Seriously, I know him. But, my birthday is on TUESDAY ! :'( Sobsobsob. Nevermind, I will sing 'Happy Birthday' song to myself depan cermin.

15.02.2012 pula genap setahun kami berkawan. Alhamdulillah, insyaAllah, diharapkan segalanya berjalan lancar.

11.02.2012 genap 3 bulan. Heeee :D :D


I love you Sunshine.

Much Love,
Elle Nyna.