Thursday, December 29, 2011

Its a skill.

Salam readers,


Tak semua orang mampu menarik perhatian dengan penulisan blog mereka. Termasuklah saya. Saya bukan seorang blogger yang terbaik, yang mampu menarik perhatian semua orang untuk membaca hasil penulisan saya. Whatever, saya suka menaip disebabkan kemahiran saya di dalam bidang ini. Walau apa pun, saya suka baca blog yang kemas, tulisan yang mudah dibaca, gambar-gambar yang tersusun rapi, susunan tulisan yang bukan sekejap kecil, sekejap besar, atau tambahan huruf 'w' setiap kali end of words, juga,  combination warna yang tak terlalu over. Saya seorang yang sukakan warna hitam dan putih. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang Lawyer. Tapi tak kesampaian, mungkin kerana tiada rezeki di bahagian itu. Boyfriend saya sangatlah bertahan dengan perangai saya yang suka argue / berdebat untuk suatu hal yang sebenarnya kecil. Masing-masing ada hak untuk bersuara. HAHA. So, Sunshine dan saya memang suka argument. Memang dia garang, tapi dalam garang dia, dia baik hati. Dia, sweet. ;)


Berbalik pada topic tadi. Sebenarnya, in my point of view, apa yang kita tulis menggambarkan diri penulis itu. Saya tak mudah terpengaruh dengan other bloggers, misalnya, kalau blogger itu hendak tulis pasal seseorang, dia juga nak buat benda yang sama. Sebenarnya, ia terpulang pada interests masing-masing. Ada blogger suka tulis resipi, lifestyle, movies, clothes, etc. Nahh, it depends on you. Saya macam biasa, masih di sini, mencatat harian saya, merekod apa yang patut, supaya saya tak lupa diri, saya ingatkan diri saya selalu yang saya juga tak sempurna, saya buat silap, dan dia ada bersama saya untuk betulkan kesalahan saya. Like I said, saya terima dia, kerana saya mahu dia untuk sepanjang hayat saya. InsyaAllah, kalau jodoh kami panjang, kami akan bersama. Dan tak payah pelik, bagaimana dia boleh cintakan saya, kerana, cinta itu hadir tanpa kita sendiri sedari. :)


Ku melihat dan memerhati
Alami sendiri apa yang pasti
Bukan sekadar fantasi
Tapi realiti
Ternyata sekali
Hati aku telah dimiliki
Oleh si Lelaki
Yang menjadi
Pembimbing Rusuk Sang Puteri
Luruskan aku 
dengan cara yang diredhai
Didiklah aku 
dengan panduan-Nya
Bila tulang rusuk patah
maka rosaklah jantung, hati dan limpa
Lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan 
tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin ku menuju Allah 
pimpinlah diri mu dahulu kepada-Nya
Cinta, itulah cinta.

Buatmu, ElleNyna, 29 Disember 2011.



Akhir kata, Saya bukan penulis yang baik. Betul, tak tipu.



Much Love,
Elle Nyna.