Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

Nothing gonna change my love for you, Sunshine


I love you, that's a fact. I hate you, that's a lie.

Sorry, really busy

Salam readers,

Sudah lama sangat rasanya saya tinggalkan blog saya. Almaklumlah, terlalu sibuk. But, so far, semua test telah dilaksanakan dengan penuh kejayaan. I am such a good girl to him. Ye lah, after dapat kedua-dua test International Banking and Investment, 51/55 for Test 2, and 25/30. for Test 1 Alhamdulillah. Thank you to my best boyfriend, sebab kalau dia tak marah, confirm malas study. Tehehe :) InsyaAllah, diharapkan segalanya berjalan dengan lancar.

24 Disember 2011, genap setahun pemergian opah yang tersayang. Hari ini baru sempat hendak update. Alfatihah buat opah. Kesayuan itu masih ada, sebak pun masih tak hilang lagi. Tapi Allah s.w.t hadirkan si dia, untuk saya. Syukran. Pada-Mu ku berserah segalanya.

He's not perfect. To be honest, dia tak sempurna. Mana ada manusia sempurna di dalam dunia ini. Tapi saya nampak dia sempurna, dan jika ada kekurangan pada diri dia, saya anggap kelemahan yang ada sebagai suatu kekuatan juga kelebihan yang dia miliki. Memandangkan saya seorang yang 'protective', bersikap melindungi, menjaga hati orang, walau sedikit pun saya tak pernah hendak hina orang lain, tak pernah hendak bandingkan orang lain, dan saya paling tak suka orang membandingkan orang yang saya sayang dan cinta, dengan sesuatu perkara yang tak relevan langsung. Misalnya, saya bagi contoh.

Tadi, I jumpa mak Jacob, mak dia cantik lagi dari emak you.


Kalau bab perbandingan begini, saya tak berapa suka. Saya harap spesies ini cepat sedar, supaya tak lah pupus ditelan zaman.


Okay, beralih pada topik lain. Hari itu Sunshine ke Melaka, maka, saya duduk diam-diam di rumah. I am a good girl, tapi tak lah good girl sangat. Malam-malam, pergi Jusco Bukit Raja teman KekNis tengok Alvin Chipmunk tu. My comment is : Awww, Theodore is so cute ! :) Thanks KekNis belanja saya. :D

Hai, I'm Theodore. Saya suka makan, Elle Nyna lagi kuat makan. LOL

Kemudian, on Sunday, 25 Disember, Sunshine balik. Lepas itu, terus sahaja sampai, dia ajak saya ke Carrefour. We bought groceries only. Dah macam orang berkeluarga. Tehehe :) Lebih kurang 2 jam sahaja saya jumpa dia. I do miss him. Okay, cakap pasal rindu. Tak boleh lebih-lebih sangat, nanti melalut macam mak nenek, make it simple and sweet. 


Fer, I love you, Always love you, and nothing gonna change my love for you, I miss you day and night. This I promise you.

Itu kalau nak yang sweet sahaja. Kalau dah rindu melampau macam monster nak telan orang, confirm semua tu bertukar jadi lain. Contoh :

Kau, cepatlah balik. Aku rindu kau lah. Takde selera nak makan. Boring gila. Tau ke tak aku rindu kau ?

Haha. Itu lagi sweet, perhaps.


Fine. Tukar topik lain. Then, kami ke JJ Bukit Raja on Monday. Watching Sherlock Holmes. Before that, memang kami plan tak jumpa pun on that day. But saya tak rasa saya boleh makan kalau dia tiada. Hmph. So, I call him, and at that moment, he's driving, ditemani sahabat dia. Saya cakap, saya nak makan, tak makan lagi. But then, saya terus nak datang sana, jumpa dia. Finally, ingatkan nak datang tengok muka dia sahaja sambil makan, but it ends up dengan Sherlock Holmes. Thank you. 

He knows that, by hook or by crook, I will try my best untuk jumpa dia. Saya akan cari juga sebab untuk jumpa dia. Betul tak John ? Alahai. Banyak sangat nama kau.

Topik terhangat di pasaran, cemburu / jealous. Sebenarnya, istilah cemburu tu tandanya sayang, ikut situasi lah. Kalau cemburu buta, sampai nak pukul, baling-baling kuali periuk sebagainya, itu bukan sayang, itu bangang namanya. Hati seorang perempuan, hati seorang lelaki. Apa yang sama ? Perkataan HATI, dan apa yang berbeza, Jantina. Jadi, sebagai seorang perempuan, saya memandang dan melihat perspektif cemburu itu sebagai tanda sayang. Back to basic. Tengok situasi dan keadaan. Tapi, kalau dasar dengki semata-mata, seolah-olah tak boleh hendak melihat orang lain lebih sikit, itu namanya busuk hati. Okay, fine. Terlalu banyak memberi gambaran, dan data data terperinci. Saja bermonolog dalaman. Biarlah, hati saya, saya dan Allah s.w.t yang tahu. 



“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.-” (Riwayat Ahmad)

Alhamdulillah, dia dikelilingi oleh sahabat yang baik akhlaknya. Maka, begitulah cara saya mengenali si dia.

Suasana adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam mendidik seseorang. Sahabat juga. Orang kata, nak tahu kita macam mana, cuba tengok kawan-kawan kita. Kalau kawan-kawan kita baik, dikelilingi orang yang rajin solat, rajin mengaji, insyaallah kita juga akan terdorong melakukan perkara yang sama kerana kita terkesan dengan perbuatan mereka.


Dan Terima Kasih Allah s.w.t kau hadirkan dia untuk aku. Aku percaya, Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita, dan Allah s.w.t mengajar kita melalui kekecewaan, dan dengan kekecewaan muncul sinar kebahagiaan :)





Much Love,
Elle Nyna.



Aishiteru.