Thursday, December 15, 2011

Moody

Salam readers,


Mood tak berapa nak okay. Since last week. Tension, test berturut-turut. Entah. I wish I can smile sepanjang hari, jadi, saya tak akan buat si dia risau, mahupun terasa.



Sendirian Monolog Dalaman.

Buku Fiqh. Sikit pun aku tak sentuh, sikit pun aku tak baca. Yang bermain-main di minda aku ialah, ke mana arah tuju aku, ke mana haluan aku, ke mana destinasi aku kelak. Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri goyah melihat kepelbagaian corak permainan manusia yang variasi karenah mereka. Yang buat aku kuat untuk teruskan belajar ialah, kedua ibu bapa aku, dan si dia, yg juga sebahagian dari masa depan ku. Demi masa depan aku sendiri. Tak kan aku nak biarkan anak-anak aku makan macam Kais Pagi, Makan Pagi, Kais Petang, Makan Petang?

Bagi aku, kalau kita hendak belajar, kita cuma perlu betulkan niat kita. Bila niat didorong oleh usaha, dan usaha disulami dengan doa. InsyaAllah, segalanya berjalan lancar. Ya, kita perlukan seseorang untuk mendorong kita untuk berjaya. Pendorong terbesar aku sudah tentu, kedua ibu bapaku, yang tak pernah putus-putus mendoakan anak-anaknya berjaya. Kedua terbesar, sudah tentu si dia, Sunshine. 

Aku nak bahagiakan mereka. Itu janji aku.


I love you so much, sunshine :)

Love,
Elle Nyna.