Tuesday, December 13, 2011

Genap 1 bulan dan 10 bulan bersama


Salam readers,

First of all, Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, entah kenapa rasa kekuatan itu masih ada untuk terus berblog, terus update, tehehe. Genap sudah 1 bulan, saya berstatuskan girlfriend dia, juga 10 bulan kami bersahabat. Yang ternyata, kami amat bahagia bersama, alhamdulillah.


Awak tahu tak, genap 10 bulan, dan juga 1 bulan ini, awak suka buat saya terharu. Walaupun ketika itu agak lewat untuk awak buat kejutan, tepat 1 jam pagi, disebabkan kita baru balik dari Uptown bersama Adib, lebih kurang pukul 12.20 am, so, I thought 11 Disember ini tiada surprise untuk saya, saya pun tak sangka awak akan buat surprise macam itu sekali untuk saya. Terima kasih awak, awak masih, tetap macam biasa, macam selalu. Saya sayang awak. 


Awak call saya. Ehem biasalah, Digi Easy. Call sahaja. Tiada hal. Saya ingat awak hendak tidur dah pada waktu itu. Tepat jam 1 pagi, awak datang di hadapan rumah saya, dan call saya, suruh keluar, tengok apa yang ada di luar. Saya lihat, awak tercungap-cungap keletihan, ye lah, rumah saya tingkat tiga. Awak dari blok berlainan. Awak angkat sesuatu, dan ianya berwarna pink, rupanya, ianya ialah bear yang saya tidak pernah miliki warna sedemikian rupa. Terima kasih awak. Tak pernah ada orang buat surprise macam itu untuk saya. That's so sweet. You made me smile when I blog about this, baby.


At that moment, saya terkejut. Perkataan yang saya mampu katakan ialah,

"So sweet," sambil tersenyum lebar macam kerang. Heee :) :) 

Tapi, saya tiada apa-apa yang saya hendak berikan pada awak.. (Message saya)

Dan dia reply,

Takpe, janji you bg kesetiaan you pada i, selagi i mampu, i akan cuba buat you happy selalu bersama i
(Lebih kurang)

Yes, I am happy being with you.

Saya bahagia sangat bersama si dia. To be honest, Alhamdulillah, Allah s.w.t hadirkan dia untuk saya. :)




Alhamdulillah juga, jadual exam kali ini, memberi saya sinar harapan untuk memberi yang terbaik !


Much Love,
Elle Nyna.