Friday, December 2, 2011

Tak lama lagi final exam

Salam readers,



Tak lama lagi final. Mood sekarang memang tengah tunggang langgang, rasa macam nak terbalik. Biasalah tu, stress.

International Economics, sepatah apa pun tak faham.
Cross Culture Management, faham sikit-sikit. tak banyak mana.
Fiqh, nota takde. Slides je ada. Buku memang takde. Habis tu? Jawab depends on slide je ke ? OH crap.
BEL Report Writing, finding pun belum siap. T-T lagi 2 weeks kena present. Final Test baru sahaja settle. Tak tahu result nya apa.
International Banking and Investment ?  So-so. No comment.



Apa yang pasti, saya tak rasa saya boleh score untuk International Economics. Paper lain pun macam takde keyakinan, tak macam paper-paper sebelum ini. Example : Tak pergi kelas satu semester, tapi masih yakin untuk jawab. Semester ini, macam, entahlah. I want to comment, but I don't know how to describe it in words. Entahlah.



I miss him. I do miss him. I really do. Dia tahu tak saya rindu dia? Rasa macam nak menangis, sebab subjects semester ini memang susah. Tapi dia asyik cakap saya pandai, pandai, dan pandai. Padahal, the truth is, I'm not! Saya tak pandai pun. :'( Sobsobsob. Ikhlas dari hati saya, saya perlukan dia untuk dengar apa saya nak cakap, saya dah rasa macam tak-boleh-bla dengan subject yang saya tak leh nak score ni. Lecturer tak bagi guideline macam mana nak score paper itu. Nampak sahaja mudah, tapi tak pun. Try to set my mind, IE is easy as 1,2,3. But its not. Trust me. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.


Perjalanan dari Shah Alam - Puncak Alam - Shah Alam, ambil masa selama 40 minit. Kadang-kadang rasa tak kuat untuk tempuh semua ini setiap hari. Tapi saya kuatkan juga sebenarnya. Demi kami. Manakan sanggup berpisah, walaupun seketika. Lumrah bercinta.

Yang buat saya semakin stress, isu Pak Guard. Dah tiga kali saya kena tahan dengan Pak Guard termasuk pagi ini dan dua surat saman saya terima dari Pak Guard. Like SHIT !

"Pelajar ke / Practical?"

Pelajar lah. Jawab aku kerek.

"Mana sticker?"

Yelah, nak pergi ambil lah ni. Tegas aku.

"Betul nak pergi ambil?"

La, betul lah, dah bayar RM2 semalam untuk sticker lah.

"K, jalan". Sambil buat hand gesture, jalan.


Isu sekarang, pertama, kali pertama, saya ditahan. (Tak kisah) Kali kedua, saya ditahan lagi, (masa itu saya dah apply online pun, cuma tak tahu kat mana nak hantar borang itu) BILA SAYA TANYA Pak Guard tersebut, dia cakap, "Itu saya tak tau, pergi tanya kawan-kawan", dia siap bagi last warning, katanya STICKER kena ada pada hari Isnin minggu hadapan. Hello, today is FRIDAY, okay ? That is why saya bad mood. Berapa kali nak saman entah. Takde kerja lah tu. Kalau takde kerja sangat, pergilah kumpul ilmu pengetahuan banyak-banyak, so, next time, bila student tanya "Kat mana nak hantar borang apply sticker", you know where it is. Got it ? -______-"



Sekadar selingan.
Bila difikirkan balik, kenapa ya saya tak pernah suka pakai cincin di jari-jari saya yang kecik ni ? Jawapan mudah sahaja. Saya hendak lelaki yang akan nikahi saya yang akan sarungkan cincin itu di jari saya kelak. HAHA :) Well, perempuan memang sukakan perhiasan, tapi bagi saya, untuk hal berkaitan 'cincin', ianya sesuatu yang bermakna bagi saya, jadi memang saya akan tunggu saat itu. Lebih kuranglah. :P

Sentimental Value.

Bila orang tengok kita pakai cincin, orang akan fikir, kita ini telah bertunang ataupun dimiliki. Hahahahaha. LOL. Banyak gelak pulak. Adoi. Berangan. Ehem.

I love you, F.

Much Love,
Have a great weekend!

Elle Nyna.