Tuesday, November 15, 2011

9th Month

Salam readers,




Alhamdulillah, hari ini genap 9 bulan kami berkawan, mengenali hati budi masing-masing, dan saling menyayangi antara satu sama lain. Masih ada jodoh, masih lagi berkawan sehingga kini. To be honest, memang susah untuk kekalkan sesuatu hubungan kalau tiada persefahaman dan toleransi. Kalau masing-masing hendak menang, dan ada ego tersendiri, memang susah untuk teruskan sesuatu perhubungan. Saya tidak sangka saya dan dia akan selama ini, insyaAllah, mudah-mudahan jika dipanjangkan jodoh saya dan dia, saya harap saya akan bersama dia sehingga akhir hayat dia. 


Saya bukan baik, bukan juga cantik, perlakuan saya adakala ditegur, tindak tanduk, pergerakan malah perkataan saya adakalanya menjengkelkan orang. Ya, saya tidaklah perfect mana. Mungkin orang ingat saya perfect sebab saya ada kehidupan yang sempurna. Hakikatnya, saya dan kamu semua sama sahaja. Hehe. Memang, saya akui, banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian saya sebagai manusia, tetapi kita semua manusia, sudah menjadi asam garam kehidupan untuk menghadapi konflik yang pelbagai. Namun begitu, setiap konflik yang terjadi menjadikan kita lebih matang dan tabah.




Happy 9 months :)

You, selamat bercuti. Semoga percutian semester kali ini, terbaik buat you. MERDEKA. All the best :D Saya tak cuti lagi, you cuti dah. Cepat-cepat balik Shah Alam, tau.

Much Love,
Elle Nyna