Saturday, November 12, 2011

#6 Sunshine

Salam readers,

Today is Saturday. Everyone knows today is Saturday. Saja mention dua kali tanda penegasan. Hari ini pagi-pagi lagi bangun awal, untuk bersiap ke bengkel kereta. Tapi mungkin 'awal' itu keterlaluan, so, bengkel masih belum dibuka. Ini kali kedua saya servis kereta bersama si dia. Kalau sudah kali kedua, sudah tentu kali pertama bersama dengan Sunshine juga. Tapi paling best, hari ini breakfast tempat lain, yay ! Di NZ Bistro, seksyen 23, inside Carrefour. Sedap. Thanks to you.


Hidup makin stabil, Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, masih diberi kesempatan untuk memberi cinta yang ada, untuk si dia. Lagi beberapa hari sahaja, saya dapat spend time dengan si dia. Dia akan bercuti selama sebulan for a semester break. Yang pasti, hidup saya pasti akan terasa kosong. Saya bukan kaki berjalan kalau tanpa dia, pendek kata, kebanyakan masa saya memang bersama dia. Hari ini juga kami beli tembikai. Tapi saya buat salah. Saya jatuhkan tembikai itu. Tapi saya peluk kemas bear kecil yang dia belikan tadi. Erm, tapi dia tak marah. Dia pura-pura marah.

Lepas dia belikan bear kecil tadi, dia cakap, 'Tiap kali saya pergi mana-mana, saya mesti teringat awak, sebab itu saya akan belikan sesuatu untuk awak". Lebih kuranglah :)


Semalam juga, dia belikan saya bingkai gambar yang simple untuk letak gambar-gambar bersaiz kecil kami bersama. Dia memang manjakan saya, kalau saya merengek macam bunyi ayam seolah-olah ada yang tak kena, dia sabar sahaja melayan karenah saya yang seakan-akan minta perhatian. Bukan menunjuk, cuma ingin saya kongsikan di sini kebahagiaan saya. Saya tahu, akan ada orang yang cemburu, akan ada orang yang dengki, ada orang yang tak suka, tapi ingin saya tegaskan di sini, sebelum kita hendak menerima kebahagiaan, bersedialah untuk merasa kesengsaraan, kerana cinta itu melibatkan hati dan perasaan. Semua orang tahu,  betul ? Kalau tak ready bercinta, jangan ambil risiko kerana cinta memang akan ada yang terluka dan dilukakan. Maafkan saya, seandainya penulisan saya kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Seperti artikel-artikel saya yang lepas, saya pernah katakan bahawa kita yang mencipta kebahagiaan kita sendiri. Pedulikan kata orang. Itu sahaja. Kalau nak bahagia, usaha, usaha, doa, dan berserah. Selagi ada cinta, ikhlas, insyaAllah, segalanya berjalan lancar. Kepedihan itu akan terubat dengan kebahagiaan yang terhasil daripada usaha-usaha gigih seorang wanita yang mencintai seorang lelaki. Air mata yang mengalir, walau tidak kelihatan, di saat si lelaki melafazkan kata-kata yang dari dulu wanita itu tunggu, dipanjatkan dengan 1001 kesyukuran,

"Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana dibukakan hatinya untuk aku sepenuhnya." desis hatiku.


Andai itu takdir-Nya. :)

Lupa pulak. Tadi ke Giant, seksyen 7. Dia belikan saya Ice Cream. Apa saja saya tengok, kalau saya teringin, dia akan cuba untuk belikan, sungguh. Terima kasih, sebab jadi lelaki terbaik untuk saya. Walaupun saya tahu, tiada yang sempurna, tetapi saya akan buat awak nampak sempurna, dan awak akan buat saya nampak sempurna :) I am so lucky to have you in my life.



Cukup dengan emosi saya, esok pagi saya akan ke PPAS, library itu sangat amazed me tau tak ? :) Harap segalanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan.


Terima kasih,Sunshine.




Much Love,
Elle Nyna.

Terharu

Salam readers,

Subhanallah. Terharu sebentar. Tak sangka pula saya, kisah saya dan Sunshine menjadi hasil penulisan terbaik daripada seorang blogger - Adik Maisara. :)


Terima kasih banyak-banyak tak terhingga. Penulisan adik Maisara sangat terbaik. :) Terus terang saya cakap, saya tak sangka ada orang akan hargai kisah saya dan dia, bagi saya cukup kalau si dia dapat baca apa yang saya luahkan.


Thank you, you made my day.

--------------------------------------------------- * I'm so touched*-------------------------------------------------

SOURCES : Here.
CREDIT : MYSARA NEWRIE

Assalamualaikum

Mata sebenarnya dah mengantuk sangat-sangat since petang semalam. Baru nak tidur, bibik mintak aku tolong dia. Ok tak jadi nak nak tidur. Then pukul 8 malam semalam, baru nak tidur, tetiba terjaga sebab my uncle and my aunt datang rumah along with my cousins. Tak jadi tidur

Tengok Maharaja Lawak Mega tapi tak habis. Online dan sekarang sedang membaca blog seseorang.

I dont know. Aku rasa life dia sangat-sangat perfect. Dia sangatlah cantik orangnya, layak dipanggil kakak oleh aku, sangat-sangat bijak. Die mempunyai parents yang sangat-sangat supportive, hidup yang senang dan adik beradik yang lawa

Tapi yang buat aku terharu dengan dia, dia ada kawan lelaki yang boleh aku kategorikan 'a perfect man'. Sumpah aku cakap. Aku selalu baca entry-entry dia pasal dia dengan kawan lelaki dia

Dia tak declare pun hubungan dia dengan kawan lelaki dia. Dorang tak couple pun. Yuppp ~ Aku pernah rasa macam tu. Sebab bagi dia, tak perlu nak namakan apa hubungan itu kerana yang penting, kita dapat rasakan itu dalam hati. Cuma dia namakan itu sebagai persahabatan antara dua hati. So sweet :)

Dorang dah kenal selama 8 bulan. Tapi sebelum itu, dia selalu stalk kawan lelaki dia ni selama lebih 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu, macam-macam dia buat. Die cakap, memang sakit sebab kena tahan sorang-sorang tapi yang penting dia ikhlas

Dia minat kawan lelaki dia tu bukan sebab dia nak jadikan lelaki tu sebagai pasangan satu hari, satu minggu, satu bulan dan sebagainya tetapi pasangan yang berada di sisi dia sehingga ke akhir hayat die. So sweet ~

Tapi yang buat aku rasa macam suka sangat dengan dia sebab dia cakap pertemuan dia dengan kawan lelaki dia tu adalah takdir Allah yang tentukan. Dia yang pilih lelaki tu untuk menjadi teman hidup dia pada masa yang akan datang. Dia lepaskan ego die sebab dia ikhlas nak kenal dengan kawan lelaki dia tue

Dan alhamdulillah ~ kawan lelaki dia tu terima dia dan dorang happy :) Dia cakap, kalau kita ikhlas sayang dengan seseorang, orang tu akan tak kan ragu-ragu untuk balas sayang kita. Dan penantian dia berbaloi sangat-sangat sebab akhirnya lelaki tu jadikan dia sebagai teman istimewa dia

Dia pernah bertanya dengan kawan lelaki die "Awak menyesal tak berkawan dengan saya?" dan suddenly lelaki tu membalas "Tak ~ Ianya satu anugerah" So sweet ~

Kawan lelaki dia memang sweet ~ Memasak untuk dia bila die tengah sakit, hantar dia pergi kelas bila die kehilangan kawan baik dia. Dia cakap kawan lelaki dia tu layan die seperti dia seorang PRINCESS dan die pernah cakap "how lucky I am to have you in my life"

Dan aku yang membaca cerita dia, rasa sangat-sangat happy untuk mereka. Aku doakan jodoh mereka kelak sehingga ke akhir hayat. Hubungan mereka sangat-sangat jujur dan dia selalu zahirkan perasaan dia dalam blog dan selalu berdoa agar Allah swt lindungi dan kuatkan hati mereka

Jangan gelak ehh kalau aku cakap masa aku tengah taip entry ini aku menangis. HAHA :D Sebab aku yang baca pun dapat rasa kejujuran dalam setiap apa yang dia cakap dan tulis. Aku dapat rasa kan keikhlasan, kesetiaan dan perasaan gembira dia dengan kehidupan dia. Aku cuma happy untuk kehidupan dia

Siapa orangnya? Biar aku sorang yang tahu :')

Ya Allah ~ semoga kebahgiaan hidup itu milik aku suatu hari nanti. Aminn ~



p/s : Request Maisara tentang kisah cinta kami, insyaAllah, ada masa sis write about it okay ? :)


Much Love,
Elle Nyna.