Sunday, September 4, 2011

#5 Sunshine

Salam readers,

Today I feel like am going to have a fever. Oh no. I am going back to Shah Alam on Friday, and I feel like I am sick right now. Actually baby, I can't wait to be there and meet him. I miss him a lots. Genap 1 bulan dan 9 hari tidak jumpa. Last jumpa the day before we start our fasting month. Seriously, saya risaukan keadaan dia yang tak menentu. Macam mana dia nak balik esok, dalam keadaan yang tidak sembuh sepenuhnya, dengan kepala yang sakit, batuk, suhu badan yang tak menentu. Hmph.  I don't know. Saya harap saya ada di sisi dia, dan boleh jaga dia. Tapi, saya tak dapat tolong dia pun. You, am sorry okay ? T-T

First thing yang harus saya bawa ke Shah Alam, sudah tentu akuarium milik Sunshine, and rak kecil yang saya belikan untuk dia hari itu. Yang selebihnya, barang-barang saya. Banyak ke tak banyak, belum pasti lagi. Sebab belum susun. Malas sangat. Bila sudah sampai Shah Alam, I think I want to go to dental clinic. Not for me, but for him. 

And I need to make sure and remind him about his financial statement on fees. Almaklumlah, kita kena double check. Ada outstanding balance, padahal, dia sudah habis bayar ? Condition keadaan kereta dia pula, esok pagi buta kena bangun untuk service bahagian brake. >_< SAFE JOURNEY SUNSHINE.

Okay, tak banyak hendak update. Baru lepas makan ubat batuk. Musim barangkali. Get well soon diri sendiri. Hehe :)



P/s : Jaga diri baik-baik.

Much Love,
Elle Nyna.

; Alhamdulillah

Salam readers,

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, di saat aku menaip, hari ini hari ke-8 progress Sunshine regarding his symptoms of dengue. Bak kata doktor, ada penambahan platlet si dia. Harap-harap dia cepat sembuh. Memandangkan semalam saya mengalami kesakitan perut yang memang sakit, mungkin sebab hanya makan Laksa dan Macaroni di rumah Loretta Leen. Just imagine, lepas itu tak makan apa-apa. Memang sakit perutlah, kan ? But its okay. Yang tak okay, bila saya sengaja cari pasal dengan Sunshine. Mungkin sebab lama sangat tak gaduh, eceh, bahagia lah kononnya. To be honest, memang bahagia. He's the one who brighten my day so far, kan. Thank you Sunshine. Terima kasih juga buat semua orang yang doakan saya dan dia berbahagia. Saya dan dia juga turut berdoa yang kami akan terus bersama. Well, semalam, mama masak ayam percik, nasi ayam, sup cendawan, bihun goreng. Seriously, my mum's cook memang the best. So this early morning, mama and daddy akan hantar my-soul-sister, adik saya, ke UTM, Jalan Semarak semula. Takut jalan sesak. today is Sunday, baby. 


Saya ada benda nak luahkan di sini. Kejadian pada bulan May yang lepas, telah mengajar saya erti persahabatan. Bagaimana sebuah ikatan persahabatan itu boleh dimusnahkan hanya kerana fitnah. Bahana fitnah. Orang cakap, kita perlu berdiam diri. Lama sudah saya berdiam diri, diperlakukan itu dan ini, bersabar, dan sebagainya. Hanya Sunshine yang tahu apa perasaan saya ketika itu. Jadi, di sini ingin saya mohon seribu kemaafan daripada awak, Yana untuk segala ke'terasa'an hati, terkilan, dan sebagainya. Na tak mahu cakap apa-apa dah. Let bygones be bygones.  If you read my blog honey, I want you to know that, I am sorry for everything, and I forgive you for whatsoever left behind. Let's move on.






******

Buat Yellow Sunshine saya.

Dear Sunshine,

Terima kasih. SERIOUSLY You are my sunshine. No matter what. I tahu I bukan perempuan alim mahupun baik seperti malaikat juga cantik persis bidadari. Apa yang I miliki cuma sekeping hati, yang telah membuat you sendiri jatuh sayang pada I. *Wink* I geli la taip macam ini. Okay tukar. Thanks to you. Untuk selama 6 bulan, which InsyaAllah, akan bertukar ke 7 bulan, coming soon, jika jodoh masih tertulis untuk kita, terima kasih tak terhingga, sebab you selalu ada untuk I. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui betapa sayang dan cintanya I pada you. I bet you pun akan rasa begitu pada I.

I minta maaf, terpaksa ketuk tingkap rumah you bangunkan you untuk hantar I ke kelas beberapa kali, malah banyak kali sebenarnya, I ganggu tidur you. Sedang you enak menjamu selera dengan tidur yang berlebih-lebihan, I minta kawan I, Alia untuk miscall you asked you to fetch me at the faculty. Maaf, susahkan you. I tak boleh lupa, perkara-perkara yang you cuba buatkan I tersenyum semula di saat I tiada BFF I, seolah-olah you pula yang menjadi BFF I ketika itu. Ya, betul cakap you. Dalam sesuatu perhubungan, bukan sekadar sayang dan cinta, tetapi ianya juga melibatkan persahabatan antara dua insan yakni lelaki dan wanita. I paling suka you hantar I ketika I exam QMT, paper calculation ketika itu. I rasa bersemangat untuk jawab paper itu, dan tak sabar untuk habiskan cepat-cepat supaya dapat jumpa you semula, and tunggu you ambil I. Thank you sebab selalu on-time, selalu tiba tepat pada masanya. I tahu you tak suka menunggu, dan you akan bertukar menjadi HULK bila you menunggu terlalu lama. Kemudian, the best moment bila I minta you check kan result I, and you exactly buat I terkejut tentang result I. Alhamdulillah. You patut tahu, I tak sangka I dapat buat yang terbaik untuk paper itu, I tak study, dengan kaki I terseliuh ketika ke kelas, kereta I dicalarkan, semua masalah yang ada, menjadikan result I begitu berharga buat I. Memang ketika itu, sebelum dan selepas paper itu, I berniat sekiranya I dapat 4 flat, semua ini berkat I dengan you. Sebab itu, I terharu sangat dengan result I. You, terima kasih sebab selalu back up I, I bersyukur. You selalu jaga I, tetapi I sendiri lalai dan leka tentang apa yang patut dan tak patut dalam kehidupan seharian I selama ini. Terima kasih, hadir dalam hidup I, memberi I guideline, menjadi lampu suluh I, untuk membawa diri I bagaimana sepatutnya. Yes, Islam is the way of life. I akur. Sempena 7 bulan usia persahabatan kita, I harap you berjaya dalam apa jua perkara yang you lakukan, demi masa depan you, dan masa depan kita, InsyaAllah. Amin. I tahu kita tidak boleh mengawal masa depan, tapi kita boleh berusaha ke arah itu kan you ? I harap kita bersama-sama mengubah diri supaya menjadi lebih baik to each other. Kita tidak mencari kesempurnaan, tetapi kita percaya Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan dan yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.


P/s : Andai itu takdir-Nya. (: Bersyukur.



Much Love,
Elle Nyna.